Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: SELAMAT ULANGTAHUN KEDUA BUAT SHOPEE MALAYSIA

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak kenal shopee kan! Platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan tau. Ala, setiap kali gaji laman web shopee adalah salah satu laman web yang kolin akan singgah untuk shopping. Kalau nak tahu kali ini mereka meraikan dengan besar-besaran dan promosi melebihi 6 juta produk. Shopee buat jualan murah, iklan papan digital, iklan televisyen dan pelbagai lagi lah. Ini semua untuk kita lah rakyat Malaysia yang telah lama menyokong shopee. 


Dan inilah dia ulangtahun kelahiran shopee yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada selasa malam yang lalu. Menurut kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, berikutan kejayaan Jualan Murah Shopee pada 11.11 yang merekodkan jumlah tempahan sebanyak 2.5 juta dan jualan kira-kira 7 juta produk, mereka sekali lagi membawakan jualan murah bersempena hari lahir yang membariskan pengalaman harga promosi yang lebih mengujakan. Haa...buat korang cepat-cepat laa log masuk www.shopee.com/birthday grab segala promosi yang ada kan. 

Tadi kan kolin cakap pasal promosi, inilah dia promosi yang bakal memberikan korang semua penjimatan hebat. Bermula 1 sehingga 12 Disember, semua shocking sale akan ada produk serendah RM12 tau. Ini akan berlangsung selama 5 kali untuk satu hari. Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucer Beat The Clock bernilai RM500,000 untuk dimenangi dan banyak lagi lah promosi yang ada kalau nak cerita memang tak habis. Yang pasti semua jemputan dan rakan media turut teruja dengan sambutan ulangtahun yang penuh gilang gemilang ini. Nak lagi best, hadiah percutian 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5500 yang ditaja oleh rakan rasmi mereka iaitu FPX. Penguna hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang bulan Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini.




Buat kaki media sosial pun ada juga tau. Shopee akan melancarkan pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 Disember. Penguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu iPad mini 4 bernilai RM1899 dan pelbagai lah hadiah yang ditawarkan. Semua ini bersempena meraikan ulangtahun kedua shopee. 

Raikan ulangtahuna Shopee yang ke-2 dengan penuh gaya okay. Kaki shopping platform e-dagang standby bershopping pada harga yang sangat murah okay. Jangan lupa muat turun shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play okay. 

Meriah betul majlis ini HAPPY BIRTHDAY SHOPEE !

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you