assalammualaikum dan salam sejahtera
Bila tengok kawan-kawan duk update dalam IG dan FB pasal MRT percuma sebulan tu kolin pun terasa nak pergi try lah jugak. Kami tinggal di Kepong, so lagi dekat lah ke Station Sg. Buloh tu. Parking ada dekat 8-9 tingkat yang disediakan. Tapi korang kena isi kad touch n go sekurang-kurangnya ada RM10 baki di dalam sebelum masuk parking kat situ. Semuanya cashless tau, so memang kena pakai kad Touch and Go. Standby sesiap kalau plan nak pergi ke sana dan parking kereta ok. JOM NAIK MRT
Sementara ini naik MRT ini ke mana-mana destinasi adalah PERCUMA sehingga lah 16 Januari 2017. Buat korang masih sempat lah nak cuba lagi. Ada masa seminggu lagi. Bagi yang ada kad touch n go, korang boleh touch sahaja untuk masuk dan keluar sementara masih percuma ni. Kalau IC terbaru kat ada touch n go tu boleh lah guna. Tapi kalau malas, ambil sahaja token warna biru di kaunter. Macam kolin malas nak keluarkan IC, minta aje lah token sebab senang lagi kut. Maklumlah aku ni careless sikit kang lupa mana letak IC hihih. So pakai token senang !!
Review Kolin masa menunggu tak lah lama pun. Keadaan selesa dan paling kolin suka sekarang nak ke IKEA dan One Utama tak perlu nak drive dan parking susah-susah dah. Rasanya baik kolin park kereta di Sg. Buloh dan naik MRT. Lagi senang dan mudah kut !!!
Tapi buat masa ini yang beroperasi dari Sg. Buloh sehingga ke Semantan sahaja. Yang lain-lain masih belum beroperasi sepenuhnya. Kalau tengok laluan tu, memang seronok lah pelancong datang ke Malaysia. Boleh ronda-ronda dalam MRT. Tambang tu belum tengok lah lagi, sebab masih percuma kan. Buat korang warga KL yang belum cuba lagi, meh lah try naik. Memang laju, nampak best gak laaa...
Setakat semalam kolin naik tak lah penuh, anak-anak pun boleh ke hujung sana sini nak merasa katanya. Tempat duduk tak lah banyak, Tapi cukup lah kut untuk warga yang memerlukan.
Jadi buat semua yang baca ni tapi belum mencuba, kenalah pergi cuba sementara PERCUMA ini.
Bawa seisi keluarga tau, termasuk atuk nenek..mesti mereka seronok. Minggu depan kolin nak bawak mama kolin aka Cik Timah tu naik pula heheheh
(Siapa punya tangan laaa niiii)
(Siapa punya tangan laaa niiii)
JOM NAIK MRT !!
Love
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you