Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

VISTA BRASSERIE dari Chef Zubir MasterChef Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih buat Zomato My yang menjemput kolin untuk rasa air tangan dari chef terkemuka tanahair ini. Kalau korang rajin tonton Master Chef mesti korang kenal dengan Chef Zubir ini. Chef terkemuka tanah air ok, siapa tak kenal. Kalau korang nak tahu, kini korang sendiri boleh rasa masakan beliau yang terletak di Shah Alam, depan DEMC baru tu. Nama restoran beliau ialah VISTA BRASSERIE yang terletak di Vista Alam. Senang sahaja pun nak cari, macam biasa korang boleh Waze kalau tak jumpa.


Buat yang tidak mengenali Chef Zubir, inilah dia orangnya. Sempat lah kolin bergambar kat wall yang super duper happening ini. Dekorasi restoran ini sangat minimal dan ringkas. Sesuai untuk seisi keluarga dari yang tua sampailah yang muda untuk menjamu selera tau. Ianya di buka dari jam 11 pagi sehinggalah jam 10.30 malam dari hari Isnin sehinggalah Ahad. So kalau nak datang boleh sangat kan. Satu lagi korang boleh buat sambutan hari lahir kat sini. Happening sangat !! Siap satu restoran boleh celebrate untuk korang tau. Elok bawa anak-anak korang dan buat sambutan kat sini. Nak tengok meriah ker tidak boleh ke IG kolin. Sempat rakam video sambutan hari lahir yang ada kat sini. Malam kolin makan tu ada 4 sambutan tau, empat kali lah aku bertepuk tangan dan menyanyi  'Happy Birthday' tau. Happy !!!!

Inilah dia Chef  Zubir, Master Chef Malaysia 


Sebenarnya kolin nak cerita pasal Brazilian Buffet yang ada di sini setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Korang boleh makan pelbagai jenis makanan yang di grill di sini, free flow sampai korang cakap 'stop'. Tapi selain Brazilian Buffet yang berharga RM59.90++ untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Ada pelbagai menu buffet yang disediakan untuk korang jua. Jom kolin bawa korang melawat buffet line yang ada buat santapan malam ini. 

Pasta

 Brazilian Rice

Chicken Piccata

 Braised Beef with Carrot & Potato

 Sauted Mixed Garden Vegetables


Inilah dia barisan buffet yang ada, terliur kan. Belum lagi tengok apa yang mereka hidangkan panas-panas tu. Segala daging kambing, ikan, ayam, jagung, nenas dan lain-lain di hidangkan panas-panas terus ke pinggan korang. Chef yang ada akan jalan dan tanya korang nak apa dan bahagian mana. Memang best betul cara hidangan Brazilian Buffet kat sini. Jangan risau, staff dan chef-chef sini peramah macam Chef Zubir. Ini lah pengalaman pertama kolin makan macam ini. Nak merasa sila lah singgah makan ok. 


Ini lah cara mereka grill semua hidangan yang bakal di hidang. Di grill panas-panas, di sapu sos istimewa. Konsep dapur terbuka seperti ini membolehkan tetamu macam kolin ini lihat sendiri segala kerja di dapur. Mana lah tahu korang nak tengok macam mana chef masak kann....boleh lah diri kat situ dan tengok. 



Inilah dia Master Chef Malaysia kita, CHEF ZUBIR beraksi. Nampak serius aje kat dapur kan, tapi kalau korang ajak selfie dia sporting giler...peramah !!! Tiba masanya kolin nak try Brazilian Buffet kat 
VISTA BRASSERIE... nyummehh



Begitulah gaya kolin yang teruja makan Brazilian Buffet pertama kali hahahhaha. Sorry lah Chef muda tercrop pula gambar dia dah elok senyum. Tapi takpe ada satu lagi gambar. 


Haa ...dia potong, kolin pilih mana bahagian kolin nak. Yang ini daging batang pinang, sedap di grill dengan sos yang istimewa. Buat peminat daging korang patut ke sini dan cuba. Selain daging kan banyak lagi hidangan lain yang korang boleh cuba. Ayam pun ada buat anak-anak yang suka ayam tu.


Haa tengok...dia ronda meja dan setiap orang mereka akan hidang panas-panas.



Nampak dah korang cara Brazilian Buffet di Vista Brasserie ini. Nampak sedap kan..kalau korang sendiri pergi cuba lagi lah sedap weii. Mana tidaknya ini semua hasil air tangan Master Chef Malaysia tau. 


Ko tengok lah rupa kolin yang geram dan teruja nak makan segala yang di hidangkan hahahah.


Inilah kawan-kawan kaki makan yang dikumpulkan oleh Zomato My. Korang cari kat IG ok www.instagram.com/zomatomy untuk pelbagai lokasi makan yang best-best. Rajin boleh lah download application mereka dari Google Store.

Dah puas tengok gambar kan, jangan lah lupa datang ke Vista Brasserie untuk cuba Brazilian Buffet dari Chef Zubir. Tempat makan baru yang perlu korang pergi dan cuba ok ! Ni nak gaji dah minggu depan, cuba terjah Vista Brasserie ya.


Terima kasih Chef Zubir sebab kongsi dengan kami makanan yang sedap-sedap. Memang harga bepatutan pada makanan yang sangat kualiti. Kalau korang nasib baik boleh lah ajak Chef Zubir selfie or wefie hehehe. Jangan risau, nampak aje Chef garang tapi peramah dan lemah lembut sangat


Comel tak kami hahahaha...
Terima kasih Vista Brasserie untuk makan malam yang enak dan berbaloi untuk poket anda.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you