Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

DETOX USUS MU DENGAN KINOHIMITSU PHYTOX

Assalammualaikum semua. Pernah dengar detox? Ala air lemon dengan timun tu pun kita panggil detox water. Detox ini macam satu proses nak membuang segala yang tak elok. Macam sekarang 'sosial media detox' pun ada juga. Ada orang 2 minggu tak update apa-apa atau tak baca apa-apa. Dia detox social media dan juga telefon bimbit, kadang macam kita tak boleh nak hidup tanpa HP kan. Entri kali ini kolin nak kongsi dengan korang, satu produk detox yang kolin sendiri cuba dan tak sabar nak share dengan korang mengenai kebaikan produk ini. Inilah dia KINOHIMITSU PHYTOX iaitu Raspberry Powder with Mixed Fruit & Vegetable. 



Inilah dia benda tu. Dalam satu kotak ada 3 sachet dan kolin rasa dah cukup powerful dah. Ianya khas untuk kalau korang dah makan seminggu tu banyak, korang rasa badan lesu, cuaca panas atau korang dah mula rasa badan korang 'berat' tu. Boleh lah try minum yang ini. Selama ini kita macam tak tau yang body kita boleh di detox sebegini kan. Inilah dia salah satu usaha yang boleh kita semua buat. 

 

Menurut kat sini, ikutkan usus yang kotor penyebab pelbagai penyakit. Kajian juga menyatakan 90% penyakit adalah berpunca dari usus. So semua toksik dan makanan 'sampah' yang kita makan berkumpul kat situ. Disebabkan itu juga lah semua nutrisi elok yang kita makan tak dapat diserap sepenuhnya. Dah toksik berkumpul mula lah kita naik berat badan, selalu letih (fatigue), badan berbau, muka bermasalah, selalu kembung perut malah boleh membawa kepada kanser. Takut kan! 


lagi pulak lagi usia kita meningkat lagi banyak enzim dalam badan menolak kalau usus tak bersih. So jom korang, kita mula kan healthy living pada tahun ini. Oh by the way, review ini tak berbayar ye. Ini review ikhlas sebab kolin suka produk ini, dan memang spend duit untuk sihat. 

KOLIN REVIEW 

1. Rasa minuman ini tidak manis malah ianya agak pahit sebab ada lebih 75 buah-buahan dan campuran sekali. So korang nak bancuh sila guna air sejuk (no ais) okay. 

2. Warna merah gelap mungkin kesan dari Raspberry tu lah kut. 

3. Minum sachet pertama pastikan korang duduk rumah!!! Sebab kalau selama ini korang makan 'sampah' memang akan melawat jamban dengan kerap. Jadi pastikan tiada aktiviti masa korang minum ini. 

4. Bila dah minum sachet kedua dan ketiga lawatan ke jamban akan berkurangan. Dan masa ini korang rasa badan dah sedap sikit. 

5. Selepas 3 hari berturut-turut minum kolin rasa badan lebih segar, lebih sihat. Malahan dah kurang lapar pulak. Kalau dulu asyik lapar.

6. Ternyata minuman ini bagus untuk menghilangkan perut buncit kolin. Sudah pasti disebabkan makanan yang tak sihat kolin sumbat dalam usus selama ini penyebabnya. Harapan kolin nak minum 3 sachet setiap bulan untuk kesihatan usus yang lebih optimum.



untuk korang yang membaca, selamat mencuba! Jangan risau brand Kinohimitsu sememangnya terbaik dan terdapat di mana-mana farmasi seluruh Malaysia. Kalau korang selalu sembelit, sukar nak buang air besar, cuba Kinohimitsu Phytox okay. 

Terima kasih baca blog kolin!! 

2 comments:

  1. Menarik ni...SA xde la masalah buang air besar tapi kalau nak badan sihat kena la minum detox kan..kasi buang segala toksin

    ReplyDelete
  2. kenapa saya minum tk dak ulang alik ke toilet?

    ReplyDelete

loving me..loving you