PROMOSI TAHUN BAHARU CINA
DI RESTORAN CINA TUNG YUEN
HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM
Tahun Baharu Cina 2020 yang juga dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar, Tahun
Tikus akan bermula pada 25 Januari 2020 ini. Ia adalah masa untuk semua
berkumpul bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Perjumpaan penuh
kegembiraan ini akan lebih bermakna dengan adanya sesi makan tengahari atau
makan malam bersama-sama. Oleh itu, marilah datang ke Restoran Cina Tung Yuen,
Aras 1 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam untuk menikmati sesi makan besar yang
amat menyeronokkan sempena Tahun Baharu Cina ini.
Pada
tahun ini, untuk menambah kemeriahan musim perayaan, Restoran Cina Tung Yuen di
Grand BlueWave Hotel Shah Alam mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu Cina 2020
dengan aneka masakan yang lazat sepanjang bulan Januari 2020 sehingga bulan Februari
2020. Ia disediakan oleh chef khas dalam masakan cina yang diketuai oleh Chef
Patrick Ng.
Makan
besar Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa hidangan Yee Sang. Ia merupakan
hidangan tradisi yang menjadi simbol kepada nasib yang baik, kesihatan dan
kekayaan. Oleh itu, Auspicious Yee Sang Selection sememangnya perlu dinikmati
ketika berada disini. Terdapat tiga
pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu Yee
Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Crispy Fish Skin, Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin dan
juga Vegetarian Yee Sang. Harganya
ditawarkan bermula serendah RM40.00+.
Selain
itu, pelanggan kami boleh menikmati makan besar bersama ahli keluarga sempena
perayaan yang penuh makna ini dengan memilih set Deluxe Prosperity Treasure Pot
Packagae – Prosperity Delxe “Lo Hei Poon Choy” Special. Untuk set ini, pelanggan dapat merasai
menu-menu lazat seperti Yee Sang with
Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double
Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, Halal Deluxe “Lo Hei Poon Choy”, Baked Fish Fillet with Salted Egg Yolk and
Milk, Stir Fried Hong Kong Seasonal
Vegetable with Whole Garlic, Eight
Treasure,Dried Oyster, Fragrant Rice in Lotus Leaf dan Mixed Fruit Platter. Set ini ditawarkan
dengan harga RM1188.00+ setiap set.
Satu lagi
set yang ditawarkan sempena Tahun Baharu Cina kali ini Auspicious Good Luck Set Menu.
Set ini mempunyai lapan jenis hidangan termasuklah Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double Boiled Chicken Soup with Madagascar
Coconut and Black Garlic, Crispy
Boneless Chicken with Roast Sesame Paste, Fried White Shell Prawn with Mayonaise and Crispy Fried, Steam Red Garoupa with Black Ear Fungus and
Premium Oyster Sauce, Braised Black
Mushroom, Baby Abalone and Fish Maw
with Brocolli, Black Pepper Fried
Rice with Chicken dan Chilled Sea
Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon. Auspicious Good Luck Set Menu ini berharga RM1288.00+.
Menu
promosi Tahun Baharu Cina yang amat menyelerakan ini boleh didapati di Restoran
Cina Tung Yuen, Aras 1 bermula 15 Januari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dari
jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang bagi sesi makan tengahari manakala untuk
sesi makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam sehingga 10.30 malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila
hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan 2723, 2724, 2606 atau
email ke telemarketing@bluewavehotels.com. Layari laman sesawang kami untk
maklumat lanjut di www.bluewavehotels.com.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you