Thursday, November 16, 2017

EVENT: Promosi produk dan pelbagai barangan dari Taiwan bagi pasaran tempatan TAIWAN EXCELLENCE PAVILION

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Bermula 10 sehingga 12 November 2017 yang lalu, bertempat di IOI City Mall Putrajaya telah berlangsung pameran produk dan pelbagai barangan dari Taiwan yang telah pun mendapat tempat di pasaran tempatan. Antara barangan yang dipamerkan ialah barangan inovasi, komputer, barangan rumah dan ada juga barangan kecantikan. Kolin bertuah di jemput bersama-sama menyaksikan pelbagai barangan yang ada. 

 bersama blogger kak anie


Rupanya dalam tak sedar kolin sendiri pernah mengunakan barangan mereka. Seperti contoh, pelekat anti jerawat Mia Care tu. 
Perasmian pada hari itu dimulakan dengan persembahan dari penyanyi muda yang terkenal iaitu Aiman Tino dan diikuti dengan perasmian besar-besaran tau. Memang meriah sangat acara perasmian siap dengan cabutan bertuah lagi. 

Yang pasti kehangatan ianya lagi meriah apabila Aiman Tino menyanyi 3 buah lagu untuk semua pengunjung di pameran itu. Oh..lupa nak bagitau, pameran 3 hari tu percuma aje. So sesiapa pun boleh pergi dan tengok pameran barangan dari Taiwan tu. 




Buat yang tidak tahu apa yang ada kat sini kolin boleh la berkongsi sikit kat sini supaya korang pun boleh tau serba sedikit barangan dari Taiwan. Antaranya Asus, MSI, Acer, Adata adalah barangan ICT dari Taiwan tau. 

Inilah antara barangan menarik mereka. 






Tak kurang hebat kan barangan dari mereka ini. Jadi korang semua dah ada pilihan kan. Dengan adanya pelbagai pilihan barangan korang dah boleh memilih. Bijak memilih, bijak membeli ya.

Kemeriahan majlis ini tambah hebat dengan perasmian mengunakan gendang bersama wakil dari Taiwan External Development Trade Council (TAITRA), Management from Taipei and Taiwan Economic and Cultural Office (TECO).




Itulah dia pameran yang telah pun berlangsung dari 10 sehingga 12 November yang lalu. Besar hati sangat dapat hari sama dalam majlis yang penuh kejutan ini. Dan kita pun selfie lah dengan Aiman Tino uollssss....baik betul dia ni. Beradab sangat...


sekali ada geng photobomb laa hahahahha


Tahniah buat penganjur untuk majlis gilang gemilang ini.

Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. gmbr last tu , ada photobomb hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal hahahah..sekali ada photobomb lak eh

      Delete

loving me..loving you