Hey dah siap baju raya dah? Kalau belum kolin nak ajak korang semua memberi tumpuan kepada koleksi baju raya "Manisnya Syawal 2021" dari Bahari Asyek. Semua koleksi baju raya BAHARI ASYEK boleh korang dapatkan di facebook atau Instagram mereka. Kalau lagi senang, boleh terus Whatsapp mereka di 016-4819831 untuk pembelian.
Bahari Asyek 03-5513 5310
Emel : bahariasyek@yahoo.com
Facebook: www.facebook.com/bahariasyek
Instagram:
www.instagram.com/bahariasyekofficial
Insta Online:
wwww.instagram.com/bahariasyek.co
FASHION SHOW LIVE DI FB DAN IG
Disebabkan keadaan yang memaksa kita semua menjalani norma baru. Bahari Asyek juga tidak berkecuali dalam hal ini. Kalau korang nak tahu, selalu bahari asyek akan mengadakan fashion show atau show case semua koleksi raya secara besar-besaran. Akan tetapi disebabkan kekangan mematuhi SOP dan sebagainya, mereka mengambil keputusan untuk membuat secara live di FB dan juga IG. So semua yang sudi boleh lah ke sosial media mereka bagi menyaksikan kemeriahan dan keunikkan setiap rekaan yang ada.
Mengetengahkan koleksi busana tradisional melayu untuk syawal 2021 memang tidak mengecewakan. Menurut Pengarah Urusan, Puan Zahalina, yang menegaskan masih memelihara dan mengutamakan Jati Diri Melayu di persada fesyen tanahair. Rekaan yang di persembahkan sememangnya tidak lekang dipanas, tidak lapuk dihujan untuk digayakan semasa syawal nanti.
Puan Zahalina bersama suami |
Fabrik yang digunakan adalah ekslusif untuk semua peminat Bahari Asyek. Cakap banyak tak guna kan. Lebih baik korang tengok sendiri kesemua koleksi yang ada. Rekaan baru sebanyak 15 rekaan ni sudah tentunya membuatkan rambang mata nak pakai mana satu pagi syawal nanti. Maklumlah kalau ikutkan, raya 2021 akan berbeza dengan raya 2020 kan.
MANISNYA SYAWAL 2021- BAHARI ASYEK
1. Kurung Moden Melati
Kurung moden yang ada 'puff' di pangkal lengan mengingatkan kembali fesyen 80an yang mana menjadi trend kembalik. Tapi jangan risau, ada zip di hujung lengan bagi memudahkan muslimah mengambil air wudhuk. Dan material yang digunakan adalah fabrik 'swiss printed cotton' yang sangat selesa untuk dipakai seharian.
2. Kurung Kedah Manis
Kurung kedah memang tak pernah lapuk kan. Setiap tahun kalau pakai pun tak apa. Untuk bahari asyek ianya mengunakan printed cotton design dan ianya ada kelainan fabrik atasan dan juga bawahan.
3. Kurung Kedah Manja
Ini salah satu kolin aim. Kalau ada rezeki boleh lah sambar sehelai buat pakai ke open house. Nampak mahal, tampil ekslusif dengan kombinasi bunga dan jalur.
4. Kurung Kedah Molek
Kurung kedah yang mengunakan corak floral ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau korang nak sedondon dengan mak korang syawal ini boleh sangat. Sebab comel weii!
5. Kurung Kuno Kapas
Untuk rekaan ini, bahari asyek mengunakan fabrik kapas dengan teknik 'hand block' mengunakan warna paster. Terus nampak manis dan menawan bagi si pemakai. Baju kurung memang tak pernah lari untuk digayakan semasa beraya kan.
6. Kebaya Empat Dara
Kebaya ini juga kegemaran kolin. Berlainan dari kebaya yang ketat sendat. Yang ini lebih longgar tapi rekaan dia terletak sangat. Polos dan diganding dengan batik bali ini sememangnya memberikan nafas baru untuk rekaan ini.
7. Kurung Kuno Perada
Fabrik kapas dengan motif yang unik dengan sentuhan perada (gold dust) di mana ianya tampak lebih mahal dan elegan buat si pemakai.
8. Kurung Riau
Fabrik cotton silk digunakan dengan motif bunga tanjung dan melur. Sudah pasti dapat memikat semua yang melihat rekaan ini kerana cutting yang dibuat memang nampak klasik dan membawa warisan melayu zaman dulu kala.
9. Kurung Sultana
Kurung polos 'cutting oversize' ini dibuat dari fabrik cotton silk yang sememangnya versatil dan menjadi pilihan ramai. Sesuai dengan cuaca Malaysia yang sentiasa panas.
10. Kurung Achipalago
Uniknya kurung ini adalah rekaan pesak yang mempunyai 6 pesak kiri dan kanan yang mewakili kegugusan melayu nusantara. Mengunakan fabrik linen dengan pelbagai warna membuatkan ia tampak 'flamboyant'.
11. Kurung Kelasi
Kurung kelasi yang di ilhamkan oleh baju kelasi kapal yang mana mempunyai kolar yang terlindung dari panas matahari. Mengekalkan material linen dan pertambahan pada labuh baju.
12. Kurung Rupawan
Kurung klasik ini mengimbau kembali zaman persekolahan dahulu yang mana suka melipat lengan baju kurung tu. Jadi rekaan ini mengunakan material semi thai silk untuk tampak mewah dan klasik
13. Kurung Dandea
Kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat ini diolah dengan penerapan baju kurung. Lebih manis mengunakan material semi thai silk untuk tampil jelita di pagi raya.
14. Kebaya Cik Siti Wan Kembang
Kebaya yang selalu menjadi pilihan dalam koleksi bahari asyek ini memang menjadi pilihan ramai. Bahan fabrik voile dengan warna-warna paster ini memang menarik. Kombinasi potongan longgar dan selesa ini sememangnya membuatkan si pemakai nampak santai dan selesa.
Semua koleksi Manisnya Syawal 2021 dari Bahari Asyek ini sudah boleh dibeli secara online dan juga offline. Untuk online boleh klik mana-mana yang kolin share pada awal entri ini tadi. Nak senang tengok IG aje, mana nak boleh skrinshot dan wasap terus.
Untuk offline, butik Bahari Asyek yang terletak di Plaza Massalam ini sentiasa dibuka dengan pematuhan SOP yang diarahkan. Korang boleh shopping dengan selesa di rumah aje dan dapat menghindari wabak covid19 yang kini kian merisaukan.
Harap harap kelapa puan,
tidak puan kelapa bali,
harap pada tuan dan puan
tidak tuan puan siapa lagi
Jom kita sokong pereka tempatan kita. Sekali korang dah cuba koleksi dari bahari asyek memang suka! Material, potongan malah koleki baju raya dari mereka tidak pernah mengecewakan.
Tahniah buat Bahari Asyek yang telah berjaya melancarkan koleksi baju raya, Manisnya Syawal 2021 !
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you