Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Kalau korang ingat taman ini pernah viral dalam sosial media. Viral sampai jem sana sini, parking pun payah sebab tak perlu bayar untuk masuk. Masa tu kolin selalu lalu sebab tempat ini dekat sangat dengan pasar borong selayang tempat kolin stok barang makan. Jadinya bila u-turn kat area ini memang sesak. Sekarang dah kena bayar tau. Untuk warga Malaysia RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Jadi untuk kami 4 orang hanya RM26.00 sahaja. Kalau tanya kolin, berbaloi atau tidak..bergantung kepada korang lahhh. Anak-anak kolin memang suka binatang, cuma kat sini tak boleh pegang-pegang macam kat Farm City tu.
Masa kolin ke sini jam lebih kurang 5.30 petang lah. Saja nak pergi dari siang bawa ke malam. Tapi sebelum maghrib kami dah beransur pergi. Tapi korang jangan risau kat sini ada toilet, ada surau dan ada tempat makan.
Kami berjalan memula tengok lah kandang ayam, itik, ada monyet comel dan rumah ular. Setakat ini semua dijaga rapi, bersih dan teratur oleh pekerja mereka. So dulu kan free, kali ni mereka caj bayaran masuk itu untuk nak jaga tempat ini lah. Maintenance dan makanan semua haiwan kat situ kita lah belanja. Alah tak mahal pun, pada kolin berpada juga bayaran yang dikenakan.
Macam-macam ada, ada patung-patung yang melambangkan haiwan kelahiran mengikut kalendar cina. Saja seronok-seronok kami tangkap lah gambar. Korang juga boleh bergambar kat sini dengan bayaran hanya RM10 sahaja. Kalau baik hati, boleh beli makanan haiwan dan bagi makan.
Dah penat melepak lah kat sini, nasi lemak RM2 sahaja. Makanan kat sini simple dan murah lagi. Kalau ibu bapa takut kopak kobana datang sini kan, jangan lah risau, makanan mereka murah.
Untuk ke sini pastikan pakaian dan kasut sesuai. Sebab apa tempat ini luas dan besar sangat. Kami berjalan perlahan-lahan sambil menikmati angin petang. Kalau bawak orang tua yang tak larat berjalan, korang boleh sewa kereta kat sini. Tak pasti kolin berapa ringgit bayaran yang dikenakan. Kalau nak naik bot pusing-pusing tasik kecil ini pun boleh juga.
Pendek cerita tempat ini sesuai untuk bawa anak-anak berjalan petang-petang sambil ambil angin. Tempat letak kenderaan pun dah tak sesak macam dulu. Jalan pun tak lah berlaga bontot dah. Jadi korang dah gaji kan minggu ini, bawa keluarga okay.
Love,
kolin zainal
wahh, bestnyaa jalan2 tengok haiwan..
ReplyDeleteyupp..sonok sebab murah hahahaha
DeleteSeronok jugak sini...
ReplyDeletentah bila dpt gi ni.
ReplyDeletebyk dah baca review blogger :)
best kalu bwk Izzat ni. dia akan jadi extra excited!