Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

DOA - DOA HARI ARAFAH

Assalammualaikum semua

Macam tak sangka tahun 2024 yang lalu kolin berada di Arafah. Tahun ini kita tunggu lagi, sebab hari ini lah semua doa dimakbulkan. Tapi tahun ini kolin kat Malaysia :)

Korang jangan kedekut meminta dengan Tuhan tau. Hari esok, hari Arafah di Malaysia. Susun semua doa dalam kertas, nota telefon atau apa sahaja. Minta sungguh-sungguh semoga kita semua mendapat manfaat. 

Ini antara doa yang boleh korang bacakan tau. 3 jam sahaja masa korang perlukan untuk doa, tak lama pun. 







Moga memberi manfaat untuk korang semua. Jangan lupa selitkan dalam doa korang untuk kolin ya. 

 

Doakan kolin sekeluarga sihat, mama kolin dipanjangkan umur dalam penuh keberkatan, kolin diberikan rezeki yang melimpah ruah, dilembutkan hati semua yang berurusan dengan kolin dan akhir sekali segala urusan kolin dipermudahkan selalu. 

Dan buat yang terakhir, kolin selalu doa kalau hati sakit, terasa sangat. 

Ya Allah, aku sedang sakit hati, terguris hati, sekiranya aku dizalimi, difitnah, dianiaya aku berserah, bertawakal kepada mu Ya Allah. Hanya kau sahaja yang mampu membalas kepada mereka dengan merasa sakit yang sama aku rasa Ya Allah. Aku berserah, kau sahaja membalas nya.

Jangan lupa puasa esok juga tau!

SELAMA HARI RAYA AIDILADHA SEMUA

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you