Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Musim durian..tahun ini semua buah menjadi kan. Cewaahh, aku borak macam ada dusun hahha. Tapi serius laa kan, tahun lepas punyalah mahal, sampai rasa nak makan durian pun tak mampu tau. Tahun ini melimpah ruah, sampai kat rumah tu hari-hari makan. Ibarat aku ada kebun laa belakang rumah. Siap yang masuk peti ais lah, yang buat tempoyak la, meriah. Yang aku paling gembira, sebab jiran lama aku bawak durian kampung dari Melaka. Ini lah dia satu kereta penuh dengan durian kawen dan durian kampung. Aku sejenis yang memang suka durian kampung yang pahit-pahit tu. Manis sangat macam musang king tu kureng feel makan durian ini. Satu lagi durian kampung kan, makan banyak mana pun sure korang tak rasa panas sangat. Jadinya kalau durian kampung tu berdesup-desup aku makan. Inilah durian ex-jiran kita bawa
bayangkan dari Melaka dia bawak demi memenuhi permintaan kami yang tinggal di Jinjang dan jua Batu Caves. Malam tu memang berebut ler. Jiran siap order 10kg durian kampung pun ada. Sekilo dalam RM6 tak silap dia jual.
Semua tu kos cuma RM60 sahaja dan memang semua buah cantik.
Tapi dalam makan durian ini korang tahu tak fakta yang sebenarnya mengenai raja buah ini. Kalau tak tahu, kolin nak kongsi ni.
Fakta dari Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa durian:
1. Boleh meningkatkan berat badan. Mempunyai kalori 1400 seulas buah durian. Disebabkan aku makan dekat 10 ulas. Sekarang aku rasa nak mengamuk !!! Kenapa ko sedap sangat, lepas tu bagi aku gemukkkkkk
2. Durian Kaya dengan Nutrin - ada potassium, serat, vit c dan vit b kompleks, asid amino tryptopan yang dapat membantu tidur dengan nyenyak dan dan tinggi potasium berbanding pisang. Pasal tu laaaa, lepas aku makan durian, suka tidur!!! Sebab padat haaa
3. Durian boleh memberikan tenaga segera sebab kandungan karbohidrat tinggi dalam bentuk gula ringkas dan jadi sumber tenaga. Maknanya makan durian boleh angkat bas sekolah..eh eh takkkk aku memain ahahhaha
4. Pesakit diabetes atau kencing manis, elakkan okay makan buah durian. Gula tinggi tu membahayakan.
Dan kalau tengok kat situ, pakar mencadangkan setiap kali makan durian hanya 2 ulas sahaja !!! 2 ulas kolin oiiiii...dua...bukan 10 ulas. Dah makan 10 ulas, lepas tu gemukkk..lepas tu amuuukkkk. Aishh..so korang dah tahu kan. Raja Buah ini memang sedap di makan, tapi risiko tetap ada. Apa pun kolin memang enjoy giler wei musim durian banyak ni..suka bebenar..balik ni terasa nak beli lagi durian..alah esok aku diet lahhh ahahhahahahha. KenDURIAN jom

Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you