Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AZAM TAHUN BARU 2020

Assalammualaikum buat semua pembaca kesayangan. Di kesempatan ini kolin nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020. Dan sudah tentunya semangat tahun ini kolin nak terus update blog hari-hari hahaha. Sebelum ini agak culas sebab sibuk sangat dengan kerja hakiki. So lupa hobi kolin yang suka menulis blog. So korang lepas ini jangan lupa singgah blog kolin hari-hari sebab kolin nak share story hari-hari. Penuh kan dengan perkataan hari-hari tuuuu. So bercerita pasal tahun baru memang kena ada azam baru. Sebab apa kena ada, supaya kita ada fokus dan target. Baru lah kehidupan kita tersusun dan teratur. Fokus kolin ada dua untuk tahun ini, nak menyimpan duit dengan lebih lagi dan kolin niat sangat nak ke menunaikan umrah. Well kalau korang nak tahu, tahun 2020 ni genap la umur kolin 40 tahun. Di usia begini, walau young in heart, tetap mencari kedamaian jiwa yang satu tu lah. Doakan untuk kolin ya. 



ini lah dua perkara yang kalau boleh kolin nak capai sebelum end of 2020. Harapnya tercapailah, doa selalu huuuuu

1. NAK SAVING DAN KALAU BOLEH END 31 DISEMBER 2020 ADA RM20K. MULAKAN DENGAN SELESAIKAN HUTANG DAN BAWA BEKAL KE PEJABAT. 

2. CUBA NAK MENUNAIKAN UMRAH PADA TAHUN INI IAITU 2020. PASANG NIAT SESIAP SEMOGA ADA REZEKI DAN DIBUKAKAN JALAN UNTUK KE SANA. KAT SANA BOLEH FOKUS BUAT IBADAH SAHAJA DAN TAK PERLU FIKIR KERJA DI SINI. INSHA ALLAH

itu sahaja azam tahun 2020 kolin untuk tahun baru ini. Camne dengan korang? Kalau belum letak target atau azam, boleh lah mula hari ini baru 2 Januari, masih awal lagi. 

Mula pasang ye niat atau azam kita. Supaya kita tahu hala tuju hidup kita. Untuk itu kita akan kerja dengan kuat dan lebih banyak doa untuk capai azam tu. So korang semua cepat pasang okay. Semoga kita bersama-sama mengapai impian memasing ya. 

Untuk anak-anak, welcome back to school! Mami always love you!

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you