assalammualaikum dan salam sejahtera
Makanan laut dan kolin berpisah tiada heheheh. Kali ini rezeki kolin pada 2017 dapat makan lunch di CRAB FACTORY yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Kawasan yang agak sibuk jugak lah. Nasihat kolin nak ke Crab Factory buat lah penempahan awal terlebih dahulu sebab takut nanti korang sampai tak de tempat duduk untuk makan. So baik call untuk penempahan dulu ok.
Tempat yang padat dengan pelbagai kedai makan ini memang strategik sangat. Korang kalau waze memang senang sangat nak cari. Jadi tak perlu jauh-jauh nak makan seafood yang segar dan sedap ye.
Inilah dia bahagian hadapan CRAB FACTORY. Sangat simple dan minimal aje dekorasi. Ruangan dalaman pula amat menarik buat kaki foto macam kolin. Boleh lah berposing sementara fikir nak order apa kan.
Cara hidangan di sini sama jua lah tiada pinggan yang digunakan. Sebelum hidang makan, kertas akan di lapik di atas meja, dan semua menu yang kita order akan di tuangkan di tengah meja. Makanlah kita secara berjemaah dengan penuh kasih sayang jua. Berkongsi-kongsi kan lebih muhibbah ! Ala 'shell out' lah kiranya
Dah siap meja di alas oleh kertas khas pun.
Ini pula menu untuk rujukan korang. Sila lah tengok-tengok dulu ya.
Bila dah order, kita di beri 'beep' atau alas dada untuk makan dan alatan untuk senang kita makan ketam kita nanti. Maklumlah semua tahu kulit ketam kan keras. Memang makan sure terpercik kat baju, so pakai beep tu supaya tudung korang tak bertambah corak dari kuah hidangan ini.
Yang ini Seafood Set Meat Crab, sos bagi hidangan yang ini ada 4 tahap kepedasan. Yang kolin cuba lunch tu adalah tahap medium iaitu yang kedua. Sudah cukup pedas buat kolin, korang yang jenis suka pedas boleh lah order tahap kepedasan sos yang lain.

Dalam hidangan yang ini lah ada ketam yang sepit dia besar dan tebal tu. Kalau korang nak tahu, sedapnya isi ketam adalah di bahagian sepit mereka. Memang sedap sangat !! Paling penting kesegaran ketam itu sendiri. Selain ketam, ada lobster, sotong, mussels, scallop, ubi kentang dan jua jagung. Pendek kata di dalam hidangan yang ini memang cukup lengkap lah. Ada sayuran dan jua ada makanan laut yang seimbang. Harga untuk yang ini di datangi sekali dengan nasi hanya RM175.00 sahaja.
Rasa kolin kalau korang pergi makan berdua atau bertiga dah cukup dah pun. Sebab kolin nak bagitahu CRAB FACTORY memang bermurah hati dengan ketam mereka. Tak cuba tak tahu, nanti datang baru tahu hahahha. Datang dan cuba ok. Jangan lupa like Instagram mereka jua di @mycrabfactory
Yang ini pula Jumbo Jap S. Prawn berkuah Creamy Lemak. Yang ini kolin paling SUKA !!! Kuahnya ala masak lemak yang sedap dan udang yang memang JUMBO. Jujur kolin cakap, makanan laut kat sini fresh atau semuanya segar belaka. Memang kalau korang ada masalah makanan laut yang berbau tak makan tu, patut cuba kat sini. Sedap sampai kuah yang ini kolin siap cicah makan dengan roti. Kat sini bukan ada nasi aje tau, roti pun ada. Nama roti dia Fried Mini Mantao. Haa nanti kalau rasa tak nak makan nasi, order roti dan boleh la meratah seafood sambil kuah cicah sana sini. Sebab setiap hidangan kuah lain-lain tau.
Selain itu, ada satu lagi hidangan yang boleh buat mengigau. Udangnya agak sederhana tapi sos dia Spicy Plum. Sedap dan memang boleh buat mengigau kalau makan. Yang ini kalau korang bawak budak-budak tak tahan pedas boleh order yang ini.
Prawns 500g Spicy Plum
Haa nampak tak cara mereka hidang, tuang sahaja di bahagian tengah meja dan susun semua order kita. Yang tengah tuang tu Prawn 500g with Spicy Plum, yang dah terhidang tu adalah GB Yabbies L 300 gram ada mini loabster dan jua kepah yang besar. Sorry lah korang, tak ada niat nak buat korang terliur, tapi kalau ada kesempatan sila lah ke sini untuk makan ye. Tempat yang sedap kita kena kongsi dengan kawan-kawan kan. Haa..baru lah syiok !!
Inilah situasi sebelum kami bertujuh sebelum mula makan. Elok, terletak semua lauk-pauk atas meja. Masa tu memang kamera lah makan dulu. Merakamkan aksi-aksi ketam dan udang seksi terhidang atas meja. So kalau korang nak buat reunion atau sambutan hari lahir atau apa saja boleh lah menempah kat sini. Sebab mereka menyediakan meja panjang yang boleh duduk ramai-ramai.
Cajun Fried Chicken Wings
Ok dah penat order, penat tangkap gambar tiba masanya untuk makan !!!
Haa begitulah apabila dah selesai makan hahahahha. Semua kulit dan segala bersepah begitu. Sebab konsep memang tiada pinggan kan. Pendapat peribadi kolin, CRAB FACTORY ini satu tempat yang korang patut cuba datang makan. Berbaloi, sedap, segar dan memang sesuai untuk seisi keluarga.
Haa ini bahagian kolin hahahah. Punya lah bersepah tapi enjoy sangat makan di Crab Factory SS2 PJ ini.
Jangan lupa call untuk penempahan sebelum datang ye.
Telefon di talian 03-78655850 dan tempah siap-siap berapa orang dan jam berapa nak makan. Sebab staff mereka sangat membantu dan peramah. Buat yang macam kolin pertama kali cuba makan style begini memang mereka sangat membantu. Apa kita tanya pun mereka layan kita, maklumlah kali pertama makan tak pakai pinggan bagai.
Marilah datang makan kat sini ok !!!
Love,
Kolin Zainal
Makan seafood ni kalau tak kena yang fresh...mmg buat spoil mood tapi kalau kat Crab Factory, takkan rasa kecewa laa senang kata...
ReplyDeletejom repeat..pakai voucher hahaha
Delete