Tuesday, November 7, 2017

Bukan Rezeki Kami ....Tahniah JDT

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haiii..kolin bukan lah fanatik bola pun sangat. Tapi suka pergi stadium kalau ada game yang best lerr.. Tahun ini untuk Piala Malaysia 2017 JDT bertembung dengan Kedah di Stadium Shah Alam. Sabtu lalu pun dah game dah..semua umum tahun JDT menang bergaya dengan 2 gol dan Kedah 0.


Abah kolin orang Batu Pahat Johor (Al Fatihah buat Allahyarham Syed Zainal bin Syed Ali) . Dedulu memang laa selalu balik batu pahat, tapi sejak abah pergi 1997 memang dah kurang ke Johor. Menikah pula dengan orang Yan dari Kedah. Jadinya perlawanan bola tempoh hari selalu kolin jadi 'lalang' hahaha. Mana menang kolin sokong, tapi kali ni kolin bulatkan semangat sokong KEDAH. Sebab apa KEDAH sebab kolin suka semangat dari player mereka. Apakan nasib, tak ada kemenangan malam tu. Tapi bersyukur semua sporting dan tiada pergaduhan berlaku pun. Malah kolin yang duduk di sebelah penyokong KEDAH memasing cakap 'bukan rezeki kami'. Best nyaaa kalau semua perlawanan bola penyokong sporting macam ini kan. 




Iyelah kalau semua nak menang sapa pula nak kalah kan. Janji tak bergaduh, dan kita kekalkan semangat kesukanan yang tinggi. Boleh lah kita bawa anak-anak pergi stadium dan menikmati perlawanan macam Sabtu lepas kan. Pupuk semangat kecintaan bersukan pada mereka kan bagus. 


Akhir kata, Tahniah buat JDT..
Dan Pulun KEDAH Pulun..tahun depan kita cuba lagi ye!!!

Bukan rezeki kami...

Love, 

Kolin Zainal 

3 comments:

  1. saya pun sokong Kedah juga...takpalah walaupun kedah kalah tak bermakna kedah tak akan ada peluang lain lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah...nanti kedah cuba lagi kan..#pulunkedahpulun

      Delete
  2. Dua2 team memang terbaik. Saya sokong mana menang..haaha!

    ReplyDelete

loving me..loving you