Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KONVOI BANTUAN BANJIR MAIWP BERNILAI 1 JUTA BERGERAK KE KELANTAN

Kita semua sedia maklum, pantai timur tanahair dilanda banjir besar baru-baru ini. Konvoi bantuan banjir MAIWP bernilai 1 Juta bergerak ke Kelantan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Mereka memerlukan bantuan bagi kelangsungan hidup dan bukan mudah untuk mereka menghadapi dengan musim pandemik ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 4 Februari 2021 yang lalu telah berkonvoi ke Negeri Kelantan. Pelepasan konvoi MAIWP tersebut dibuat di Kompleks Islam Putrajaya dan seterusnya akan bergerak menyampaikan bantuan di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas selama 3 hari bermula 4 Februari sehingga 6 Februari 2021.





Konvoi MAIWP terdiri daripada 12 buah kenderaan seperti lori dan van yang membawa barangan bantuan terdiri daripada keperluan rumah dan makanan seperti toto, periuk nasi, lampin pakai buang (kanak-kanak), tuala, sejadah, telekung dan sebagainya bernilai RM1 Juta. 12 sukarelawan MAIWP juga bersama menyertai konvoi ini bagi membantu dalam agihan bantuan MAIWP.


Secara keseluruhannya, MAIWP memperuntukkan RM5 juta bagi bantuan banjir kepada 4 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Setiap Negeri menerima bantuan bernilai RM1 Juta  dalam bentuk barangan keperluan dan RM250,000 bagi bantuan kepada masjid yang terjejas. Bantuan kepada masjid disalurkan kepada negeri menerusi Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. 

Selesai konvoi MAIWP ke Kelantan, misi bantuan MAIWP akan bergerak ke Terenganu pada 10 Februari 2021. Manakala pada 29 Januari 2021, misi bantuan MAIWP telah pun menyampaikan bantuan ke negeri Johor dan Pahang. 

Turut hadir sama pada majlis pelepasan konvoi MAIWP ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar Samon. Semoga usaha berterusan dari pihak MAIWP ini membawa kesan positif di seisi masyarakat. 

Tahniah buat team MAIWP atas usaha ini. Dan buat semua mangsa banjir, semoga dipermudahkan segala urusan korang. Apa pun, ucapan syabas untuk team MAIWP semuanya - KONVOI BANTUAN BANJIR MAIWP BERNILAI RM1 JUTA KE KELANTAN 


 

3 comments:

  1. wahhh satu kontena comforter.. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Usaha murni, semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka yang penuh kebaikan ini. Insya-Allah. Aaamiin.

    ReplyDelete

loving me..loving you