Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dah menjelang siang, kami pun cari breakfast. Disebabkan anak-anak kolin berjaga sepanjang malam untuk memancing pagi tu memang rabak la mata. Kami bersarapan aje lah dalam chalet, suami yang keluar pergi cari sarapan. Tapi kalau ikut kata orang tempatan kat sini boleh cari remis. Gigih kami bertiga pergi mencari hahaha. Dengan mak kolin sekali ikutttt...carii oiiii
Dapatlah remis tu haaaa...sikit aje kolin cari. Sebab dah panas dah. Lagipun sebenarnya nak bagi anak datang cari, sekali dedua dah mamai sebab tak tidur malam tadi. Maklumlah musim air pasang cuma waktu malam sampai ke subuh. Siang memang air surut, so nak memancing macam mana kan. Yang belum baca part 1 dan part 2 klik link bawah ini okay.
Bila dah rasa malas nak mencari remis kolin dan mama pun berjalan-jalan lah sekitar chalet. Banyak orang tempatan melepak sini ambil angin laut. Ada jugak yang cari ketam !!
Masa ini kami berdiri tepi ini tengok penduduk tempatan tangkap ketam. Terus order kat abang tu RM50 jam 12.00 tengahari pergi ambil. Fresh, murah dan tentunya sedap lah kan
inilah ketam yang kami beli dari penduduk tempatan tu. Berbaloi! Kami keluar dari chalet hampir jam 2.00 tengahari tau. Patut keluar jam 12.00 tapi anak-anak mengantuk. Adalah sedikit caj tambahan tapi tak lah banyak sangat pun. Kalau dah tengahari mencari makan lah kan. Perut memang dah lapar, hasil siasatan dengan penduduk kat sini semua suruh kami ke tempat ini. Ternyata ianya memang membuatkan yang kelaparan ni meleleh air liur. Udang Lipan Goreng Tepung terbaik, sampai dua pinggan. Menu lain pun tak mengecewakan. Gerai terletak di dalam kawasan kampung, jalan sempit tapi berbaloi. Korang boleh waze aje..
Datang sini siap bawak peti putih tu okay. Beli ikan dan ais batu kat sini bawa balik. Berbaloi sangat !! Siapa sangka bercuti dalam Selangor aje dah best. Dari hari kolin check in chalet tu, memancing sepanjang malam, melepak dan berborak sambil menikmati angin laut, dapat tengok matahari terbenam dan paling penting kami sekeluarga semua happy dan puas hati. Korang kalau nak pergi, boleh rujuk informasi bawah ni...
D'Muara Marine Park, Sungai Hari Dorani atau dikenali sebagai Dorani Bayu Resort ini sememangnya berbaloi. Sederhana tak mewah tapi meninggal kenangan manis sangat buat kami. Semoga perkongsian ini memudahkan korang yang nak cuba menginap kat chalet terapung tu ye. Ingat pesan kolin, bawak pancing dan umpan sesiap okay. Best giler memancing dari balkoni tuuuuu
inilah ketam yang kami beli dari penduduk tempatan tu. Berbaloi! Kami keluar dari chalet hampir jam 2.00 tengahari tau. Patut keluar jam 12.00 tapi anak-anak mengantuk. Adalah sedikit caj tambahan tapi tak lah banyak sangat pun. Kalau dah tengahari mencari makan lah kan. Perut memang dah lapar, hasil siasatan dengan penduduk kat sini semua suruh kami ke tempat ini. Ternyata ianya memang membuatkan yang kelaparan ni meleleh air liur. Udang Lipan Goreng Tepung terbaik, sampai dua pinggan. Menu lain pun tak mengecewakan. Gerai terletak di dalam kawasan kampung, jalan sempit tapi berbaloi. Korang boleh waze aje..
Selesai dah makan tengahari. Semua orang happy order air sirap aje haaa. Makan semua ini pun tak pun sampai ratus, lebih kurang RM50 ke RM70 tak silap kolin lah. Dah tu memang puas makan udang, dari mee udang ke nasi udang. Kalau korang datang area Sg. Haji Dorani ini, jangan lah tak cuba okay. Tanya sahaja orang tempatan kat sini sure tahu tempat ini kat mana.
Lagi satu kat Sungai Besar ini best shopping cadar dan toto. Harga memang sama dengan Padang Besar kat Perlis tu. Sesilap lagi murah. Waze tempat ini okay, murah sesangat! Pasar Raya Yang Yang Sungai Besar ini sememangnya menjadi destinasi yang wajib kolin pergi kalau ke sini. Rugi tak pergi, beli cadar sekali siap sarung bantal empat dan selimut tu baru RM50 aje tau. Kalau toto pulak dapat lah dapat RM42 sahaja.
selesai shopping cadar segala kain bagai tu, misi mencari lauk. Lauk nak bawa balik untuk stok kami lah. Ya ampun, rasa nak datang setiap minggu. Nasib baik jauh jugak lah dari jinjang tu. Murah sesangat, penuh satu peti dengan segala macam haiwan laut kami sekeluarga borong tau.
D'Muara Marine Park, Sungai Hari Dorani atau dikenali sebagai Dorani Bayu Resort ini sememangnya berbaloi. Sederhana tak mewah tapi meninggal kenangan manis sangat buat kami. Semoga perkongsian ini memudahkan korang yang nak cuba menginap kat chalet terapung tu ye. Ingat pesan kolin, bawak pancing dan umpan sesiap okay. Best giler memancing dari balkoni tuuuuu
Love,
Kolin Zainal
udang lipan tu pernh tgk tp tk pernh mkn....best juga tmpt ni..lepak amik angin laut
ReplyDeleteudang lipan goreng tepung tu sedap sangat amy..nanti try lepak sini sekali
DeleteUdang lipan tu sedap kan..kena klak kalau yg baru naik..memang manis..SA suka..kena masuk dlm wishlist ni..skrg nak cuti kena pastikan yang hotel tu ada kemudahan dan tahap kebersihan tip top sbb mak SA kena dkena dialysis 3 kali sehari..setiap 8 jam..memang nak bercuti tu kena plan betul2..kat sini best boleh mancing..abah SA suka la ni
ReplyDeletekebersihan okay aje..tak lah tip top. Tapi bab memancing tu best. So tak perlu jauh2..boleh sambil bersama-sama keluarga, mancing sekali..tak lah nyamukkkk
Delete