Assalammualaikum semua. Kepada yang buntu tak tahu nak masak apa, jom kolin kongsi dengan korang resipi makanan eksotik ini. Tapi lauk ini kalau makan masa berbuka puasa memang bertambah-tambah nasi tau. Memang renyah sikit lah nak buat persediaan nak masak. Sebab siput tu biasa beli memang berlumpur dan tak di potong bahagian bontot tu. Jadinya memang kolin kalau nak masak berusaha wei potong bahagian belakang dia. Kalau tidak susahlah nak sedut masa makan nanti.
Satu lagi, kolin tak suka buat terlalu pedas kalau melibatkan kulit atau siput. Macam ketam atau udang tuu..kalau pedas sangat nanti abis laa kebas dan merah mulut kan. So jom korang kolin share cara kolin masak siput sedut masak lemak cili api.
CARA-CARA MEMASAK
Barang-barangnya:
1. Siput sedut (telah dibersihkan dan di potong bahagian bontotnya.
2.Cili api (ikut suka), kunyit hidup ditumbuk bersama.
3. Santan sekotak (kolin guna santan 0% kolesterol sebab kerap sangat masak lemak, tak mahu kolesterol)
4. Serai
5. Daun kunyit
6. Asam keping
7. Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Masukkan air ke dalam lesung batu yang telah ditumbuk cili bersama kunyit hidup ke dalam kuali.
2. Biarkan seketika sehingga naik bau, masukkan serai, daun kunyit dan juga asam keping.
3. Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan dan biarkan sehingga siput masak. Sebab kalau masuk santan nanti, pecah minyak tak sedap kuah masak lemak kita. Letak air sedikit kalau terasa kering tu.
4. Bila siput dah hampir cukup masak, baru masukkan santan dan garam secukup rasa. Sentiasa gaul okay, jangan bagi santan pecah minyak.
Dan ianya terus siap untuk dihidangkan. Yang dalam gambar tu kolin letak rebung madu. Tu yang ada nampak tu kan. Sedap rebung madu, kalau ada pucuk ubi lagi sedap tau. So korang selamat mencuba. Lain kali kolin nak try buat video memasak siput sedut ini.
Terima kasih membaca entri ini.
rajinnya lah Kolin, kak ana pun suka masak lemak ni tak pedas2 sangat:)
ReplyDeleteSama cara kita masak..bestnyaaa..lama x menyedut
ReplyDeleteSedapnya Kolin.. feveret tau. Kak Sue belum pernah lagi masak siput nie, nanti bebila nak cuba..
ReplyDelete