Friday, November 17, 2017

EVENT: SAMBUTAN SUNWAY LAGOON KE 25 TAHUN - "SUNWAY LAGOON 25 WONDERS YEARS"

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahniah buat Sunway Lagoon Malaysia yang meraikan tahun ke 25. Bertemakan '25 Wonder Years' disambut dengan penuh gilang gemilang. Kolin beruntung lah dapat menyaksikan sambutan yang penuh kejutan. Dengan diberikan minuman dalam nenas, dapat tengok pertunjukkan api dah macam kat Hawaii lak rasa hahahah




Acara diserikan dengan pelbagai persembahan dari penari-penari yang mengiringi VIP. Macam biasa persembahan gambit turun mengamat suasana yang ada pada malam tu. Kami media diletakkan di meja yang beralaskan pasir pantai. Terasa malam tu macam makan kat tepi laut pulak. Cuaca pun tak hujan pula malam tu kan. 





Lagi tambah menarik dan bagi mengingati detik ini Sunway Lagoon telah berkerjasama dengan artis tempatan iaitu Caprice, Mimi Fly dan Kaka Azraff bagi mencipta satu lagu khas mengenai perjalanan suka duka Sunway Lagoon yang diberikan tajuk 'Experience It". Bukan kata mereka aje berjoget bawah pentas tu, kolin sekali goyang. Best gila lagu tu..korang nak dengar boleh ke Facebook Sunway Lagoon rasanya. Mesti kat sana ada upload kan. 



Buat tetamu selain kami di jamu dengan pelbagai hidangan yang lazat, kami juga dihidangkan dengan persembahan 'The Tale of Mount Berapi' yang menceritakan seorang gadis yang yang telah dirasuk oleh sihir dan bagaimana dia mendapatkan batu lava. Ceritera ini adalah Best Day Show bagi mencipta kesinambungan dengan persembahan bunga api malam tu. Syabas buat team yang buat persembahan memang terpesona tengok. 


Calvin Ho, General Manager dari Sunway Theme Parks berkata, 25 tahun dalam perniagaan ini sememangnya memberikan perasaan hebat di dalam banyak perkara. Ianya hasil kerja kuat dan keras selama ini dan selama 25 tahun ini, kami sangat bangga dengan segala pencapaian yang ada. Kejayaan ini adalah dengan sokongan para pengunjung yang tidak putus-putus datang dan memberikan sokongan kepada kami. Dengan ini kami memberikan pulangan yang banyak dengan tawaran yang menarik untuk semua tetamu bersempena tahun ke 25 tahun hari ini. 

Inilah dia Tawaran Menarik untuk korang semua. Bermula 31 Disember 2017, pegunjung di jemput meraikan bersama-sama dengan tawaran RM25 off untuk pas 'Two Day
Fun Pass. Selain itu sehingga 24 November beli satu tiket dewasa dan dapatkan satu lagi dengan harga RM25 sahaja. Untuk lebih banyak tawaran korang kena lah ke website mereka iaitu www.sunwaylagoon.com



Terima kasih buat Sunway Lagoon sebab sudi menjemput kolin menjadi sebahagian dari acara ini. Tak sangka dah 25 tahun kan...yang pasti memang malam tu happening sangat. 

Happy 25th Years SUNWAY LAGOON !!!

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you