Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TEKANAN DARAH MENGIKUT USIA

assalammualaikum dan salam sejahtera

Blood Pressure atau Tekanan Darah adalah sesuatu yang amat ditakuti bila kita semua meningkat usia bukan. Ini kolin kongsikan CARTA TEKANAN DARAH MENGIKUT USIA atau BLOOD PRESSURE CHART BY AGE untuk panduan kita bersama. Kalau korang nak tahu, tekanan darah tinggi ada, tekanan darah rendah pun ada. Kedua-duanya ada penyakit atau simptom yang tersendiri. Tapi kalau ada darah tinggi, kena lah berhati-hati selepas itu. Sebab punca penyakit kronik banyak datang dari Tekanan Darah badan kita sendiri. Aku ni dah macam doktor kan hahahah

Macam keluarga kolin sendiri sejarah tekanan darah tinggi ada, malah dari ibu kolin sendiri. Tapi itulah kita sendiri kena ambil pendekatan untuk sihat. Kalau ikut pada carta kolin golongan 35-39 tahun (ye aku dah tua). Untuk normal kolin perlu berada pada 123/82. Setakat ini kalau demam, jatuh sakit adalah sesekali tekanan darah rendah, tinggi tak pernah lah lagi. 

Semak dan ingat, setiap kali ada masa kita nak pergi periksa tekanan darah. Tengok sendiri kita berada di mana ok. Adakah kita di paras minimum, normal atau pun maksimum. Ilmu ini kita perlu ada untuk mengawal sendiri kadar kesihatan kita mahupun orang tersayang. 

Buat korang semua selamat menjalani kehidupan yang sihat ok. Kolin doakan semua pembaca blog kolin dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur. Untuk 2017 ini kolin berazam untuk mengawal kadar pemakanan kolin sendiri. 

Ada juga kawan-kawan tegur dah naik badan sikit, mungkin ini semua pasal gastrik. So kolin memang extra makan, baru aje tahun baru tu kolin keluar masuk klinik sebab gastrik dah teruk. Selain itu azam kolin nak buat senaman 5 minit sebelum tido. Unless malam tu aku dah buat kerja rumah macam orang gila penat, memang tak de lah nak workout.


Workout 5 minit kolin ambil dari utube sahaja. Kolin save offline video tu dan buat sendiri dalam bilik sebelum tidur. Alhamdulillah, dah 4-5 hari amalkan bangun tido lebih fresh lagi. 

Selain itu, azam 2017 kolin nak ligat berniaga kembali dan jua hidup dalam penuh kesederhanaan. Nak menyimpan, lebih banyak beli emas dan pelaburan. Semoga semua ini menjadi kenyataan. Korang pun doakan lah ye. Kita lebih positif 2017 dan semoga semua tekanan darah korang normal !!!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you