Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AEON MEMPERKENALKAN KOLEKSI EKSLUSIF YEAR OF MOUSE & MICKEY SEMPENA TAHUN BARU CINA

Assalammualaikum korang semua. Buat kali ini AEON memperkenalkan Koleksi Eksklusif kolaborasi magik antara AEON dan Disney bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma Januari 2020 nanti. Bertemakan Disney kini sudah menanti para pengunjung ke AEON Mid Valley, AEON Bandar Utama dan AEON Taman Maluri. Para peminat karakter ikonik Disney iaitu Mickey Mouse akan mendapat peluang memiliki barangan kesayangan mereka di cawangan AEON yang terpilih. Masa ini lah kalau korang yang minat Mickey nak tambah koleksi. Pelbagai corak dan design ada untuk korang pilih. Jangan rambang mata ye.





Buat julung kalinya peruncit terkemuka Jepun di Malaysia iaitu AEON Co. (M) BHD. berkerjasama dengan The Walt Disney Company Malaysia. Kerjasama ini bersempena Tahun Baru Cina 2020 iaitu Tahun Tikus (Year of Mouse) yang dipercayai bakal membawa tahun yang penuh kemakmuran, kuat dan bertuah bagi tanda zodiak kaum cina. Kerjasama sepanjang tempoh setahun akan menampilkan pengenalan produk semsa musim Tahun Baru Cina, Hari Raya, Hari Sambutan Kemerdekaan dan hari-hari perayaan yang lain juga. Selari dengan usahasama ini  ianya memberikan satu lagi ruang dan peluang kepada peminat Mickey Mouse untuk memiliki koleksi eksklusif ini. 



Sebagai usaha untuk mencipta pengalmana membeli belah yang unik serta menawarkan keselesaan juga kesenangan bagi pengunjung, pihak AEON akan memperkenalkan ruang bagi jenama Disney's Mickey. Ianya juga menampilkan koleksi yang terdiri dari kemeja- T grafik, aksesori-aksesori seperti bag galas, tote bag dan juga plush toys. Koleksi yang sememangnya direka khas untuk meniup semangan "The Year Of Mouse" dnegan sentuhan karekter Disney iaitu Mickey dan juga Minnie Mouse. 



Koleksi ini terdiri lebih daripada 50 jenis produk yang merangkumi daripada pelbagai pilihan kemeja dan juga tshirt. Kalau nak beli untuk satu keluarga pun boleh tau. Mana yang nak boria pakai semua sama, ini lah masanya. Malahan koleksi ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu antara RM29.00 seingga RM50.00 sahaja. Nak tengok sendiri koleksi ini jangan lupa ke cawangan AEON yang terpilih okay. 

Koleksi yang bakal berada dipasaran dari 13 Disember 2019 sehingga 20 Januri 2020 boleh juga korang beli untuk hadiah bersempena sambutan hari natal yang bakal tiba nanti. Mana tahu nak bagi hadiah kepada yang tersayang kan.

Jadi korang semua, peminat Mickey dan Minnie jangan lupa dapatkan dan kalau bergambar sila lah hashtag #CelebrateMICKEY share dengan kawan-kawan yang lain okay. Rebut peluang ini sebab masa terhad aje koleksi tu ada di AEON. Dah baca sini, jangan lupa bagitahu yang lain ye. Terima kasih membaca entri ini. 


4 comments:

  1. wah...
    bahang diskaun chinese new year da sampai!
    menarik ni.
    lom lagi sempat singgah jamu mata di aeon.

    ReplyDelete
  2. Haa.. dekat dengan rumah. Boleh pi nanti. Nampak lawa dah sekarang.

    ReplyDelete
  3. Bila kita nk shopping beli baju Mickey nih he he

    ReplyDelete

loving me..loving you