Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PROMOSI MAKAN BESAR 'LOH HEI' MERAIKAN TAHUN BAHARU CINA DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Assalammualaikum semua. Hujung minggu ini satu Malaysia bakal merayakan perayaan tahun baru cina. So semua akan mula lah ucap 'Gong Xi Fa Cai" pada semua kenalan yang meraikan, betul tak? Untuk korang yang ingin cuba 'makan besar' yang cuma akan ada masa CNY boleh lah cuba di RakuXin, Concorde Hotel Shah Alam. Jom datang bersama keluarga dan teman-teman kita "Loh Hei' bersama bersempena Tahun Tikus kali ini. Chef Yu Chee Chun, memperkenalkan 5 jenis Yee Sang tahun ini tau. Menu yang melambangkan kemakmuran, kekayaan, kejayaan dan juga nasib yang baik. 

thank you Chef Yu masak sedap-sedap untuk kami semua
Bercerita pasal Yee Sang korang boleh order antara Abalone yee Sang, Fish Maw Yee Sang, Scallop Yee Sang, Salmon Yee Sang dan Pacific Clam Yee Sang. Ianya ada dari saiz kecil sampailah besar untuk lunch dan dinner yang bermula dari harga RM78 nett sehingga RM198 nett. Haa..pilih sahaja yang mana korang nak.

Untuk tahun ini Concorde Hotel Shah Alam menawarkan 4 menu yang boleh dipilih. Ada yang 8 course set atau 9 course set. Menu ini pula ada yang RM688 nett sehingga RM988 nett. Haa murah kan!! Untuk 10 orang makan! Kalau korang teringin nak makan masakan masa CNY boleh lah share 10 orang dan terus buat tempahan di hotel Concorde. Sedap tak tipu!!

Pada hari kolin makan bersama kawan-kawan, Menu 4 yang dihidangkan. So jom korang kolin jamu gambar masakan Chef Yu dari RakuXin. Yee Sang kami ialah Pacific Clam Yee Sang (yang ini tak sempat amek gambar hahaha) sampai terus 'loh hei'...


 BRAISED SEAFOOD SOUP WITH DRY SCALLOPS

 ROASTED 'PEI-PA' CHICKEN



STEAMED GAROUPA FISH WITH GINGER SOYA AND GINSENG HERBS SAUCE 


BRAISED BROCOLLI WITH BLACK MUSHROOM 
AND FISH MAW 


DUO STIR FRIED PRAWNS WITH GOLDEN SALTED EGGS AND STIR FRIED BUTTER PRAWN WITH CRISPY OAT AND CURRY LEAFS


FRIED RICE WITH SHRIMP AND SILVER ANCHOVIES


CHOCOLATE RIPPLE ICE CREAM CAKE


FRUIT TARTLETS

Haaa..amacam korang menu RM988 dari Concorde Hotel Shah Alam. Ini 9 course tau menu dia. Sepanjang hidangan ada chinese oolong tea dihidangkan. Memang berbaloi untuk kita makan bersama yang tersayang kat sini. Kolin harap kita semua tak kiralah bangsa apa boleh berkumpul dan nikmati hidangan terbaik di sini. Untuk vegetarian ada dua menu yang boleh korang pilih tau. Ada RM688 nett dan RM788 nett. 

Promosi ini bermula dari 12.00 tengahari sehingga 8.00 malam dari 13 Januari 2020 sehingga 8 Februari 2020 di Level 1, Concorde Hotel Shah Alam (tutup pada ahad dan public holidays). 

Untuk penempahan sila hubungi 03-5520 8000 ext. 2260 atau sila layari www.shahalam.concordehotelsresorts.com atau terjah laman media sosial mereka ok. Kalau facebook www.facebook.com/concordehotelshahalam atau www.instagram.com/concordehotelsa

Untuk semua rakan yang meraikan, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!!! Semoga semua baik-baik belaka.

GONG XI FA CAI 

 

3 comments:

loving me..loving you