Jacob's Krim Kraker Original Satukan Rakyat Malaysia Untuk Bawa Tarian
Singa Tiang Tinggi Ke Pengiktirafan UNESCO
Kraker Krim Original Meraikan Tradisi
Original
Malaysia Sempena Tahun Baru Cina ini
Tandatangan
Petisyen ini Sekarang Juga
Ayuh bersama Jacob's membawa Tradisi Tarian
Singa Tiang Tinggi mendapat
pengiktirafan
UNESCO. Tandatangan petisyen ini dengan
mengimbas kod QR berikut
atau melalui pautan
Bagi meraikan tradisi rakyat Malaysia yang
original sempena Tahun Baru Cina ini,
jenama biskut di bawah Mondelēz International (Malaysia), Jacob's Krim
Kraker Original (Jacob’s) berazam memartabatkan tradisi Tarian Singa Tiang
Tinggi yang berasal dari Muar. Bagi membawa tradisi ini ke pengiktirafan UNESCO
(Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan), Jacob’s menyatukan semua
rakyat Malaysia untuk menandatangani satu petisyen.
Tarian Singa Tiang Tinggi dipelopori oleh
Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng (KSK), yang berasal dari Muar,
Johor sejak 20 tahun dahulu. Semenjak itu, persembahan unik ini yang
melambangkan tuah serta kekayaan telah melebarkan sayap di serata dunia. Malah
setakat hari ini, pasukan-pasukan dari Malaysia telah merangkul lebih 100
Kejuaraan Tarian Singa Dunia, di samping menetapkan piawaian antarabangsa.
“Pada 2017, KSK telah berusaha untuk mendapat
pengiktirafan tradisi ini untuk disenaraikan sebagai warisan UNESCO. Meskipun
mendapat sokongan menggalakkan, namun Tarian Singa ini masih belum mendapat
pengiktirafan seperti yang diharapkan. Tersentuh dengan kisah ini, Jacob’s
telah berganding tangan dengan KSK dalam meneruskan usaha bagi mendapatkan pengiktirafan UNESCO bagi tradisi
ini. Pengiktirafan UNESCO ini amat diperlukan bagi membolehkan kita semua
memelihara kesinambungan tradisi unik ini kepada generasi masa hadapan. Dengan
ini, kami ingin menjemput setiap rakyat Malaysia untuk meningkatkan nama Tarian
Singa Tiang Tinggi di persada dunia bersama-sama kami,” kata Eugenia Goh,
Pengurus Jenama, Biscuits (Fuel), Mondelēz International (Malaysia).
Selain menyediakan snek yang tepat untuk
dinikmati pada masa yang sesuai dan dibuat dengan cara yang betul, Mondelēz
International turut memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif menerusi
beberapa jenama biskutnya. Pada Ogos lalu, Jacob’s telah melancarkan kempen ‘The Originals’, dimana ianya
menengahkan inisiatif ‘Original
Malaysians’ yang menampilkan beberapa personaliti Malaysia yang juga
merupakan tokoh tersohor dalam bidang masing-masing. Dan kali ini, sambutan Tradisi Original Malaysia pula
adalah penting untuk membawa Tarian Singa Tiang Tinggi ke pengiktirafan global.
Setakat ini, tiga tradisi original Malaysia,
iaitu teater Mak Yong, Silat dan Dondang Sayang telah mendapat pengiktirafan
UNESCO sebagai "warisan budaya tidak ketara". Pengiktirafan ini amat
bermakna kerana ia bukan sekadar memelihara khazanah warisan Malaysia tetapi
juga mempromosikan identiti kebangsaan Malaysia.
Tang Puay Sen, Ketua Rombongan and Jurulatih KSK
berkata, “Tarian Singa Tiang Tinggi diasaskan di Muar pada tahun 1988. Kami
bermula sebagai pasukan tarian singa yang kecil, namun pada tahun 1992, kami berupaya
mengagumkan penonton di seluruh dunia dengan menambahkan unsur tiang tinggi
kepada tarian kami, dan seterusnya menambah ketinggian tiang secara
berperingkat. Kami juga berbesar hati kerana menjadi perintis piawaian
pertandingan antarabangsa hari ini. Bagi merealisasikan impian UNESCO kami,
kami memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebanyak
mungkin tandatangan petisyen ini untuk mendapat pengiktirafan UNESCO. Kini,
tibanya masa tradisi Malaysia ini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya di
persada dunia!”
Menggabungkan antara lainnya muzik, koreografi,
dan keunikan cara zaman dahulu dengan sempurna, seni yang anggun lagi
berkemahiran tinggi ini biasanya dipersembahkan oleh pasukan terdiri daripada
pelbagai budaya dan latar belakang, sekaligus mencerminkan kebanggaan kita
sebagai anak Malaysia.
Antara rakyat Malaysia yang paling awal
menandatangani petisyen ini adalah warga kerja Mondelēz International
(Malaysia) dan rakan-rakan kerjasamanya.
Sejajar dengan inisiatif bermakna ini, Jacob’s
telah melancarkan dua tin biskut edisi terhad yang menampilkan ‘Tarian Singa
Tiang Tinggi’ serta ‘Gendang 24 Musim’ masing-masing dijual pada RM14.40.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you