Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

LAWANI TANDA-TANDA PENUAAN DENGAN Eau Thermale Avène PHYSIOLIFT ALL IN ONE Aqua cream-in-gel

Semakin meningkat usia, semakin kita akan melalui kesan-kesan penuaan pada kulit wajah kan.  Eau Thermale Avène ada PhysioLif All in One, Aqua cream-in-gel, pelembap siang dan malam terbaru untuk atasi masalah ini. 

Produk terbaru ini diformulasikan untuk atasi kulit yang berkedut, yang hilang keanjalan dan juga hilang keserian. 

PhysioLift all-in-one, mempunyai bahan aktif anti-penuaan yang eksklusif yang membolehkan PhysioLift mengisikan kedutan, mengembalikan keanjalan dan juga menyerikan kulit. Produk anti penuaan ini mengembalikan keserian sambil memberikan kesan hidrasi yang berpanjangan dan mampu melegakan rengsa kulit yang sensitif.

 

Teksturnya akua-gel ringan yang cepat meresap ke dalam kulit untuk kemasan licin dan tidak berminyak. Antara yang baik di dalam PhysioLift all-in-one ialah:

1.Ascofiline membantu melicin dan menganjalkan kulit

2. Kulit tampil lebih gebu dengan Mono-Oligomer Asid Hyaluronik

3. Melindungi kulit daripada rasangan persekitaran dengan Pre-tocoppheryl

4. Diperkaya dengan Avene Thermal Spring Water untuk melegakan dan melembutkan kulit.

5. Kulit lebih terhidrat, lembut dan gebu.

CARA NAK GUNA PHYSIOLIFT

Sapukan PhysioLift Aqua cream-in-gel di waktu pagi dan malam pada kulit yang bersih (muka, leher dan garis leher)

Ianya terbukti secara klinikal di bawah pemerhatian dermatologi dalam mengurangkan kedutan di sudut mata luar dengan ketara tau!


AVENE THERMAL SPRING WATER

Produk ini bukan lah pertama kali kolin guna. Pernah guna sebelum ini dan memang antara yang premium dan terbaik dalam menjadikan kulit lebih sihat. 

Lagi-lagi berpuasa ni kan dengan cuaca panas kering dan kadang-kadang hujan memang membuatkan kulit kadang-kadang gatal. 

Dengan Avene Thermal Spring Water sememangnya bagus untuk kulit yang sensitif. Melegakan dan melembapkan kulit dengan satu spray sahaja. Yang ini korang wajib cuba okay.



Eau Thermale Avene PhysioLift All In One Aqua Cream 50ml RM139

Eau Thermale Avene Thermal Spring Water 50ml RM49

Produk ini ada dijual di Guardian Pharmacy & Eau Thermal Avene Official Store on Shopee.

Promo kod istimewa untuk korang yang nak cuba. Nikmati diskaun tambahan 10% pada produk PhysioLift Aqua Cream in Gel (had maksimum RM10)  apabila korang masukkan kod promosi shopee EAUTPHYAM. Promosi sah dari 1 April sehingga 31 Mei 2022. 

KOLIN REVIEW

Sejujurnya kolin memang suka Avene Thermal Spring Water. Klik link di bawah kalau nak baca review sebelum ini tau.

https://alialisakreatif.blogspot.com/2017/01/penjagaan-kulit-wajah-dengan-eau.html  

Dan ianya memang best bila kita sembur kat muka yang letih. Dah seharian kerja menghadap komputer. Bila sembur kat muka terus rasa 'fresh'. Ianya juga membantu mencegah jerawat dan kulit kering yang dialami kolin. 

Untuk PhysioLift Aqua Cream-in-Gel pula, kolin suka teksturnya lembut dan ringan. Bila sapu tu tak rasa pula melekit atau berkilat-kilat muka. Terus serap dan pastinya buat kulit tampil sihat. 

 

Kolin suka 'effect' atau kesan dia yang lembab tu. Kulit muka lembab memang dapat mencegah kedutan tau. Itu sebabnya kita kena pastikan kulit wajah kita lembab dan cukup hidrasi. Kalau korang perasan, muka kolin naik seri selepas sapu kat muka. Memang terbaik krim ini. Senang satu bekas boleh pakai untuk siang dan malam. Jimat!!!

Jangan lupa ikut Ig dia di www.instagram.com/eauthermaleavenemy

LAWANI TANDA-TANDA PENUAAN DENGAN EAU THERMALE AVENE PHYSIOLIFT ALL IN ONE Aqua cream-in-gel



 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you