Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KELEBIHAN CHIA SEED

Assalammualaikum semua. Pernah tak minum atau makan CHIA SEED? Sebenarnya dari dulu kolin tengok kawan-kawan sepejabat gila minum ni. Letak dalam botol air kosong dan tabur aje chia seed dalam tu. Masa tu tak terpedaya pun. Entah kenapa masa PKP 2 ni kolin teringin mula nak amalkan. 

Chia Seed ini kolin beli kat Watson sahaja. Harga pun RM10 sahaja, murah kan. Setiap hari sebenarnya kolin minum. Satu cawan air, kolin masukkan chia seed. Kerap juga tau, sebab macam suka pula gigit chia seed tu. Ala-ala biji selasih pun iye, tapi ini macam lebih plumpy sikit. Tak rasa apa pun sebenarnya chia seed tapi suka kolin kunyah-kunyah hahaha. 



Now kolin nak berkongsi dengan korang apa kelebihan amalkan CHIA SEED ni. 


1. Mengandungi sejenis asid amino iaitu trytophan, yang dapat mengawal selera makan. Korang akan rasa kenyang dan keinginan nak makan snacking akan kurang. 

2. Sumber tenaga yang bagus kerana mengandungi zink, vitamin B3 (niacin), kalium, Vitamin B1 (thiamine)dan Vitamin B2 yang baik, kaya dengan protein. 

3. Sumber antioksidan yang baik seperti asid kromogenik, quercetin, asid kafein, myricetin dan kaempferol flavonols glikosida.

4. Dapat menguatkan tulang kerana mengandungi kalsium, magnesium, phophorus dan protein yang tinggi. 

5. Ia juga adalah sumber yang semula jadi dari asid lemak omega-3, jadi sangat baik untuk cairkan darah dan bantu pesakit jantung, pesakit stroke dan lain-lain.

6. Dapat stabilkan gula di dalam darah. 

Sumber dari Instagram @awin_bosta_keto

KELEBIHAN CHIA SEED 

Kalau ikut semua kat atas tu, kolin fokus pada kalsium. Maklumlah umur dah lepas 40an, isu tulang sangat penting. Lagi satu memang mujarab untuk hilangkan 'sugar craving'. Kolin perasan dah mula kurang makan makanan manis-manis. Kalau dulu selalu telan coklat la, air gas lah, bubur manis dan macam-macam sebab terasa nak benda manis masuk dalam mulut. 

Satu lagi, anti-oksidan! Nah salah satu sumber untuk awet muda tau. So boleh lah amalkan terus nanti. Lagipun organik, banyak kebaikan dari keburukan, kalau boleh kolin nak korang yang baca blog ini pun amalkan juga. 

Chia seed ni benda baru untuk kolin. Kalau mana yang dah lama amalkan minum atau makan chia seed ini, kolin ucapkan tahniah!! Best lah korang, mesti awet muda hahah. Bab nampak muda dan cantik ni memang kolin suka wei. 

Jangan laa teragak-agak nak amalkan okay. Kalau tengok bungkusan dalam gambar chia seed tu dekat nak habis dah. Kena beli baruuuuu...doakan kolin murah rezeki! Boleh beli lebih sikit hehehe. Barang baik kita kongsi babe!





pesanan penaja: jangan lupa ke butik maya online www.instagram.com/cantek.boutique tengok baju raya lelawa :)


1 comment:

loving me..loving you