Assalammualaikum semua! Cuti sekolah sudah tentu semua mak ayah pening nak kemana laa nak bercuti tahun ini kan. Buat kolin sekeluarga kami dah bosan nak Melaka, Penang atau Port Dickson. Dah la sesak, kereta banyak tambahan pula kalau cuti sekolah tempat destinasi popular ini memang tiba-tiba naik harga. Kedai makan pun mahal aje mereka caj. Kalau korang perasan lah kan. Kolin sekeluarga kalau pergi tempat-tempat terkenal ini memang berhabis betul duit. Tapi kali ini kolin sekeluarga terus bercadang ke Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Pekan. Haaa...ini lah satu daerah dalam Pahang yang belum kolin jejak lagi tau. Siapa tau, Pekan adalah Bandar Diraja (sumpah kolin tak tahu!). Kalau Kuala Kangsar memang tau, tapi masa pergi tau itulah bandar diraja terus rasa wow sangat! So korang kalau nak pergi Pekan kena cari dulu penginapan kan. Kalau kat sini yang mampu milik, yang selesa dan yang paling terbaik penginapan buat kolin sekeluarga ialah HOTEL ANCASA ROYALE PEKAN yang terletak sebelah aje dengan sungai yang mendamaikan tu.
Ada sinki dan ruang untuk korang susun semua toileteries korang. Selain itu segala kelengkapan ada disediakan. Datang bercuti kat Ancasa Royale tak perlu bawa berus gigi, sikat, syampu atau sabun mandi. Semua dah siap dahh.
Kalau dah ada bath tub tu, kena la guna wei hahaha. Kalau nak feeling ala-ala orang kaya tu boleh lah posing dalam bath tub. Siap ada bathrobe disediakan ye. So bilik ini korang boleh mai untuk berbulan madu juga. Sesuai untuk young couple with children or without children. Ada juga bilik mandi yang ada shower tu. Segala-galanya dalam satu bilik besar ini dan boleh dikatakan pertama kali kolin menginap bilik deluxe yang ada keluasan macam ini.
Amacam korang setakat ini, bilik penginapan aje dah seronok sangat kan. Mesti korang rasa macam kenapa cuti sekolah nak pergi ke Pekan Pahang tu kan. Next entri kolin akan share apa ada di Pekan. Kolin akan listkan kenapa korang patut tinggalkan tempat-tempat femes time cuti sekolah ini macam Port Dickson, Melaka dan juga Penang tu. Sana dah terlalu crowded dan mahal tau.
Ni view kolin sepanjang dua hari kat sini!Cantik kan...melepak sambil minum kopi seronok tau. Sungai mendamaikan...syukur!
Seterusnya kolin nak bercerita pasal fasiliti yang ada ada di Ancasa Royale. Perkara pertama bila percutian bersama keluarga ialah kolam renang!!! Ini lah hotel Ancasa Royale dari sudut luar. Memang cantik dan inilah dia penginapan terbaik di Pekan.
Tawaran kolam renang dia yang besar ini memang sukar ditolak, 18 kali tengok kali ke 19 terjun terus hahahah (done bash) hahahah. Kolam renang ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak. So mak ayah, jangan lah risau anak-anak tak enjoy kalau menginap kat sini. Seronok tau.
ni view dah kolam kanak-kanak. Toilet pun ada disebelah kolam. So senang lepas mandi terus bila kat situ dan tukar baju. Tak perlu naik ke bilik hotel basah kan. Kolin lebih suka macam tu. Bila anak-anak naik bilik terus boleh rehat.
belakang tu sungai tau...view dan angin sangat menenangkan.
ini gambar wajib la, untuk memori cuti sekolah Disember 2019. Seronok kan, tak sesak, tak jem paling penting percutian kolin tahun ni 'in budget' gitu.
Di dalam kawasan Ancasa Royale pun ada tempat anak-anak nak main gelungsur atau buaian tau. Jadinya kolin rasa untuk school holiday getaway memang korang boleh terus letak dalam list lah. Mana nak cari harga murah dan semua ini ada dalam satu kawasan kan.
Selain itu di aras 2 hotel ini ada Galeri Perdana Menteri kita kedua iaitu Tun Abdul Razak. Buat yang menginap sila bawa anak-anak ke sini mengenali serba sedikit sejarah kita.
CEMARA PURI SPA BUAT TAWARAN ISTIMEWA
BILIK DELUXE YANG LUAS
Masa sampai agak lewat, kami disambut mesra oleh pengawal keselamatan yang ada. Masa tu kolin terus ke Front Office untuk check in, syukur semua smooth dan senang. Masuk bilik terkejut sangat! Bilik Deluxe tu cukup luas dan besar untuk kami berempat. Uolss bayangkan punya laa luas bilik ni sebab antara katil ke tv tu ada ruang untuk anak-anak main. Macam anak kolin siap main bola hahahahah...Jadi yang anak-anak kecil tu kalau datang menginap di Ancasa Royale Hotel boleh lah bawa mainan mereka siap-siap. So tak lah mereka boring kan. Lagipun tv tu semua channel ada, siap kartun tu. Ada 24 saluran yang ada, for sure tak boring kan.
Inilah dia bilik penginapan kami untuk 2 malam. Dan korang jangan terkejut ye bilik ni harganya berbaloi sangat. Harganya antara RM250.00 sehingga RM290.00. Kalau bernasib baik harga promosi online boleh dapat dalam RM220.00 untuk satu malam ye.. Murah kan! Dah la luas, murah dan paling penting interior hotel ini nampak baru dah gah.
Dalam bilik ni ada semua keperluan dah. Ada seterika baju, biasalah kalau orang perempuan kan nak gosok tudung. Ada kettle untuk masak air dan juga kelengkapan nak buat air teh dan nescafe. Selain itu ada meja untuk buat kerja. Senang kerja kolin masa menginap kat sini nak buat kerja. Bawa laptop terus letak kat meja tu. Selain dari bilik yang luas, bilik mandi dia pun luas laaa weii. Macam boleh melepak reramai dalam tu.
Ada sinki dan ruang untuk korang susun semua toileteries korang. Selain itu segala kelengkapan ada disediakan. Datang bercuti kat Ancasa Royale tak perlu bawa berus gigi, sikat, syampu atau sabun mandi. Semua dah siap dahh.
Amacam korang setakat ini, bilik penginapan aje dah seronok sangat kan. Mesti korang rasa macam kenapa cuti sekolah nak pergi ke Pekan Pahang tu kan. Next entri kolin akan share apa ada di Pekan. Kolin akan listkan kenapa korang patut tinggalkan tempat-tempat femes time cuti sekolah ini macam Port Dickson, Melaka dan juga Penang tu. Sana dah terlalu crowded dan mahal tau.
Ni view kolin sepanjang dua hari kat sini!Cantik kan...melepak sambil minum kopi seronok tau. Sungai mendamaikan...syukur!
ADA KOLAM RENANG YANG LUAS JUGA
Seterusnya kolin nak bercerita pasal fasiliti yang ada ada di Ancasa Royale. Perkara pertama bila percutian bersama keluarga ialah kolam renang!!! Ini lah hotel Ancasa Royale dari sudut luar. Memang cantik dan inilah dia penginapan terbaik di Pekan.
Tawaran kolam renang dia yang besar ini memang sukar ditolak, 18 kali tengok kali ke 19 terjun terus hahahah (done bash) hahahah. Kolam renang ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak. So mak ayah, jangan lah risau anak-anak tak enjoy kalau menginap kat sini. Seronok tau.
ni view dah kolam kanak-kanak. Toilet pun ada disebelah kolam. So senang lepas mandi terus bila kat situ dan tukar baju. Tak perlu naik ke bilik hotel basah kan. Kolin lebih suka macam tu. Bila anak-anak naik bilik terus boleh rehat.
belakang tu sungai tau...view dan angin sangat menenangkan.
ini gambar wajib la, untuk memori cuti sekolah Disember 2019. Seronok kan, tak sesak, tak jem paling penting percutian kolin tahun ni 'in budget' gitu.
TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Di dalam kawasan Ancasa Royale pun ada tempat anak-anak nak main gelungsur atau buaian tau. Jadinya kolin rasa untuk school holiday getaway memang korang boleh terus letak dalam list lah. Mana nak cari harga murah dan semua ini ada dalam satu kawasan kan.
GALERI TUN ABDUL RAZAK
KEMUDAHAN GYMNASIUM DI ARAS 2 ANCASA ROYALE
Buat yang suka bersenam tu, jangan risau. Gym pun ada di aras dua tu. Pakai sahaja baju yang betul untuk bersenam dan teruskan. Jangan jadi macam kolin tak bawa baju sukan dan kasut. Alamatnya melawat kawasan aje lah. Rugi betul, bukan senang nak dapat kemudahan hotel yang lengkap segala ini.
CEMARA PURI SPA BUAT TAWARAN ISTIMEWA
Jangan ingat kalau nak berbulan madu kat sini atau young couple tak ada aktiviti ye. Korang boleh ke tingkat 2 dan melepak di spa. Pelbagai pakej dan harganya sangat istimewa kalau korang menginap di sini. Kolin sempat ambil pakej urutan tradisional. Buat sesama dengan shuben uolsss! Hahaha..anak-anak dah penat bermandi manda kat kolam tu, duk dalam bilik berehat tengok TV. Kami suami isteri sempat lah buat urutan di Cemara Puri Spa selama satu jam.
Therapist kat sini memang professional. Suka kolin dan terus rasa fresh lepas kena urut. Maklumlah selalu kerja dan kami pun penat juga drive 3 jam dari KL untuk sampai kat Pekan kan. Itu yang terus book pakej tu.
ruang mengurut yang selesa. Dia pasang pula lagu yang sangat menenangkan. Nasib baik tak terlelap aje sepanjang sesi mengurut tu. Untuk kami seorang hanya RM130 aje bajetnya. Dan memang kolin recommend korang cuba. Susah nak cari therapist yang pandai cari spot di badan untuk dibantu. Ternyata lepas sesi spa hari tu kami suami isteri rasa lebih relaks dan lega. Untung laaaa...pergi spa kan :)

HIDANGAN DI ANCASA ROYALE ADALAH YANG TERBAIK PERNAH KOLIN CUBA
Kalau datang Pekan tak cuba makan Puding Raja memang tak lengkap lah percutian korang. Kat Ancasa Royale korang boleh rasa dengan harga RM12.00 sahaja tau. Selalu ada stok, jangan risau. Bila petang tu boleh la minum teh tarik dan order puding raja.
Ini pula makan tengahari hari pertama kolin menginap kat sini. Ada patin gulai tempoyak, ada siput sedut dengan pucuk ubi, ayam masak merah, opor daging, sayur campur dan udang sambal terung. Kolin tak ingat berapa kali menambah makan hahaha. Ini hidangan untuk 10 orang lah. Kalau korang datang ramai-ramai boleh request makan macam ini. Ada ruangan khas disediakan selain makan secara buffet. tu. So kalau pergi reramai boleh la order.
BBQ BUFFET HANYA RM50 UNTUK DEWASA DAN RM35 UNTUK KANAK-KANAK.
Mana nak cari harga murah kalau kat KL kan. Jom kolin belanja korang apa yang ada masa buffet tu.
Untuk RM50 memang puas makan kan. Ada nasi, spaghetti, salad dan pelbagai lagi hidangan. Dalam blog kolin ini sebahagian sahaja dari apa yang dihidangkan. Masa cuti ini lah kita nak 'cheat day' makan bersama keluarga.
Jadi korang yang masih mencari nak ke mana tu, sila lah ke Pekan Pahang. Eh..jangan risau bab banjir dan sebagainya. Sebelum pergi korang boleh call dahulu dan tanya. Sebenarnya Pekan jarang dilanda banjir mengikut kata General Manager mereka En. Baharin. Ini alamat dan no phone mereka okay.
2670, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Peramu, 26600 Pekan, Pahang
09-424 6600
Itulah cerita penginapan kami sekeluarga semasa bercuti di Pekan, Pahang. Jangan lupa terjah lagi blog kolin untuk semua aktiviti percutian sepanjang berada di sini okay. Jangan ingat Pekan adalah bandar yang boring tau, banyak giler tempat menarik untuk diexplore. Kolin harap lepas ini lebih ramai orang Malaysia dan orang Luar Negara datang sini. Tunggu aje laaa story mory kolin nanti.
Terima kasih ANCASA ROYALE PEKAN !
Menarik nie Kolin, nanti kalau nak bercuti Pahang boleh lah bermalam kat sini. Tq for sharing..
ReplyDeletebestnyaaa,,, nk try sini laaaaa
ReplyDeleteNampak macam best sangat... bolehlah masuk dalam list nie
ReplyDeletewaalaikumussalam. cantik jugak view hotel tu ^_^
ReplyDelete