Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Penjagaan Kulit Wajah dengan Eau Thermale Avène

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kulit muka kolin memang agak sensitif dan kuat naik jerawat tau. Tapi kali ini kolin nak share dengan korang semua mengenai satu set penjagaan muka yang baru kolin cuba selama 2 minggu dan ternyata sangat sesuai dengan kulit kolin yang bermasalah selama ini. Yang penting set penjagaan kulit muka ini tidak berminyak langsung dan sesuai 
untuk cuaca di Malaysia.




Langkah 1: Cleanse: Eau ThermaleAvène Gentle Cleansing Foam 150ml

Langkah 2: Soothe: Eau ThermaleAvène Thermal Spring Water
(Available in 50ml, 150ml & 300ml)

Langkah 3: Tone: Eau ThermaleAvène Gentle Toner 200ml

Langkah 4: Moisture: Eau ThermaleAvène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml 

Langkah 5: Protect :  Eau Thermale Avène Day Protector SPF30 Tinted 40ml




Avene Hydrotherapy Centre mempunyai reputasi antarabangsa khusus untuk dermatologi dan rawatan keadaan kulit seperti atopic dermatitis, eczema, psoriasis, parut dan luka bakar, selepas kanser, lchtyosis dan juga tempat Water Research Water Centre sentiasa mengawal dan mengawasi kesucian dan kualiti Avene Thermal Spring Water. 

Jadi korang semua tak perlu risau tahap keselamatan dan pengunaan produk ini. Sebab semuanya semulajadi dan mempunyai piawaian antarabangsa

Paling memberangsangkan selama 2 minggu pengunaan rangkaian produk ini, garis-garis halus pun mula pudar. Liang roma terbuka pun mula mengecil dan paling penting langsung tiada kesan tidak baik pada kulit muka kolin. Sebab itulah kolin nak kongsi dengan  korang macam mana nak gunakan rangkaian produk penjagaan muka wajah ini. 


1. Cleanse: Eau Thermale Avène Gentle Cleansing Foam 150ml 
(Retail price: RM95)




Kepada  yang mempunyai masalah kulit normal-combination skin macam kolin tak perlu risau. Guna sahaja Gentle Cleansing Foam ini. Cara dia senang sahaja, korang tak perlu goncang botol ini pun, dipicit sahaja. Nanti keluar cam buih dan sapu ke seluruh muka dan termasuk leher sekali ok. Dah sapu, gosok-gosok bahagian yang bermasalah dan terus bilas. Tiada rasa tenang atau apa pun, cuma kolin rasa segar. Bagus untuk kulit sensitif tau. 


2. Soothe: Eau Thermale Avène Thermal Spring Water 50ml,150ml and 200ml  
(Retail price: RM25, RM49 and RM69 respectively )


 Yang ini paling kolin suka. Selepas basuh muka, korang spray sahaja EauThermaleAvèneThermal Spring Water 


Ini bagus untuk melembapkan kulit tau. Ianya mula dikenali dan memberikan kebaikan kepada orang ramai semenjak tahun 1874. Dan kalau korang nak tahu ianya adalah air akfif yang terkawal. Sangat unik penghasilannya dan menyegarkan.


3.Tone: Eau Thermale Avène Gentle Toner 200ml 
(Retail price: RM89)
 




Toner yang sangat lembut pada kulit ini tidak mempunyai alkohol. So jangan risau tidak mengeringkan kulit kita pun. Malah kulit korang lebih anjal selepas mengunakannya. Teksturnya sangat lembab di wajah.



4. Moisture: Eau Thermale Avène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml (Retail price: RM109)



Ini juga sesuai bagi kulit yang normal sehinggalah yang mempunyai masalah kulit muka sensitif. Tujuan untuk melembapkan kulit wajah kita supaya tidak cepat bergaris halu dan mengecilkan liang roma. Yang paling penting ianya cepat meresap dan tidak berminyak langusng. Letakan lima titik penting di wajah iaitu dahi, hidung, pipi kiri dan kanan akhir sekali bahagian dagu. Sapu arah ke atas perlahan-lahan sehingga semua krim meresap. Jangan lupa kat leher pun sapu juga ok. 

Memang korang akan rasa best selepas sapu krim ini. Lagi pula waktu malam sebelum tidur tu. Bangun tidur muka rasa lembap dan berseri. Tak percaya kena lah cuba ye. Yang penting jerawat pun tak singgah dah. Sebab produk Avene ini adalah satu produk yang dikawal oleh Dermatologist tau.



5. Protect:  Eau ThermaleAvène Day Protector Tinted SPF30 40ml
 (Retail price: RM99)


Yang ini untuk pengunaan waktu siang di bawah matahari. Sapu nipis dan ringan dapat membantu menahan kulit wajah dari sinaran UV dan ianya sesuai untuk kulit biasa dan sensitif. Rangkaian ini mempunyai SPF30 dan ada kombinasi mineral.
Dari kulit naik pigmentasi dan kesan hitam akibat sinaran matahani. Memang lepas sapu, letak alas bedak. Muka nampak berseri sangat !! Cuba laa

Kolin kongsi sebab dah 2 minggu lebih pakai produk ini. Selain rangkain ini Avène juga ada rangkaian krim penjagaan dari sinaran UVA dan UVB. Maklumlah cuaca panas di Malaysia ini memerlukan penjagaan kulit yang betul dari sinaran matahari. Ianya telah terbukit berkesan walaupun di dalam air mahupun masa kita berpeluh. 

Jadi buat korang yang selalu berada di luar boleh lah layari



Kanak-kanak pun ada juga, ada untuk muka dan juga badan. Untuk kanak-kanak krim SPF50++ ternyata mampu melindungai anak-anak dari kesan UVA dan UVB. Teksturnya sangat ringan dan tidak berminyak untuk kanak-kanak. 
 


 Siapa yang tidak kenal dengan EauThermaleAvène,  satu jenama produk Antarabangsa yang telah lama bertapak. Mempunyai standard kualiti yang tersendiri dalam setiap penghasilan rangkaian mereka.

Kolin beruntung sebab kulit wajah kolin bertambah sihat dan baik setelah hampir 2 minggu lebih mengunakan produk Avene. Buat korang yang mempunyai masalah yang sama sila lah cuba dan dapatkan di pasaraya yang terdekat. Jangan lupa share dengan kolin bagaimana pengalaman korang sendiri mengunakan produk ini. Untuk tahun 2017 semoga kulit wajah kita kembali sihat dan terlindung dari sinaran UVA dan UVB. Kulit yang sihat bermula dari kita sendiri tau. Pemilihan rangkaian produk yang betul amat penting kan. Terima kasih 
 EauThermaleAvène.


#AveneMalaysia  #MoreThanJustWater  #UnderstandYourSkin




Love,

KolinZainal

2 comments:

  1. Nampaknya produk ni berkesan pd muka kulit Kolin ye. Dah lama sy ikuti produk ni tapi tak tahu bgmana bagus kesannya. Bila sy dpt duit boleh la beli ni hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love this product sue !!! Totally good my skin, open pores smaller already babe

      Delete

loving me..loving you