Assalammualaikum dan again, HAPPY NEW YEAR korang semua. Ini kali kolin nak bercerita dan berkongsi kenangan kolin ke LOMBOK pada 1 sehingga 3 Disember 2018 yang lalu. Haaa..dah sebulan pun korang trip tu baru ada masa nak berkongsi dengan semua. Maklumlah bulan disember bulan sibuk dengan pelbagai hal kan. Tapi nasib baik trip dengan girlfriend's ni menjadi juga. Syukurrrr.. So jommmm kita tawan Lombok yukkkk..
Permulaan trip ini sebenarnya hampir di batalkan sebab gempa bumi yang berlaku di sana. Malah penerbangan kami telah dijadualkan semula oleh AirAsia dan menyebabkan banyak aktiviti yang kami terpaksa batalkan. Dah lah 3 hari 2 malam singkat pula, penerbangan kami juga terpaksa ditunda ke lain waktu. Memang tak best sangat lah. Tapi kolin berdegil nak pergi juga, akibatnya kawan-kawan lain semua ikut hahha. Tapi best...enjoy, simple trip aje lah. Walau singkat, tak boleh cover banyak tempat, tapi tak apa janji dapat pergi dan bersama-sama dengan kawan yang dari sekolah menengah dan Uitm Manjung ni. Kita kan pakai hashtag #kawansampaimati hahahaha
yang ini nama dia milah
yang tu sue dan kak intan
Hari sabtu, 1 Disember kami semua berkumpul makan tengahari dulu kat KLIA2. Bag pun kami ambil 40 kilo sahaja untuk pergi dan kongsi sorang 10 kilo untuk check in. Hanya beg tangan atau sling bag kami bawa naik kabin. Malas dengan peraturan baru AirAsia yang bakal menyusahkan sekarang kan.
Selalu kami heret aje back yang sandang belakang ala 'backpackers' tapi tak mahu masalah beli beg aje dan berkongsi. Penerbangan yang mengambil masa 3 jam ini kami siap beli makanan terus. Sebab jam 5.00 petang dan sampai dalam jam 8.00 malam. Untuk trip ini kolin buat tempahan dengan AirAsiaGo. Jadi penerbangan dan hotel dah termasuk sekali dalam RM560 sahaja untuk seorang. Murah kan !!
Selalu kami heret aje back yang sandang belakang ala 'backpackers' tapi tak mahu masalah beli beg aje dan berkongsi. Penerbangan yang mengambil masa 3 jam ini kami siap beli makanan terus. Sebab jam 5.00 petang dan sampai dalam jam 8.00 malam. Untuk trip ini kolin buat tempahan dengan AirAsiaGo. Jadi penerbangan dan hotel dah termasuk sekali dalam RM560 sahaja untuk seorang. Murah kan !!
dah sampai
Ada tips kolin nak bagitahu korang. Masa nak ke Lombok sila print sesiap tiket balik dan semua detail hotel korang. Sebab masa kat sini imigresen mereka agak keras sedikit. Baru sampai dah tanya bila nak balik. Sebab ramai yang overstay kalau ke Lombok. Jadi mereka akan tanya kenapa korang ke Lombok. Jujur la kan, kita datang nak holiday. Nak makan sedap dan berlibur. Memang agak susah lah..tapi print sesiap okay.
Disebabkan sampai waktu malam, kolin siap ambil airport transfer dengan pihak hotel. Kami menginap di Holiday Resort Hotel, Lombok yang terletak di daerah Sengigi. Dalam 1 jam perjalanan dari airport ke resort. Malam kan..tak nampak apa pun lah dalam perjalanan. Rugi sehari hukhukhuk...
Disebabkan sampai waktu malam, kolin siap ambil airport transfer dengan pihak hotel. Kami menginap di Holiday Resort Hotel, Lombok yang terletak di daerah Sengigi. Dalam 1 jam perjalanan dari airport ke resort. Malam kan..tak nampak apa pun lah dalam perjalanan. Rugi sehari hukhukhuk...
Sampai sahaja, pihak hotel yang bagus telah melayan kami, terus bag kami di bawa ke bilik penginapan. Kami menginap di Mangsit Suite iaitu seberang jalan dari hotel. So tak dapat bilik menghadap laut lerrrrr....Mulanya memang rasa macam alaaaa...rugi nyaaaa. Tapi bila dah masuk..wahhhhh penginapan kami mewah, macam rumah besar yang ada 2 bilik tuuu....Siap segala-galanya kemudahan. Makan malam kami order room service aje malam tu. Sebab sekitar hotel ini tak ada tempat nak jalan-jalan lah. Indo Mart pun jauh, jadi kami siap sedia lah shopping sebelum ke resort. Minta supir berhenti dan shopping makanan dan minuman okay.
ini ruang tamu
kawan sebilik
katil macam nak honeymoon hahahah
Next story kolin akan tunjukkan korang semua Mangsit Suite okay.
Bilik dua, dapur boleh masak, barang nak mandi semua lengkap. Ruang melepak ada, siap ada meja makan tau. Memang selesa untuk korang reunion atau datang bersama keluarga ke resort ini. Dah malam pun, makanan kami order pun dah sampai. Tungguu next entri kolin cerita pasal resort ini tau.
Setakat ini selesai sudah kisah kami ke Lombok hari pertama. Korang kalau nak pergi boleh buat tempahan macam kami. Rasanya macam jimat. Tiket penerbangan siap dengan penginapan tau.
Terima kasih membaca yaaa..
Love,
Kolin Zainal
besttnyaaaaa.......
ReplyDeletesambung lagi lekas jangan malas ek
ReplyDeleteWey..cepat la sambung nok...
ReplyDelete