Hey buat pesakit gout!
Korang jangan ingat orang tua sahaja ye kena GOUT, sekeliling kolin ada umur 20an dan 30an dah mula menderita pasal GOUT ye. Tu yang terjumpa satu perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, mengenai cara mudah MENCEGAH SERANGAN GOUT, terus nak berkongsi dalam blog. Mana lah tau kalau korang google petua hilangkan gout atau mengatasi gout terjumpa artikel ini. Boleh lah tolong sedikit sebanyak. Kasihan tengok kawan-kawan yang menderita sakit ini sebenarnya.
Kalau tengok perkongsian ilustrasi dari KKM, ada enam makanan yang baik untuk mencegah serangan gout.
Mana yang selalu makan seafood, kek, daging atau mana-mana makanan yang selalu berkait rapat dengan GOUT boleh cuba semua ini untuk CEGAH tau bukan rawat.
1. NENAS
Tinggi dengan 'Bromelain' dan Vitamin C. Ianya dapat mengurangkan keradangan di sendi-sendi.
2. KUNYIT
Curcumin yang boleh didapati daripada kunyit juga boleh membantu mengurangkan keradangan sendi.
3. PEGAGA
tinggi dengan Pyhtochemical membantu proses menyahtoksik. (tu selalu kolin buat kerabu pegaga kat rumah tuu)
4. CILI
kandungan Vitamin A dan D yang terkandung dalam cili dapat membantu mengurangkan keradangan sendi.
5. LEMON
tinggi dengan kandungan Vitamin C dapat membantu proses menyahtoksik pesakit gout. (ini memang kolin selalu buat tau, air lemon sejukk)
6. HALIA
komponen gingerol dan zingiberene dapat mengurangkan keradangan sendi
ATAS KERADANGAN SENDI
Siapa yang tak tahu macam mana sakitnya gout tu boleh perhatikan. 6 makanan semulajadi tu semua untuk atasi keradangan sendi. So memang Gout adalah sejenis penyakit yang attack sendi badan kita. So bila dah mengalami penyakit gout kalau kat kaki kan. Kasut tak boleh pakai wei, jalan senget-senget. Sian tengok.
Jadi korang yang mana dah masuk umur 35 dan 40 an ke atas boleh perhatikan semua makanan yang mampu MENCEGAH SERANGAN GOUT.
Ini semua petua dan semua murah senang nak cari. Nak senang, selalu makan nenas dan kalau ambil nasi lunch nanti, jangan lupa ulam dengan pegaga ya.
Dapat elak gout malah tambah awet muda pulak tu. Badan pun tambah sihat.
Terima kasih baca blog kolin PETUA HILANGKAN GOUT. Semoga ada manfaat buat semua pembaca ya. Jaga diri..
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA
wahhhh bagus perkongsian ni sis Kolin.. Nenas & Lemon tu memang selalu amal. moga dijauhkanlah dari segala penyakit aminnnnn~
ReplyDelete