Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health 
Dengan
 peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang 
Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen 
kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan. 
Kementerian
 Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap 
kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan 
air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.
Menurut
 Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan
 merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri 
daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit
 berjangkit kepada orang lain. 
“Antabax
 mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes 
influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa 
berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. 
Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri 
Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah 
mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit 
seperti influenza.”
Data
 daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa 
amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di 
seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5
 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia[2]
 . Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air,
 sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. 
Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih
 efektif[3].
Mengenai Influenza
Influenza
 biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk 
dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza 
yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, 
terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi 
satu lagi sumber jangkitan tersebut[4].
Tanda-tanda dan Simptom Influenza
Tanda-tanda
 dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 
darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit
 sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala[5].
 Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera 
mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang 
berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit 
kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil. 
Kementerian
 Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama 
mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin 
selsema secara bermusim. 
Menurut
 Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri 
Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat 
lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk 
meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan. 
“Hospital
 merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami 
harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, 
orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi
 melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam 
mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan 
segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang 
menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan 
Penyebarannya!”
Lagu
 kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat 
kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut 
serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu 
mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana
 yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan 
hospital berkenaan.   
“Penyebaran
 penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita 
bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah
 dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh
 setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee. 
Kempen
 ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk 
meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah 
rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara. 
Jadilah
 sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen 
serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax. 
 



Good sharing Cik Kolin.. sama-sama lah kita menjaga diri ya..
ReplyDelete