Assalammualaikum korang semua! Kali ini kolin nak share aktiviti dan penginapan sepanjang percutian masa lepas PKP yang lepas. Jangan salah faham tau, sebenarnya kami dah booking semua tu sebelum PKP 1. Itu yang bila boleh rentas negeri, kami terus pergi. So pilihan kami kali ini ialah Cherating. Saja nak melepak kat satu daerah di Pahang. Buat pertama kali kami memilih Ranting Beach Resort, Cherating.
dari baju rimau..... zura, roza, kolin, reen dan kamilah
Kami bertolak dalam jam 10.00 pagi dari KL dan sampai Bandar Kuantan dalam jam 3.00 petang lebih kurang. Kami siap makan lunch dan terus beli semua bahan nak BBQ malam nanti. Senang beli aje kat Kuantan, tak perlu bawa dari KL pun. Harga sama aje kan! Siap semua, kami menuju ke destinasi kami, Cherating.
RANTING BEACH RESORT
Tempat yang sangat sempoi bila sampai. Memang simple dan janganlah ingat macam resort cantik ala bali tu. Yang boleh kolin katakan, ini penginapan terbaik yang kolin suka sangat. Kami diberikan bilik 405.
Ianya antara laluan penginap di situ, so tak lah sunyi dan paling best buka pintu terus mengadap laut. Unit ini boleh masuk 4 sehingga 6 orang. Kami berlima, jadi ada dua katil queen dan kami request tilam. Letak beg bagai semua, ngam semuanya. Bilik air pula ada satu, ala-ala rumah kampung sebenarnya, tiada tv ya dan tiada air panas.
simple aje wei...inilah tempat kami bermalam untuk 2 malam. Selesa!! Banyak dah kami buat research sebelum booking kat sini. Ikutkan di Cherating banyak tempat boleh korang menginap. Tapi kolin dah pergi, memang suggest korang ke sini lah sekeluarga.
Nak air panas, kena ambil kat dispenser kat check in kaunter depan parking tu. Simple aje, tapi kalau korang pergi sekali memang okay sangat. Aircond pun tak lah tiptop, tapi ada kipas. Lagipun kami duduk dalam chalet bila nak tidur aje. Selain tu kami bersantai kat serambi bilik. Makan situ, berborak situ, kadang baring pun kat situ hahaha. Memang percutian paling simple. Fasiliti tak lengkap, tak mewah pun, tapi chalet ranting cherating ni kolin suka nak mampus. Memang abis PKP niat nak pergi lagi.
AKTIVITI SEBELAH MALAM
Sebelah malam pula, kami BBQ sahaja. Nasib kami baik, tak hujan. So bakar kambing, ayam, ikan, sosej dan pelbagai lagi.
Malam tak sibuk nak drive sana sini kan. Lagipun masa tu kami masih berjaga-jaga dengan covid. Baik lepak di resort dari merayau-rayau. Sebenarnya nak lebih masa bersama sahaja.
Anyway kawasan Cherating ni malam-malam happening sebenarnya. Banyak kedai dibuka, ada juga cafe, maklumlah tumpuan mat saleh sebenarnya.
Tu lah bilik kami...best kan!!
SELEPAS SUBUH
Esok pagi kami jalan-jalan kat pantai cherating!! Haa..pastikan korang kalau ke sini, sila ambil lesson surfing. Bajet dalam RM250-RM300 aje seorang. Boleh tanya dekat reception tu. Untuk kami berlima memang tak plan nak belajar surfing pun. So next trip, insha Allah kami akan masuk lesson surf hahahaha. Doakan laa kami semua berjaya surfing satu hari nanti. Baru tahu, cherating adalah spot untuk orang Malaysia belajar surfing wei.
Pagi tu, kami cuma briskwalk sahaja ditepian pantai. Seronok tengok matahari terbit, sambil mandi air laut sikit-sikit. Hilang rindu lama betul tak mandi air laut.
Cherating tinggalkan memori terindah buat kami. Dua malam di ranting chalet, cherating memang seronok. Tiada insiden yang kami nak rungutkan. Malahan orang-orang kat resort ni sangat-sangat membantu.
semoga kami berlima akan kembali ke Cherating semula selepas PKP 2 ni. Rindu betul.
Terima kasih korang, babai cherating, semoga berjumpa lagi. Buat korang, tima kaseh banyak entri pepanjang hahaha. Nanti kolin up hotel adena pula ya. Ni 2 malam kat cherating, 1 malam di kuantan tau. Soon..doakan aku rajin menaip hahaha. Babai
Macam best ja nie, Kak Sue tak pernah lagi pergi Cherating. InsyaAllah.. dah selesai semua dan ada rezeki nanti memang plan nak pi bercuti jugak..
ReplyDelete