Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RESIPI KETAM MASAK BUTTER TELUR MASIN

Assalammualaikum semua. Weekend adalah time kolin masak-masak tau. Siapa yang ikut sosial media kolin memang tahu dah kan dan kali ini kolin nak berkongsi resipi mudah cara masa KETAM MASAK BUTTER TELUR MASIN. Resipi mudah ini mengunakan barang yang senang dan murah sahaja. Kita konsep jimat hihi


Kolin suka yang berkuah sebab sedap nak buh gaul kat nasi. Lagi pula ada telur masin. Jadi semua dah ready ke? Kolin mulakan sekarang ye, be ready uolss :). Resipi tersedap tau! Anak-anak memang suka makan masak ketam gini. So mak semua nak pikat hati anak balik rumah selalu, kena masak tau. Tips untuk anak-anak ingat mak selalu tuuuu..


Bahan-bahannya ialah:

Ketam (Kolin beli 3 ekor ketam RM25)
Butter (marjerin pun boleh)
Telur masin (kolin guna 2 biji, rebus sesiap dan keluarkan semua isi, hancurkan)

Untuk menumis

Bawang merah 10 ulas
Bawang putih 10 ulas (banyak takpe sedap oii)
Halia (10 ulas)
Cili merah atau cili padi (ikut suka)
Daun Kari (secukupnya)
Susu sejat (ikut suka lah nak jenama apa)

Cara memasak:

1. Masukkan marjerin atau butter ke dalam kuali yang sedang dipanaskan. 

2. Bila kuali dah panas dan butter hampir cair sepenuhnya, masuk ketam yang telah dibersihkan tadi. 

3. Biar seketika sehingga kulit ketam menjadi merah, tu tanda dia dah hampir masak. 

4. Masukkan segala bahan untuk menumis tadi, gaul rata-rata bagi naik bau. Sebenarnya bahan menumis biar banyak lelebih, sedap tau masak extra bawang ni. 

5. Kemudian masukkan susu sejat dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi. 

So siap sudahlah satu resipi yang simple tapi mahal kalau makan di kedai.

 
Jangan lupa cuba masak dan share dengan kolin okay. Untuk keluarga kami ini memang salah satu hidangan mewah yang dinantikan. Kolin harap korang cuba ya. 

Terima kasih membaca entri ini.

3 comments:

  1. Haaa..senangnya nak masak dia..ingat payah benau..nanti lepas 22hb akak masak la untuk anak dara..nak check up so x leh makan seafood dulu..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Ahaiii terliuq sudah malam2 ni 😂

    ReplyDelete

loving me..loving you