Assalammualaikum semua. Mesti korang terfikir apa yang best sangat pergi bercuti 3 hari 2 malam kat Pekan, Pahang tu kan. Kalau ke Kuantan dan boring, sesak dan banyak tempat orang semua dah pergi. Kali ini kolin sekeluarga bawakan korang sisi lain "apa yang ada di Pekan, Pahang Darul Makmur"
Kenapa Pekan? Sebab dah boring dengan Melaka & Penang hahah. So nak explore tempat menarik lain pula di Malaysia. Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020, jom lah kita support industri perlancongan tempatan kita. Perkara pertama ialah penginapan. Di Pekan hotel terbaik dan sangat berbaloi untuk menginap ialah ANCASA ROYALE PEKAN PAHANG. Kalau nak tahu kenapa kena pergi ke link ini okay. Bilik besar, tandas besar, ruang parkir banyak dan paling penting korang kena order puding raja kat restoran mereka, sedap giler! Harga murah dan lebih selesa buat sekeluarga.
Ini benda wajib yang patut korang cuba. Aktiviti ini kalau tak cuba di Pekan memang rugi. Masa kami pergi pagi tu cuaca mendung. Jadi okay lah boleh melepak tengok pemandangan apa orang tempatan kat sini buat sehari-sehari. Sepanjang sungai ada aktiviti korek pasir dan pelbagai industri lain. Selain ada juga nampak orang tempatan memancing.
semoga murah rezeki pakcik tu bagi ikan patin kat mereka dalam bot tu. Baik-baik orang Pekan ni.
Inilah dia Istana yang ada di Pekan, Pahang. Istana Sultan Abu Bakar ini sangat iconic. Memang tak boleh masuk tapi dapat tengok dari luar pun dah gembira. Jangan lupa OOTD satu kat sini buat kenangan di Pekan okay.
sesekali nampak la bot ke sana sini buat urusan mereka. Ketenangan yang sangat tak ternilai masa menginap kat sini. Sambil layan matahari nak terbenam, anak-anak layan kolam mandi yang ada mengadap ke sungai. Apa lagi yang perlu di kata, semua terbentang depan mata. Bijak memilih kalau nak bercuti okay. Cari tempat yang bajet rendah, banyak tempat menarik dan yang paling penting seronok!
1. PEKAN RIVER CRUISE
Ini benda wajib yang patut korang cuba. Aktiviti ini kalau tak cuba di Pekan memang rugi. Masa kami pergi pagi tu cuaca mendung. Jadi okay lah boleh melepak tengok pemandangan apa orang tempatan kat sini buat sehari-sehari. Sepanjang sungai ada aktiviti korek pasir dan pelbagai industri lain. Selain ada juga nampak orang tempatan memancing.
Tapi kemuncak river cruise ini bila kita boleh pergi tengok sendiri orang bela ikan patin dalam sangkar. Haaa...buat peminat ikan patin, korang datang sini boleh lah shopping ikan wei. Pastikan bawa ice box la kan...ikan hidup yaa bukan mati! Fresh gituuu. Haa tengok gambar ni, nampak kan pakcik tu tayang ikan patin. Kalau korang menyusuri sungai di sini nampak la banyak sangat sangkar ikan patin. So memang ramai bela kat sini.
semoga murah rezeki pakcik tu bagi ikan patin kat mereka dalam bot tu. Baik-baik orang Pekan ni.
terima kasih pakcik |
my model |
one family photo for memory |
bot yang gambar bawah ini selalu disewa oleh kaki pancing kalau ke Pekan. Kalau kaki mancing nak try boleh la ke Ancasa dan tanya pakej memancing okay. Mereka ada pakej juga tau.
2. MEOW ISLAND
Buat yang sayang pada kucing, tempat ini memang bakal menjadi satu tempat yang sukar korang lepaskan. MEOW ISLAND adalah mana satu tempat yang dijalan oleh NGO dan sukarelawan yang datang membantu, memelihara semua haiwan kesayangan ini. Hanya RM3 untuk seorang dan korang boleh turut sama bermain dan membersihkan kawasan ini.
Dan ada sekor kambing jantan nama dia Alif. Tapi bebaru ini kolin tengok kat IG Meow Island, alif dah mati. Masa pergi tu kemain en. suami main dengan alif..busuk kambing tu tapi funny.
So korang datang sini bawa lah pasir atau makanan kucing okay. Pengasas MEOW ISLAND ini telah meninggal dunia dan kini dijalankan oleh adik beradik beliau. Semoga usaha murni ini terus memberikan impak positif kepada semua penduduk di Pekan dan juga pelancong dari dalam negara kita sendiri Malaysia. Datang lah korang, bawa anak-anak. Seronok sangat tengok kucing berjalan bebas dan mengetahui yang datang semua sayang kucing.
3. CHEMINAHSAYANG, PUSAT TENUN PAHANG DIRAJA
Di sini korang boleh lihat sendiri bagaimana kain tenun di hasilkan. Dan kalau korang nak sedikit informasi ada sahaja pegawai yang ramah akan membantu. Ini milik Tuanku Permaisuri Agung tau, best kan! Kat sini kalau korang berminat nak belajar boleh lah masuk institut mereka. Seronok tapi bukan senang ye..pada kolin mereka kat sini memang gigih sangat nak tenun benang jadi kain.
dan ini lah antara hasil yang boleh korang datang dan lihat sendiri. Mahal tau, sebab semua handmade mengunakan mesin tradisi. Malahan cantik sangat wei, kalau lah ada bajet ribu riban tuk raya boleh beli satu buat selempang atas bahu tu.
4. RUMAH KELAHIRAN TUN ABDUL RAZAK
Buat yang ingin mengenali lebih banyak mengenai Perdana Menteri Kedua Malaysia inilah rumah kelahiran Tun Abdul Razak. Korang boleh naik dan lihat sendiri rumah yang penuh bersejarah ini. Lebih bagus bawa anak-anak sebab mereka boleh kenal sejarah negara sendiri.
Susuk rumah ini dikekalkan dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Percuma tau! Jangan risau, Pekan semua murah-murah sebab belum menjadi tempat percutian viral kat Malaysia lagi. So sebelum tu, korang kena pergi okay.
5. MUZIUM SULTAN ABU BAKAR
Muzium yang banyak berkongsi cerita tentang kesultanan yang menjadi sejarah di Pekan, Pahang. Korang boleh ambil masa dan melawat sekitar muzium ini dan berehat. Selain itu bangunan cantik ini mempunyai taman yang yang cantik untuk bergambar.
Sepanjang berada di Pekan, kolin terasa Bandar DiRaja ini bersih sangat. Kawasan kampung pun lawa aje. Rumah cantik-cantik, terasa nak tinggal kat sini aje masa dah tua nanti. Tak nampak pun sampah berlonggok memana.
6.ISTANA SULTAN ABU BAKAR
Inilah dia Istana yang ada di Pekan, Pahang. Istana Sultan Abu Bakar ini sangat iconic. Memang tak boleh masuk tapi dapat tengok dari luar pun dah gembira. Jangan lupa OOTD satu kat sini buat kenangan di Pekan okay.
7. ROYAL PAHANG POLO CLUB
Padang polo berkuda ini open tau. Kalau bernasib baik boleh lah tengok orang berlatih atau mungkin boleh tengok perlawanan polo berkuda ini. Tak tertutup pun, kolin rasa best sangat. So kalau Tuanku sekeluarga main polo boleh lah rakyat tengok. Cantik sangat padang rumput kat sini terjaga bersih. Korang tengok lah sendiri, tak ada daun kering bersepah-sepah pun kan. Kagum!
8. PANTAI AIR LELEH
Kalau ke Kuantan ada Pantai Teluk Chempedak kan. Pekan pun ada juga tau, lebih kurang 15 minit perjalanan dari Hotel Ancasa Royale aje. So korang boleh ke sana tengok nelayan menjala ikan dan juga bermain di tepi pantai. Boleh lah berkelah bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Kolin tak pernah jemu dengan laut! This is vitamin sea recharging!!
Jangan lupa bawa bekalan untuk berkelah okay. Semua ini Ancasa Royale boleh sediakan. Jangan risau, yang penting sekeluarga boleh bergembira dan kenangan manis tersimpan sampai mati. Mesti korang ingat Pekan boring kan, sebenarnya best gilerr.
9. DERIS, PEKAN BEST MURTABAK
Omaigod!! Ini menu yang korang kena cuba kalau ke Pekan. Memang ramai rekemen dan percayalah korang tak akan dapat rasa kat tempat lain. Sebenarnya ini lah tempat lepak warga Pekan kalau nak makan. Sedap giler walau harga agak mahal kita tengok kan. Tapi berbaloi. Kolin beli ayam dan daging sebab nak rasa kedua-dua. Beli sekali dah balik hotel memang teringat aje. Tunggu laa ada masa memang nak repeat holiday kat Pekan. Murah, tak ada kesesakan, nak parking pun senang giler. Lagi best sepanjang kedai tepi jalan ada jual makanan laut segar tau. So korang boleh la melayan ikan bakar untuk makan malam kat Pekan. Ada rezeki boleh layan udang galah juga oiiii..sini murah.
woo masa menaip ni pun meleleh air liur tengok gambar. Sedap ni kalau pekena masa bulan puasa. Untung orang Pekan makan ni selalu.
10. MENIKMATI SUNSET DI SUNGAI SEBELAH
ANCASA ROYALE
Siapa sangka tempat penginapan yang kolin stay masa holiday di Pekan ada view yang sangat menenangkan. Sunset kat sungai uolss!
Seronok nya kalau ada batang pancing kan. Leh gak layan view air sungai yang tenang ni sambil memancing. Ruang ini jangan risau berpagar dalam kawasan hotel. So korang boleh lah lepak dan release tension.
sesekali nampak la bot ke sana sini buat urusan mereka. Ketenangan yang sangat tak ternilai masa menginap kat sini. Sambil layan matahari nak terbenam, anak-anak layan kolam mandi yang ada mengadap ke sungai. Apa lagi yang perlu di kata, semua terbentang depan mata. Bijak memilih kalau nak bercuti okay. Cari tempat yang bajet rendah, banyak tempat menarik dan yang paling penting seronok!
BANDAR PEKAN DI PAHANG MENAWARKAN SERIBU SATU KEMANISAN BILA BERCUTI. Manis atau tidak terpulang kepada individu juga kan. Yang penting inilah perkongsian kolin buat korang semua pembaca tersayang. Jangan lupa bercuti ke Pekan, Pahang Darul Makmur nanti okay. Lepas tu kongsi lagi supaya lebih ramai orang Malaysia tahu keindahan di Bandar DiRaja ini. Babai korang, jaga diri!
salam hai, ada tak cara untuk saya contact tuan/puan?
ReplyDeleteTuan boleh email saya di collin3108@yahoo.com
Delete