Assalammualaikum semua dan semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera ya. Terima kasih buat TIGER BISCUIT MY yang telah meraikan Hari Kanak-Kanak bulan lalu. Jemput tengok video unboxing dari Alisa ya korang. Jangan lupa subscribe, nanti kolin balas balik tau. Kali ini kotak istimewa ini ada kit untuk menanam pokok. Segala diberikan siap tau, mana lah tak happy budak tu terima kotak istimewa ini kan. Satu lagi siap bagi biskut, kalau korang nak tahu, memang lah biskut ini kegemaran anak-anak. Jangan kata mereka, kolin pun suka hahha. Sedap kan..lemak-lemak gitu.
yang ini jangan lupa tengok dan subscribe ya! Unboxing video by my daughter Alisa !
Nampak tak dia dah ready nak tanam pokok hahaha. So semua alatan dah siap tu. Jom kita tanam benih yang diberikan semoga ia tumbuh subur kan.
Langkah Pertama: Alisa buka tanah yang diberikan dan mula tuang dalam pasu Tiger yang diberikan. Pastikan semua tanah masuk ke dalam pasu untuk elak pembaziran.
Langkah kedua: Setelah tanah dah masuk ke dalam, benih yang diberikan ditabur dan dimasukkan ke dalam tanah yang telah ada di dalam pasu. Sambil tu menyanyi riang laa ..sebab aktiviti seronok.
Langkah ketiga: Bila semua benih dah dimasukkan ke dalam tanah. Jangan lupa siram atau gunakan mist spray untuk pastikan tanah lembab dan benih dapat mengeluarkan tunas. Jangan letak di tempat panas setelah semua proses tu okay.
Terima kasih Tiger Biscuit My kerana memberikan satu pengalaman yang baik bersempena HARI KANAK-KANAK 2019. Lebih banyak pendedahan sebegini sudah tentunya memberikan impak positif kepada tumbesaran anak-anak. Dengan slogan #KekuatanDariDalam jangan lupa korang sebarkan kebaikan dan terapkan jiwa yang baik kepada anak-anak ya. Jangan lupa ajar anak-anak tanam pokok tau! Kita buat bumi kita hijau untuk generasi yang akan datang okay!!!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you