Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RESIPI: Sotong Sambal Petai

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa tak suka makan petai? Rugi lah..ada juga kawan-kawan kolin cakap dema dah berhenti makan sebab ada orang mengata ke tandas berbau. Pada kolin lah kan...tak pernah kisah pun. Kalau you tak suka tutup lah hidung. Lagipun bukan lama pun. Sesiapa yang tahu kebaikan petai tu, memang berebut nak makan. Kalau nak tahu jugak, mat saleh pun dah mula makan okay..Sedeh laa kalu tak makan petai kan. Sekarang musim durian kan, petai pun naik sekali tau. Kalau nak tau minggu lepas kolin ke pasar borong selayang. Ada yang jual 3 papan petai RM5 sahaja. Kolin beli lah RM10, simpan stok katanya. Suka gila sebab mata petai yang kolin dapat tu besar-besar. Sesiapa yang tak makan petai mentah macam kolin, memang suka lah kalau petai ini masuk dalam lauk pauk kan. Nasib baik kami sekeluarga memang peminat petai!



Resipi kali ini simple sangat. Cili kering dan bawang dikisar bersama. Selepas tumis sampai masak cili tu, masukkan sotong ikut suka. Jangan masukkan air okay, seperti sedia maklum, sotong tu sendiri akan mengeluarkan air. Masukkan asam keping, garam dan akhir sekali petai, biarkan seketika. Sesiapa yang faham boleh lah tengok video kat bawah ini dan ikut sahaja langkah-langkah okay. Ini video satu minit, jangan lah korang pun masak satu minit jugak. Masak tengok cili dan sotong tu masak betul okay. Anyway jangan lupa subscribe youtube channel kolin tau. 




Jangan lupa memasak korang !! Kalau nak anak-anak dah besar esok rindu nak balik rumah kita, kenalah masak selalu. Rugi nanti anak tak ingat masakan kita bila dah tua nanti. Rugi giler !!!

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you