Assalammualaikum semua! Bercerita pasal make up, ada aje perempuan bajet 'natural beauty' yakin dengan rupa sendiri. Ada juga perempuan yang suka bersolek. Ala bersolek bukan nak mengoda sesiapa, tapi untuk tampil lebih ceria dan segar. So mekap simple cukup dah, jangan korang pergi majlis orang yang ada tema main redah ye! Kalau orang buat tema pastel, so sila ikut! Kalau orang buat tema pontianak, ikut juga! Kalau tak mau ikut jangan pergi! Sebab ending nya uols memalukan diri sendiri. So inilah dia hadirnya BENGKEL SOLEKAN CALIT CALIT CANTIK bersama MUA Ms. Tya Amir yang di anjurkan oleh Dea Marissa Resources (DMR).
Bengkel solekan yang diadakan bertujuan memberikan sedikit ilmu kepada yang ingin mengetahui cara mengunakan skincare dan alat solek dengan betul. Dengan penaja utama mereka iaitu Catrice Malaysia, Lelab Routine dan jua Papillion sebagai penaja bersama menjadi bengkel hari tu sukses.
PENTING TAU MENJAGA DAN MERAWAT WAJAH
Sepanjang
berlangsung bengkel ini MUA Tya Amir berkongsi tentang tips-tips
penjagaan dan merawat wajah. Maklumlah wajah kita semua lain-lain, ada
yang berminyak dan ada juga yang kering. Itu sebabnya penting untuk kita
join bengkel macam ini. Lagipun harga tak mahal tau korang cuma RM200
dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. So dapat macam-macam ilmu baru.
Masa bengkel macam ini lah korang boleh tanya terus apa yang sesuai
untuk korang.
Di dalam bengkel ini juga semua yang join dapat nota ringkas. So korang boleh balik dan rujuk balik semua yang telah dikongsikan. Berkaitan penjagaan wajah dan juga bagaimana nak mengenakan solekan di wajah dengan betul dan tepat. Hampir dua jam Mua Tya Amir memberikan tunjuk ajar kepada semua perserta dan hasilnya, semua peserta tampil dengan rupa paras yang berlainan dan mula-mula hadir ke kelas. Ada peserta ibu dan anak juga tau, sesama menimba ilmu solekan tau.
Semua diberikan goody bag dan juga sijil dari Dea Marissa Resources (DMR) setelah habis satu hari bengkel solekan. Tahniah korang!! Semoga ilmu yang korang dapat boleh dipraktiskan dalam kehidupan sehari-hari.
Ingat!! Kena berbedak, pakai gloss sikit. Biar nampak seri sikit jadi lah...Jangan lah cakap tak..tak pe tak mekap. Berubah ye, suri rumah pun sekarang berhias indah duduk rumah. Sebab kepuasan sendiri. Kalau ada masa dan berkesempatan join lah bengkel macam ni.
Tahniah buat Dea Marissa Resources (DMR) dan juga Mua Tya Amir kerana berjaya dalam bengkel tempohari. Buat semua penaja jua, terima kasih banyak-banyak! Thk you Catrice!!

No comments:
Post a Comment
loving me..loving you