Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CUTI PANJANG TAHUN 2020

Assalammualaikum semua. Baru 4 Januari 2020 tapi dah 'usha' terus tarikh cuti-cuti yang bersambung untuk holiyeay. Maklumlah tahun 2020 adalah TAHUN MELAWAT MALAYSIA. So jom lah kita semua ramai-ramai fokus untuk melawat segenap sudut negara kita sendiri. Lupa kolin nak buat satu entri pasal tempat menarik di Pekan, Pahang. Janji pada semua, lepas entri yang ini kolin akan share semua 'travel' yang 2019 tak sempat kolin tulis. Ada pergi kundasang pun tak tulis lagi. Jadi untuk entri kedua tahun 2020 kolin nak kongsi dengan korang semua tarikh-tarikh yang boleh kita plan dengan yang tersayang untuk holiyeay!



Bermula dengan cuti tahun baru 2020 dah boleh bercuti sambung. Masa ini kolin sendiri cuti uruskan persekolahan anak-anak. Manakala end of month akan ada perayaan tahun baru cina menyaksikan cuti dari hari sabtu, ahad dan membawa ke hari isnin. Sudah tentu masa ini banyak yang balik kampung dan sure jalan jem sesangat time ini.



Hari buruh pula pada 1 mei 2020 jatuh pada hari jumaat. So boleh kita gerak khamis malam kalau nak holiday, sambung sabtu dan ahad. Jadilah 3 hari 2 malam untuk spend masa buat yang tersayang kan. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sudah tentu kita sibuk beraya, so sekali lah tu kan. Untuk Wesak Day pada 20 Ogos jatuh pada hari khamis. So korang sila cuti hari jumaat, dapatlah 4 hari holiday. Heyyy..boleh plan nak pergi Perth hahahaha.

And my birthday on 31 August, jatuh hari isnin. Haaa...cuti dari sabtu ke ahad dan isnin. What a lovely year on 2020 kann. Hari Malaysia pada 16 September jatuh pada hari rabu. So cuti khamis dan jumaat lagi best boleh plan ke mana-mana kan. Lamaa woo cuti...seronok. Maulidur rasul pada 29 Oktober hari khamis, boleh sambung lah kalau cuti hari jumaat. Dan yang terakhir sekali 25 Disember pada hari Jumaat dan terus sambung pada 26 dan 27 Disember. 


Itu lah dia korang, tarikh-tarikh cuti panjang sepanjang tahun 2020. So jom menabung dan rancang perjalanan sebaiknya. Kolin tahun ini nak banyakkan pergi berkhemah dengan keluarga. Kalau dulu suka tidur hotel, kali ini nak hargai alam lebih banyak dengan berkhemah. Simpan tarikh ni semua tau dan jom kita plan !


Terima kasih membaca entri kolin ya...


1 comment:

  1. Banyak gilers cuti...siap ada extra Replacement 5 hari...wallaweiii

    ReplyDelete

loving me..loving you