Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

10 PICK UP LINE YANG BOLEH BUAT ORANG SENYUM

Assalammualaikum semua. Siapa pandai 'pick up line'? Haaa...siapa yang belum tahu atau ada idea camne nak buat pick up line pikat hati orang tersayang boleh teruskan bacakan sampai habis ye. 

Pick up line ni viral sejak tahun lepas tak silap kolin. Masa tu ramai sangat artis dan pelawak tanahair selitkan pick up line semasa persembahan mereka. Apa yang boleh kolin katakan, ada kena gaya memang kita tersenyum-senyum bila pasangan kita bagi kita pick up line sesekali memujuk tu kan. Lagipun pick up line ni sebenarnya sweet tau. Menceriakan suasana yang muram dan confirm kalau korang bagi pick up line sesekali kat pasangan korang mereka sure tersenyum. 

gambar tak ada kena mengena ngan artikel, tapi saja sebab rindduuuuu LOMBOK


So jangan tunggu lagi, jom kolin kongsikan dengan korang semua 10 pick up line yang boleh buat orang senyum!

 
10 PICK UP LINE  

1. Awak pilih nak tangan mana satu?
Eh! Tak payah pilih la, dua-dua tangan awak punya.

2. Cuba awak tutup mata, nampak apa?
Gelap kan, macam itu lah hidup saya bila awak tak ada.

3. Awak nak kepak? ...
Kepak gebum gebum dengan saya!

4. Eh awak ni pencuri lah! Ye lah awak dah curi hati saya!

5. Apa beza awak dengan KLCC? Kalau KLCC milik semua orang, tapi awak milik saya seorang. 

6. Saya tengok awak ni macam haram semacam aje, apa kata kita jumpa tok kadi untuk halalkan.

7. Awak ni kamera ker, sebab saya asyik nak senyum aje pandang muka awak. 

8. TV awak boleh buka kan! Tapi hati saya bila awak nak buka?

9. Saya rasa nak berbuka puasa dengan awak lah hari ni! Sebab sunatkan puasa berbuka puasa dengan benda yang manis-manis

10. Apa beza awak dengan dolfin? kalau dolfin dia melompat dalam air, tapi awak melompat ke hati saya.

So amacam..Cia..Cia..Cia tak hahahahh. So good luck buat semua ya. Yang dah berkahwin lagi lah digalakkan bagi pick up lines selalu kat pasangan kita. Bukan apa takut dah lama tak ada 'spark' dalam rumahtangga pun bahaya juga. So korang jangan lupa praktis tau. 

Pen merah, pen biru, You marah, I LOVE U...

2 comments:

  1. Sis baca pun sis gelak dah ni..apesal sekarang ramai sgt bagi pick up line ni...

    ReplyDelete
  2. padu betul pickup line sis, tapi sayang Amar tak reti sangat nak buat pickup line ni. Nak kena belajar ni

    ReplyDelete

loving me..loving you