Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PEMINAT UDANG GALAH !! JOM KE D'EMPANGAN UDANG GALAH, PUTRAJAYA

D'EMPANGAN UDANG GALAH - PESONA BARU PUTRAJAYA 

Bila bercakap pasal Putrajaya mesti korang terfikir ada apa aje kan selain bangunan kerajaan yang cantik dan landskap yang menawan. Kadang orang ke sana untuk saja berjalan malam menikmati keindahan lampu-lampu yang cantik. Ataupun buat kaki jogging suka lah ke sana sebab taman semua lawa, pokok pun segar bugar. So buat kaki foodies mesti tanya ADA KE TEMPAT MAKAN SEDAP KAT PUTRAJAYA WEI???

Hey..meh rapat-rapat, now kat Putrajaya ada tempat makan sedap wei...LUBUK UDANG GALAH PUTRAJAYA nampak tak sepit udang terkeluar tu. Segala menu berasaskan udang galah ada disediakan di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Menjadi salah satu tempat makan yang kian popular di Putrajaya, D'Empangan Udang Galah yang terletak di Presint 5 ini memang antara yang wajib korang singgah. Konsep D'Empangan Udang Galah pula adalah sambil makan sambil berhibur ini memang menarik. Nanti kolin terangkan ye hahaha

nasi goreng udang galah

udang galah sweet sour

Untuk menu lain-lain yang patut korang cuba bersama keluarga di sini ialah Mee Kari Udang Galah, Nasi Goreng Udang Galah, Udang Galah Sweet and Sour, Char Kuew Teow, Yong Tau Foo, Roti John , Nasi Arab, Nasi Lemak Pandan, Nasi Dagang, sate, burger & western, aiskrim sangkaya, siakap 3 rasa, sotong goreng tepung serta goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi keledek, baby crab atau colek ala rojak malah banyak lagi. Memang dari tua ke muda akan suka lah, kiranya. Sebut sahaja menu apa teringin, boleh lah try ke D'Empangan Udang Galah. 

nasi dagang

sate

rojak dan colek
 
 


D'Empangan Udang Galah ini dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.30 malam, setiap hari. Malahan kalau korang nak buat majlis perkahwinan, sidang akhbar, sambutan hari lahir, wedding anniversary atau apa sahaja boleh lah cuba adakan di sini. Lokasi yang sangat lawa, mengadap taman dan tasik ini, menawarkan tempat letak kereta yang luas untuk menyambut kehadiran semua para tetamu. 


pemandangan waktu malam dari D'Empangan Udang Galah, Putrajaya
 

Buat pengetahuan korang, harga masakan udang galah bergantung pada harga pasaran. Boleh aje tanya dahulu sebelum order, tak ada masalah. Jangan malu okay, mana tahu kena dengan bajet dapat juga korang merasa udang galah segar yang dimasak sedap di sini. 

Kini D'Empangan Udang Galah kian rancak memulakan operasi mereka setelah sekian lama terjejas dek pandemik Covid-19. Malah menurut pemilik premis Datin Zurinah Mohd, dengan adanya sedikit kelonggaran yang diberikan kini ianya memberi semangat baru kepada pengusaha restoran untuk memulakan semula dan membantu para peniaga menjana kembali pendapatan yang terjejas. 

 

Pemilik Premis Datin Zurinah Mohd.
                       

Dan kalau korang semua nak tahu, D'Empangan Udang Galah, Putrajaya dengan hashtag #lubukudanggalahputrajaya bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan di Putrajaya. Jadi sekarang, siapa kata Putrajaya tak best!!! Best lah...Kalau nak tengok sila ke IG www.instagram.com/dempanganudanggalah dan saksikan sendiri kemeriahan kat situ. Kolin memang suka pergi sekeluarga sebab ada penyanyi legend yang memeriahkan suasana kat situ. 

Ada artis residen tetap tau, seperti Hail Amir. Razis Ismail, Shidee dan Isma AF. So bawa lah mak ayah wei..sekali hail amir nyanyi lagu 'Wajah Kesayangan Hamba' aduhhh..teringat zaman mak-mak kita. So kolin plan nak bawa mama kolin pula datang dinner kat sini next time. Dan pastinya D'Empangan Udang Galah bakal menjadi tempat wajib setiap bulan kolin pergi sekeluarga. Maklumlah kolin kan duduk KL, tapi kawan-kawan yang mana menetap sekitar atau di Putrajaya beruntung giler!! Ada tempat happening macam D'Empangan Udang Galah. 



Bulan Ramadhan bakal menjelma ni sudah tentu D'Empangan Udang Galah bakal memeriahkan suasana berpuasa. Jangan lupa jenguk social media mereka untuk update nanti. Booking siap-siap! Supaya tak melepas nak berbuka kat tempat yang cantik dan selesa ini. 

Buat yang nak buat majlis, tempahan atau apa sahaja pertanyaan, sila hubungi Encik Zul 0122704304 okay. Tak sabar nak pergi weekend nanti bersama adik beradik dan keluarga. Sambil makan, sambil layan lagu-lagu evergreen dari penyanyi residen kat situ, best!!! Maklumlah kolin sekeluarga memang suka layan live band dan karaoke. Tapi kat D'Empangan Udang Galah, penyanyi legend tanahair yang menghiburkan kita, terbaik!!


Jangan lupa semua orang KL, lebih-lebih lagi orang Putrajaya datang lah ke D'Empangan Udang Galah. Peminat udang galah kalau pergi sure repeat lagi wei...sedap..tak tipu!!!

Terima kasih Datin Zurinah dan team D'Empangan Udang Galah sebab sudi jemput kolin sekeluarga ke Majlis Makan Malam bersama Media minggu lalu. Semoga terus sukses dan jangan tak pergi korang...LUBUK UDANG GALAH PUTRAJAYA tuuuuu ...




 

1 comment:

loving me..loving you