Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 2: Trip to Lombok

Assalammualaikum korang semua. Hari ni kolin nak sambung hari kedua kolin di bumi Lombok, Indonesia. Macam yang kolin kata, penginapan kolin di Holiday Resort Hotel, Lombok adalah di daerah Sengigi. Kat sini cepat terang, subuh pun awal. Jadinya jam 6.00 pagi memang dah terang sangat lah. 


Ini posing yang wajib lah dekat papan tanda hotel hihi. Macam entry sebelum ini *kliksini*
Hotel ini terbahagi antara dua, jalan raya tu lah pembahagi. Dan kolin bukan menginap bahagian belah pantai, tapi di bahagian lain.  





Ini lah dia pintu depan Mangsit Suite kat sini. Bab keselamatan jangan risau, nak masuk ikut pintu belakang pakai security card. Pintu ini kolin saja buka sebab nak melepak sambil minum kopi. Syokk oii...sambil melepak tengok pokok-pokok dan saksikan orang tempatan lalu keluar untuk pergi buat kerja rutin mereka. 



 Itu lobi hotel, nak melintas jangan risau. Nanti ada security guard 24 jam jaga lintaskan. Memang bagus perkhidmatan mereka. 
Gambar bawah ini pula pemandangan kolin dari bilik. Aishh..tak tahu nak kata apa. Tempat ini memang cantik dan bagus untuk datang bercuti dan berehat. Lawaaaaa



Menginap di bilik suite bernombor 614 tau. Kalau tadi kolin tunjuk pintu depan, ini pula pintu belakang mereka. So nak keluar, korang kunci pintu depan dan pintu belakang tu guna akses kad. Memang okay, lagipun kalau korang melepak malam-malam ada aje staff mereka buat rondaan. Siap bagi salam lagi..terasa selamat laa..

Lobi hotel yang berkonsepkan terbuka sahaja

Inilah Rijani Restaurant tempat kami makan sarapan pagi




Bersarapan sambil tengok view ini dah rasa mahal sangat. Korang tengok lah gambar ni. Nampak tak kolam renang tu, tengah renovate. Tapi korang jangan tak tahu, sini kolam renang ada 2 tau hahaha. Yang satu lagi nanti kolin kongsi dalam entri yang lain. 
 
Dah cerita sedikit tengah resort ini, kolin nak cerita pula tour kami. Masa perancangan kami ke sini, kami berempat memang memilih tak mahu tempah tour awal-awal dari Malaysia. Masa malam kolin sampai tu, kolin baru mesej semua yang ada advertised kat Facebook tu untuk prawisata. Malah kolin tanya juga, orang yang jemput kami di airport tu. So dalam 5 ke 6 orang yang kolin tanya semua mahal-mahal. Dan ada juga yang minta dalam RM Malaysia. 

Jadi dalam ramai-ramai tu kolin memilih Bagus Holiday Lombok lah. Nama dia memang Bagus, so panggil dia Encik Bagus haaaa. Dia memula minta juga dalam RM tapi setelah berbincang dia letakkan RP750k untuk seorang. Pakej ini lengkap dengan tour dan makan tau. Maknanya korang tak perlu risau nak keluar duit lagi. Tempat makan yang di bawa pun memang best laaa, tak tipu. Bukan semua mahal-mahal tapi more to local. Sedap dan pedassss...tagline mereka #takpedastaklombok 

Ok dah dapat tour guide bernama Bagus yang bakal jemput kami di hotel jam 8.00 pagi, kolin bawa korang ke restoran mereka untuk  sarapan dan juga jalan-jalan sekitar resort ini okay. Cakap terus terang, kami memang jatuh cinta dengan tempat ini....jatuh terus hatiii haaaaaa. Lawa nak mampussss...kalah Bali ..







Inilah dia posing-posing yang kami sempat sementara tunggu Encik Bagus menjemput kami untuk ke tour kami yang pertama iaitu Gili Trawangan !!! Gambar banyak weiii... Ni antara yang kolin kongsi, lawa wei resort ni

Jangan lupa baca part 3 oiiii...take care

Yang suka lombok,

Kolin Zainal 









1 comment:

  1. Best la...pandai kolin pilih hotel...memang cantik..hotel yang SA duduk dulu rasanya kat sini jugak la..tapi sebelah laut tu...

    ReplyDelete

loving me..loving you