Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Semburan Deodoran ROMANO untuk lelaki masa kini

assalammualaikum dan salam sejahtera

Macam kolin seorang isteri kan, pasti belikan kelengkapan bulanan buat suami. Sama la juga bila datang bab deodoran ini pun. Kali ini kolin nak kongsi cerita pasal deodoran semburan terbaru dari ROMANO buat kaum Adam semua. 


Semburan Deodoran ROMANO, dengan formula sinergistik yang diperbaharui beserta haruman maskulin berpanjangan, pelindungan serta kesegaran yang maksimum untuk kaum Adam. Di tambah pula dengan wangian maskulin premium atau kelelakian serta formula cepat kering memang menjadi pilihan kolin. Memberi kesegaran 24 jam dan perlindungan buat lelaki yang aktif macam suami kolin. Suami banyak bertugas di luar dan biasanya memang aktif sesuai sangat kalau cuba guna semburan deodoran ROMANO ini. 

Dengan kandungan antibakteria, ianya melindungi orang tersayang korang dari bau yang kurang senang tau. So kalau cik abang pulang petang, bau wangi aje. Tak lah busuk dari kesan peluh seharian berada di luar kan. Lagi satu ini semua boleh meningkat keyakinan dan penampilan diri si pemakai tau. 

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumanya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut kesesuaian gaya anda. Ianya sekaligus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan korang berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek terbaru pun lebih cantik dan maskulin, warna-warna yang digunakan lebih urban dan sesuai untuk penampilan maskulin. 

ROMANO Metro Pulse yang berwarna merah tu ada adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampurkan bersama pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiriri dengan kehangatan woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempurna untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi.


 Buat yang suka bauan campuran Black Pepper dan Citrus boleh lah cuba ROMANO Prestige yang berwarna hitam tu. Dilimpahi kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan amber woody. Tarikan utama buat yang ini adalah esen akuatiknya yang mengoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki yang sofistikated dan berpengaruh. Rasa kolin lah kalau korang bagi tersayang pakai yang ROMANO Prestige ini hari-hari mau boleh buat jatuh cinta selalu tau. Sebab botol hitam tu pun dah nampak mewah dah. 


ROMANO Classic berteraskan wangian woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran dengan sedikit adunan Citrus dan Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi ini membuatkan wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. 

 ROMANO Urbane Attitude fokus pada haruman Fougere daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan lemon. bersama percikan bergamot dan perahan lemon. Bauan esen bau-bauan eksotik seperti nanas dan cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan woody menyempurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah. 


Haaa .... ROMANO Deodoran Spray 150ml ini dijual pada harga RM14.90 sahaja tau dan boleh didapati di farmasi dan pasaraya seluruh Malaysia. 

Dah panjang kolin terangkan bau setiap deodoran ROMANO ini. Korang jangan tak cuba dan boleh lah hadiahkan kepada yang tersayang ok. Semoga semua dapat berwangi-wangi di 2017 nanti. Jumpa korang pada 2017 dan terus lah beri sokongan kepada blog kolin ya. 

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you