Assalammualaikum semua. Bagi yang suka jaga kulit muka dan suka pakai masker kat wajah setiap malam, kini ada yang terbaru dari DEOPROCE MALAYSIA. Masker muka Lap Therapy yang didatangkan dari Korea ini sememangnya memberikan sisi lain tau. Kolin sendiri guna dan ternyata ianya lain dari yang lain, itu yang terus berkongsi dengan korang kat blog. Deoproce Lap Therapy Mask mempunyai beberapa variasi ada untuk putih, untuk memberikan nutrisi, untuk melembab dan juga anti kedut. Yang ini memang kolin nak cuba sangat. Malam tadi kolin cuba warna hijau iaitu placenta dari soya bean. Ada caranya nak pakai tau, special sikit. Kalau masker lain terus buka dan tempek aje kan..yang ini ada step 1 and 2
Memula korang kena letak serum yang ada kat sebelah atas tu, step one. Setelah kering serum tu baru lah buka masker tu dan letak di muka. Segala lebihan serum tu sapu kat leher okay. Jangan bazir! Itu yang paling best sebenarnya.
Keluarkan semua isi tuu..dan habiskan ye. Sapu seluruh wajah dan juga leher.
Keluarkan semua isi tuu..dan habiskan ye. Sapu seluruh wajah dan juga leher.
Lepas tu korang biarkan 15 ke 20 minit buka masker tu letak di leher buat seketika sebelum buang. Dan terus tidurrrrrrrrrrr
ini yang pertama kolin guna
KOLIN REVIEW
1. Masa memula tu sebelum nak pakai macam pelik. Tapi ikut aje arahan, lepas letak serum muka. OMAIGOD..the feeling is good!
2. Bila dah kering serum, kolin pakai masker pula. Dan masker tu pun ada esen sendiri. Tak kering pun. Again rasa mewah sangat kat muka.
3. Masa pakai tu tunggu 15 ke 20 minit sejuk sangat kat muka.
4. Dah bila buka, hurmmm...yummy. Terasa sangat sedap muka kita uollssss
5. Bila bangun pagi, ternyata kulit muka bouncing bouncing, toing toing. Dia punya kadar kelembapan sangat tinggi. Dan kolin rekemen korang pakai juga masker ini. Untuk kesan maximum!
Kolin dapatkan dari Guardian. Tapi kalau tak silap online pun ada jual juga. Harga agak mahal la untuk kita yang ketat bajetnya. Tapi yang ini sis anie mohamed yang hadiahkan. Thank you kakak ku, disebabkan hadiah dari mu, kulit ku mewah sangat rasa hahaha. So korang yang nak cuba masker, atau baru nak cuba, try yang ini dulu. Kolin rekemen sangat! Sebenarnya kolin pakai masker tetiap malam, ada juga yang kawan belikan dari korea dan ada juga beli kat sini, Malaysia. Tapi yang masker dari Deoproce ini memang best sangat. Cuba okay, dah cuba, sila komen kat bawah share pula experience korang.
Terima kasih baca entri ini!
Kannn... ..best giler masker daripada Deoproce nie.Kalau dapat pakai hari2 lagi bagus
ReplyDeleteAktiviti manjakan kulit muka sangat best...rasa tenang je lepas tu..eh malam ni nak pakai Mask la mana tau boleh tidur lena..
ReplyDelete