Assalammualaikum semua
Tahniah buat Saudagar Asia Sdn. Bhd. yang melancarkan tudung jenama mereka "NAFESA" pada sabtu 15 November 2025 yang lalu.
Untuk makluman semua jenama NAFESA ini di ilhamkan oleh ibu pengasas sendiri, Navesof. Ianya inspirasi kasih sayang seorang ibu, kekuatan, keberanian dan keanggunan seorang ibu.
The Alhambra Monogram Collection
ini di ilhamkan dari keindahan arkitektur Kota Alhambra yang melambangkan kota suci Islam, elegan dan juga semangat yang kuat.
Ada lima rekaan iaitu:
1.Majestica
8 hues of royal sophistication
2. Mesquita Soul
4 tones of tranquil beauty
3. Rumi Luxe (square & shawl)
2 poetic expression of wisdom
4. Ottoman Sultana
2 regal tributes of timeless legacy
5. Petra Palace
3 shades of desert opulence
Direka cipta dengan mengunakan premium satin yang menawarkan pemakaian yang selesa, senang di bentuk, tidak jarang dan ianya tahan lebih lama (tidak mudah luntur).
NAFESA juga mengunakan warna yang sesuai untuk kulit wanita asia. Untuk yang ingin menjadikan NAFESA sebagai hadiah ekslusif jangan risau, kerana ianya tersedia 'gift ready packaging".
NAFESA X NOOR KUMALASARI
Untuk showcase kali ini NAFESA menampilkan primadona Hajah Noor Kumalasari sebagai Muse mereka. Buat hilang rindu semua peminat Primadona ini tampil anggun bersama rekaan hijab dari NAFESA.
Primadona Lagenda tanahair ini mengamit perhatian semua tetamu yang hadir pada majlis yang penuh gemilang.
Lebih dari sekadar jenama hijab, NAFESA juga menawarkan satu peluang perniagaan yang lebih untuk wanita di luar sana memjana pendapatan di samping tampil anggun, yakin dan memberi inspirasi kepada orang lain di luar sana.
Tahniah NAFESA & korang jangan lupa dapatkan cepat-cepat okay. Contact Agen mereka dan book segera!


No comments:
Post a Comment
loving me..loving you