Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Clorox Malaysia Menzahirkan Sokongan Terhadap Bantuan COVID-19

 

Sumbangan akan membantu dalam kerja-kerja pembersihan, disinfeksi fasiliti dan juga bagi kegunaan petugas barisan hadapan, pesakit serta pelawat



Clorox Malaysia sudah sekian lama menyokong usaha-usaha bantuan bencana menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa dan organisasi-organisasi bukan kerajaan. 

Sebagai tindak balas terhadap peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, Clorox Malaysia telah menzahirkan sokongan bagi bantuan yang dijalankan dengan memberikan sumbangan kepada dua pusat kesihatan awam utama rawatan pesakit COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sumbangan turut diberikan kepada badan bukan kerajaan, MERCY Malaysia. Clorox Malaysia telah menyumbang sebanyak RM80,000 dalam bentuk produk yang akan dimanfaatkan bagi mengekang penyebaran virus berkenaan terhadap kehidupan seharian, serta di tempat kerja ketiga-ketiga organisasi terbabit.  


Pembersihan dan disinfeksi amat penting dalam mengurangkan penyebaran COVID-19, khususnya di fasiliti perubatan yang berisiko tinggi dalam menyebarkan jangkitan daripada pesakit kepada individu yang sihat. Disinfeksi atas permukaan keras dilaksanakan dengan kerap bagi tujuan ini dan amaun produk yang diperlukan setiap hari juga sangat tinggi. 

 



"Kami amat berterima kasih kepada Clorox atas sumbangan yang diberikan," kata Professor Dr. Nazirah Hasnan, Pengarah PPUM. 

 

Peluntur Clorox (Clorox Bleach) dan Penyembur Pembersih Pelbagai Guna Clorox (Clorox All Purpose Cleaner Spray) telah disumbangkan bagi pembersihan dan disinfeksi menyeluruh ketiga-tiga fasiliti yang terlibat, sementara Tisu Pembasmi Kuman Clorox (Clorox Expert Disinfecting Wipes) untuk kegunaan harian petugas barisan hadapan, pesakit serta pelawat ke premis-premis berkenaan. 

 

"Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan kepada petugas barisan hadaipan," kata pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh. 

 

"Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua, sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ada antara kita yang melihat sendiri bekalan produk-produk menyahjangkit dan pembersihan di hospital sangat diperlukan. Clorox Malaysia menyediakan sokongan yang diperlukan, kerana kami amat menghargai  usaha-usaha yang diluhurkan oleh Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Mercy Malaysia dalam menangani pandemik ini," kata Paulo M. Lao, Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara. 

 

"Kami amat berbesar hati kerana produk-produk kami dapat membantu dalam membersih dan disinfeksi fasiliti mereka secara berkesan, selain turut dimanfaatkan petugas barisan hadapan, pesakit dan pelawat, bagi persekitaran yang lebih selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan amat penting."

 

Beliau menambah, ujian yang dilaksanakan oleh pihak ketiga telah mengesahkan keberkesanan beberapa produk disinfeksi utama Clorox terhadap varian SARS-CoV-2 termasuk "Varian of Concern" (VOC) Alpha (UK) dan Beta (Afrika Selatan). Keputusan ini adalah seiring dengan pemakluman Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang menyatakan perubahan genetik virus tersebut tidak akan memberi impak terhadap keberkesanan produk disinfeksi. Ia juga memaklumkan bahawa kesemua produk disinfeksi yang telah diiktiraf untuk membunuh SARS-CoV-2 turut mampu membunuh varian baharu virus tersebut. 

 

Sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung terhadap sumbangan daripada organisasi dan rakyat bagi meneruskan perkhidmatan kami dalam menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penerima. Dengan ikhlas hati, kami berterima kasih kepada Clorox Malaysia kerana menghubungi MERCY Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan. Kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Clorox Malaysia dalam membantu menentang pandemik global ini," tambah Zuraidah Mian, Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia. 

 

Produk disinfeksi dan pembersihan Clorox diagihkan kepada pihak berkenaan awal Jun 2021. 

 

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan pembersihan, aktiviti dan sebagainya daripada laman web Clorox Malaysia di  https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/

 

Penafian: Produk pembersihan dan disinfeksi Clorox tidak sesuai untuk pengambilan atau suntikan dalam sebarang situasi. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membaca label bagi mengetahui cara penggunaan produk yang betul. 

 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you