Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

LEBIH CANTIK, LEBIH SIHAT DENGAN SECRET CORREA

Setiap wanita pastinya mengidamkan bentuk badan yang ideal dan kalau bahasa yang selalu kita guna, 'nak kurus'. Namun nak mengekalkan bentuk badan kita sendiri semasa muda dulu, memang susah. Macam kolin sendiri, menginjak ke umur 40an memang kena senaman dan disiplin betul-betul bab makan. Kalau tidak memang tak turun walau 100 gram berat badan tau. Masa tu lah, kolin jumpa Secret Coffee dan Premium Lotion dari Secret Correa Malaysia. Tak sabar nak lebih cantik, lebih sihat dengan Secret Correa. 

SECRET COFFEE CORREA

Buat pengetahuan korang, kolin bukan lah seorang pengemar kopi. Mula-mula nak cuba memang rasa was-was. Tapi disebabkan kawan kolin dah cuba dan ianya ternyata memberikan kesan positif, kolin tergerak nak cuba juga lah. Harga dia RM69 sekotak ada 10 sachet. 


Pertama kali minum, ehhh..suka pulak. Kopi dia tak terasa sangat, tak manis langsung dan paling best kopi secret correa tak memeningkan kepala kolin. Jujur kolin cakap, kopi kalau kuat atau medium, memang akan pening. Yang ini memang light dan rasa boleh ditelan. Setakat ni memang kolin tak miss minum selama 7 hari. Hasilnya agak bagus buat kolin yang sukar nak menurunkan berat badan ni. Maklumlah metabolisme dah menurun. 



Ramuan kat belakang kotak ada instant coffee (tapi tak manis langsung), creamer,kurma, madu dan kopi hijau. Haa..nak sediakan pun senang, tuang satu sachet dalam cawan dan air suam secukupnya. Kolin amalkan minum sebelum sarapan pagi. Inilah SLIMMING BOOSTER yang kolin amalkan, ada Green Coffee gaissss....



REVIEW SECRET COFFEE

1. Melawaskan perut setiap pagi. Kalau lepas minum mesti melawat jamban. Tiada lagi masalah sembelit dan sebu perut. 

2. Selepas minum, terus bersenam selama 15 minit atau 30 minit. Peluh mencurah-curah, bakar kalori teruk!

3. Tak cepat rasa lapar!! Haa...itu yang kolin perasan. Kolin kurang makan nasi sejak amalkan Secret Coffee. 

4. Selalu kolin ni mesti nak makan manis-manis. Sejak minum ni, memang tak teringin langsung. 

Ternyata dalam masa 7 hari kolin hilang hampir 1.5 kilogram. Jujur tau! Tapi kolin amalkan kopi dan juga senaman. Malah kolin sapu losyen kurus sejuk secret correa sekali. 

COLLAGEN LOTION PREMIUM SECRET CORREA

Losyen Premium ini 130ml dan harganya cuma RM89. Ada 3 kandungan rahsia yang diformulasikan dalam losyen premium ini iaitu collagen bunga matahari, guarana dan juga hedera helix. Kalau ikut pada perkongsian ianya bagus untuk pengaliran darah, boleh mengelakkan sembelit, boleh menghentikan hingus yang mengalir dan juga buang angin dalam badan.



Selain itu, ianya juga boleh 

1. mencairkan lemak degil

2. mengurangkan perut buncit

3. melancarkan peredaran darah

4. menghilangkan selulit

5.melegakan kegatalan kulit akibat enzema. 

6. mencantikkan kulit

7. sesuai untuk wanita dan lelaki dan semua peringkat umur. 



Dah hampir 7 hari kolin mengunakan premium lotion secret correa ini. Memang suka dan kalau nak tahu, setiap kali selepas solat kolin mesti sapu. Bukan apa, premium lotion secret correa ini tak panas, tapi SEJUK! Itu yang buat perut selesa aje. Lagi best korang boleh sapu kat lengan, kat peha belah dalam dan luar dan juga di sekitar sisi badan. So boleh la nampak shape sikit kalau pakai kebaya raya nanti.



REVIEW PREMIUM LOTION SECRET CORREA

Setelah 7 hari kolin sendiri guna, ini review ikhlas kolin. 

1. Ianya tak berbau macam minyak angin malah tak panas. Sesuai dipakai bila-bila masa. 

2. Setiap kali lepas sapu, mesti keluar angin hahaha. Nampak sangat badan kolin banyak angin rupanya. 

3. Mengurangkan double chin dibawah dagu. Malah nak sapu kat pipi pau tu pun boleh. V-shape nanti muka. 

4. Kegatalan pada kaki kolin pun berkurangan sejak amalkan losyen kurus sejuk ini. 

5. Kurang juga lilitan pinggang sendiri dalam 1 inci bila guna selama 7 hari ini. 



Pendek cerita, produk Secret Correa ini memang best! Itu sebab kolin kongsi dalam blog supaya korang pun boleh cuba juga. 

Dalam kita menuju ke bulan puasa nanti, boleh lah sesama minum kopi dan premium lotion dari secret correa ini. Mana tahu saiz L boleh berubah ke saiz S menjelang hari raya nanti. Boleh lah semua tampil sihat dan langsing. 

Dengan Secret Correa, lebih cantik, lebih sihat boleh dikecapi. Ianya bukan satu rahsia lagi. Nak beli kat mana, nah...ini caranya. Tekan sahaja link di bawah:

WEBSITE:www.secretcorrea.com

INSTAGRAM: www.instagram.com/secret.correa.malaysia

FACEBOOK:

www.facebook.com/secretcorreapremium

Senang kan! Nak tengok lebih banyak testimoni pun boleh. Rata-rata memberikan review yang ikhlas dan baik mengenai produk secret correa ini. 




Mana yang senasib dengan kolin, ada masalah sukar menurunkan berat badan dan ada masalah metabolisme rendah boleh lah cuba secret correa. 

Jom korang, kita bersama LEBIH CANTIK, LEBIH SIHAT DENGAN SECRET CORREA.

3 comments:

  1. Bolehlah try nanti, nak kuruskan badan nie. dah kembang mambang sangat nie hahhaa...

    ReplyDelete
  2. wahhh macam menarik secret coffee correa. nak kena cuba lah nti hehehe

    ReplyDelete
  3. Makin cantik lah Cik Kolin lepas nie kan.. kan..

    ReplyDelete

loving me..loving you