Sunday, November 12, 2017

EVENT: PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF ANJURAN PPZ-MAIWP TAJAAN COUDRE KL



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Tahniah kepada semua pemenang PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dengan tajaan dari 
COUDRE Kuala Lumpur. 



Baru-baru ini pihak PPZ Wilayah telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF yang bertajuk ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’. Disebabkan itulah kolin dan rakan-rakan lain turut sama hadir dan menyaksikan majlis penyampaian hadiah yang penuh kemeriahan ini. Kalau korang nak tahu, pertandingan ini telah di jalankan sepanjang 15 Ogos sehingga 30 September 2017. Dengan video yang berdurasi selama 3 minit dan korang bebas mengunakan apa sahaja medium perisian hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan juga COUDRE KUALA LUMPUR. Senang bukan ! Dan penyertaan boleh di hantar ke emel info@zakat.com.my sahaja. 




Punya lah senang pertandingan ini dan kini penyampaian hadiah pula. Antara hadiah yang ditawarkan ialah Video Terbaik, tempat pertama, kedua dan ketiga. Semua video ini korang boleh tengok sendiri di FB Pusat Pungutan Zakat. Malah korang juga di jemput share dan like kalau suka. Kolin harap pihak PPZ MAIWP akan anjurkan lagi banyak pertandingan macam ini di masa hadapan. Boleh lah kita yang suka buat video ni join sama kan. Paling penting, tajaan dari syarikat pun penting juga kan. Terima kasih buat Coudre Kuala Lumpur atas tajaan yang telah diberikan. Syabas!!


Inilah dia antara pemenang yang diraikan di dalam MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF yang telah dijalankan pada 10 November 2017. Di bawah adalah senarai pemenang:


Tempat Pertama

MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN

(membawa pulang wang tunai RM2000)



Tempat Kedua

SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN

(membawa pulang wang tunai RM1500)


Tempat Ketiga

NURHIDAYAH BINTI ATMIN

(membawa pulang wang tunai RM1000)


Anugerah Pilihan Ramai

MUHAMAD HANIF BIN NGARISAN


(membawa pulang wang tunai RM1000)

Dan bagi Hadiah Saguhati seramai 9 orang dimenangi oleh dan membawa pulang wang tunai RM500 ialah:


NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN

MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM

MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN

MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ

NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI

NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI

ANIS ASYIKIN BIN ALIAS

MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI

MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID



Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan jua penaja rasmi bagi pertandingan ini iaitu Cik Puan Emi Hanani Binti Mohd Ariffin, Pemilik Boutique Coudre KL.



Sekali lagi kolin ucapkan syabas kepada PPZ-MAIWP dan jua penaja Coudre KL yang menganjurkan pertandingan yang berprestij ini. Kenapa berprestij, sebab dalam kita di zaman teknologi pun boleh berdakwah macam ini. Kolin harap ramai lagi anak muda yang berbakat akan tampil dalam menyebarkan lagi dakwah Islam.



Dan tahniah buat semua peserta yang telah menyertai, kolin dengar hampir 1000 penyertaan. Dan antara semua itu, 13 peserta akhir telah di pilih untuk ke peringkat akhir. Akhirnya semua pemenang telah dipilih malah diraikan dalam majlis penyampaian hadiah yang sangat meriah. 


Harap masa hadapan, ramai lagi lah kawan-kawan yang akan turut join pertandingan dari PPZ-MAIWP kan. Untuk informasi lanjut korang boleh laman web mereka iaitu www.zakat.com.my atau www.facebook.com/myzakat atau www.instagram.com/pusatpungutanzakat nak banyak lagi video menarik dari mereka boleh lah tonton di www.youtube.com/ppztv. Mana tahu ada video yang memberikan seribu erti buat kita kan.



Tahniah semua, terima kasih jemput kolin hadir sama meraikan kemenangan korang. Jangan lupa saksikan video yang bertemakan ‘MENCARI REZEKI YANG BERKAT’ di laman web PPZ-MAIWP okay



Love, 

Kolin Zainal









8 comments:

  1. Love u 2 syg..wahh hadiah2 menarik next time bleh joint ni..

    ReplyDelete
  2. Hadiah2 yang ditawarkan amat lumayan. Malah hadiah saguhati pun dah puashati

    ReplyDelete
  3. Tahniah saudara Muhammad Hanif bin Ngarisan dan semua pemenang yang lain!! :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada semua pemenang bertuah dan berbakat. Hopefully ada lagi pertandingan lepas ni. Bopeh join sekaki...hehe

    ReplyDelete
  5. menyesalnya tak sempat masuk pertandingan video ppz ni. hadiah lumayan2 tu kot. apapun tahniah kepada semua pemenang dan ppz serta coudre kl kerana menganjurkan pertandingan sebegini, menggilap bakat dalam masa sama berdakwah tentang kepentingan zakat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sangka PPZ ada menganjurkan program2 yg sgt bermanfaat yg melibatkan golongan muda. Disamping tu membuat kan hati tersentuh penuh dgn ilmu akhirat. Kkdng walaupun kita istiqamah dlm beribadat ada juga perkara2 wajib yg kita terlps pdng. Apa2pun memang terbaik lah program yg mcm ni sis.

      Delete
  6. Tahniah pada pemenang semua, hadiah pun semua boleh tahan juga kan..

    ReplyDelete
  7. Sekali cuba nasib, terus berjaya raih dua kategori kan... Next time kalau PPZ-MAIWP anjuran lagi pertandingan macam ni, harus grab. Mana tau, ada rezeki boleh menang. Tahniah lah kepada semua pemenang dan juga PPZ-MAIWP serta Coudre KL atas usaha murni ini.

    ReplyDelete

loving me..loving you