Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BELIMBING BULUH MASAK SAMBAL HITAM PAHANG

Lama tak up pasal resipi kat blog kan. Ikutkan hari-hari masak tau. Tapi tak ada apa yang istimewa nak dikongsikan. Tapi baru-baru ini bos kolin bagi hampir sekilo belimbing buluh wei. Selalu memang tak tahu nak masak apa belimbing buluh ni. Selalu makan gitu dengan cicah garam. 

Hampir sekilo sampai kolin tak tau nak masak apa. Ada yang suruh letak belimbing buluh tu dalam masak lemak salai daging, masak lemak ikan dan pelbagai lagi. Masalah takut rumah ni tak laku aje lak macam tu. So kolin terus buka facebook dan dapat resipi ini. Lupa dah page mana kolin copy paste, semoga murah rezeki orang yang share tu. Dan kini kolin nak share dengan korang resipi belimbing buluh masak sambal hitam pahang. Semoga kalau korang pula dapat berkilo-kilo belimbing buluh dah tau menu apa nak buat. 




SAMBAL HITAM PAHANG

Bahan-bahan

1. 1/2 cawan belimbing buluh yang sudah siap direbus (cara rebus nanti baca kat cara menyediakan okay)

2. 1/2 cawan cili padi. Ikut korang nak pedas mana. Kolin kurangkan cili, sebab kami sekeluarga tak makan pedas.

3. 2 cawan ikan bilis yang siap di kopek.

4. 6 ulas bawang merah. 3 ulas hiris dan 3 ulas ditumbuk. Tapi kolin guna 6 biji bawang haha. Ulas tu macam tak logik lak kan. 

5. Garam dan gula secukup rasa. Kalau nak pakai aji perasa tu boleh. Kolin tak guna, pening nanti. 

6. satu cawan minyak masak.

CARA MENYEDIAKAN:

1. sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti tu terpulang, kolin rebus semua haha. So boleh buat stok juga, boleh rebus banyak-banyak dan simpan. Tapi belimbing buluh hendaklah dibersihkan dahulu. Dan masukkan dalam periuk TANPA AIR. Letak garam kasar sedikit dan reneh dengan api paling perlahan. Biar sahaja renihan sampai belimbing buluh kuarkan jus air sendiri dan sampai kecut. Selang seminit dua kena kacau supaya tidak hangit. Biarkan belimbing buluh kecut dan betul-betul kering air nya. Tunggu lah sampai belimbing buluh tukar warna gelap. Lamaaaa jugak laaa

PERHATIAN: KALAU NAK BUAT SEKALI SAHAJA. CUKUP REBUS 20 BIJI SAHAJA DAN SAMPAI WARNA COKLAT SAHAJA. KALAU NAK REBUS BANYAK-BANYAK BUAT STOK BOLEH REBUS SAMPAI WARNA GELAP DAN SIMPAN BUAT STOK. 

2. Tumbuk cili padi sehinggahalus. Tumbuk 3 biji bawang merah sampai lumat dan 3 biji lagi dihiris nipis. Tumbuk juga ikan bilik tapi jangan terlalu lumat. Belimbing buluh yang dah direbus pun sama, jangan lumat sangat okay. 

3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang hirisan sampai wangi dan masuk segala bahan yang kita tumbuk tadi. Api perlahan, paling kecik tau. Jangan besar pula, goreng sampai nampak agak kering dan garing, masuk gula dan garam. Kalau nak masuk perisa aji tu, boleh juga. Korang kena biarkan sambal kering tu jadi macam serunding tu tau. Lepas tu tolak sambal ke tepi kuali atau tos lah dengan penapis untuk buang minyaknya. 

Bila dah siap, boleh simpan masuk frozen atau di makan terus. Kalau dah lapar sebab lama berdiri nak siapkan belimbing buluh masak sambal hitam pahang ni, elok lah korang masak telur mata hahah. Makan terus sambal hitam pahang, telur mata, jangan lupa kicap oii!

Tau-tau seperiuk nasi tu habis. Kolin pertama kali buat, memang terasa terer. Nak makan tu, semangkuk sekejap licin. Nak masak tu berjam-jam, sampai lenguh kaki dan tangan! Siapa cakap senang masak belimbing buluh masak sambal hitam pahang tu, menipuuuuuu

Semoga murah rezeki penulis resipi dan bos kolin sebab bagi buah belimbing tu. Kata kawan-kawan susah nak dapat dah...kalau lah kolin ada kebun, memang dah tanam bagi korang tau. Kesian yang terliur nak makan belimbing buluh. Doakan korang ada rezeki nanti nak makan belimbing buluh masak sambal hitam pahang ye. Babai...




3 comments:

  1. ikan bilik tu ikan apa oiii...hahahaha...perghhhh ini dapat nasi panas-panas, telur dadar asyukkkkkkk~

    ReplyDelete
  2. Sedap makan dengan nasi panas nie kan..

    ReplyDelete
  3. hai sis kolin hehe ! wahhhhh sekilo boss bagi ye? kami di Perak ni mcm susah sikit nak jumpa belimbing buluh. selalunya memang beli sambal hitam yang dah siap aje ha hehehe

    ReplyDelete

loving me..loving you