Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Siapa yang tak suka pergi mengurut weiii...Tipulah kalau orang perempuan tak suka ke Spa, mengurut-ngurut. Kalau kolin ke Indonesia kan, memang tempat pertama cari adalah pusat mengurut. Tapi susah juga nak cari tempat urut yang 'decent' atau kalau dalam bahasa kita yang sesuai dan bersih. Macam tak percaya kat Kuala Lumpur ada satu pusat kecantikan atau spa mengurut yang sangat-sangat memenuhi permintaan kolin. The RubBar KL atau dalam bahasa melayu 'raba' ini menyajikan satu pengalaman yang premium dan servis yang berkualiti buat tetamu yang berkunjung di sini. Kalau dah premium dan berkualiti mesti korang ingat mahal kan. Tak mahal pun sis, harga patut !! Lebih dari 10 rawatan yang ditawarkan, hiasan dalam pun lawa, tukang urut yang berpengalaman dan warga negara kita tau. Bukan orang asing, itu yang tambah selesa tu. Perlukan rehat, nak segarkan badan dan perlu urutan yang menyenangkan, baca lebih lanjut okay !!!
Mana yang nak pergi dengan keluarga boleh, anak-anak pun boleh, kalau pergi dengan kawan-kawan sebagai aktiviti bersama lagi lah boleh. Kolin ke sini dengan kawan media kolin yang lain tau. Yang best, anak kolin Alisa Maisara umur 9 tahun pun join mengurut tu.
Melangkah masuk sahaja dah semerbak bau aromaterapi. Memang lawa interior kat sini, sebelum memulakan rawatan, korang akan diberi minum teh herba. Ada teh serai, teh yasmin atau air kosong.
Sambil minum tu, kolin dan alisa pun pilih la nak buat apa. Kebetulan ada 'kids massage' RM49 untuk 40 minit. Dan untuk dewasa ada pakej tengah promosi kan. Tapi kalau korang teragak-agak nak ambil apa, boleh sahaja tanya staff kat sini. Oh....di sini ada tukang urut perempuan dan juga tukang urut lelaki tau. Kalau korang nak datang berehat suami dan isteri pun boleh sangat laaaa. Kalau rasa nak ke shopping mall atau tempat lain tu dah jemu, mai kat sini dan korang berdua boleh lah segarkan badan dengan urutan. Kolin memang akan jadi pelanggan tetap kat sini laaa. Nak tahu kenapa tak!! Sebab pakej murah dan berbaloi sangat...
Jadi untuk hari tu kolin ambil pakej 2 jam tu, ada Pressure Point Massage satu jam dan jua Foot Reflexology sejam juga. Dengan harga RM137 tu sangatlah murah. Untuk si cilik kolin pilih foot reflexology 30 minit RM49 dan kids massage 40 minit, RM49 sahaja. Jadi untuk 2 orang berspa dan berurut kat sini kos hanya RM235.00 untuk dua orang. Kalau pada korang mahal, pada kolin murah yaaaa amat. Sebab memang tempat yang disediakan super selesa dan sangat ekslusif. Antara servis yang ada di sini ialah:
Body Massage iaitu urutan seluruh badan. Tradisi lama di Malaysia yang sememangnya mempunyai rahsia tersendiri kan. Bagus laa untuk kita yang selalu sibuk, duduk dalam jem lama-lama tu dan yang mana stress tu lagi lah dialu-alukan.
Foot Reflexology ini urutan kaki yang sememangnya digemari oleh orang ramai. Memang kalau rajin pakai kasut tumit atau selalu berdiri, sekali dapat tu memang ketagih tau.
3 in 1 Massage yang ini ada combo. 3 urutan iaitu kaki, leher, kepala dan urutan bahu. Mana yang nak hilangkan sakit-sakit kerja di pejabat, boleh lah cuba yang ini.
Scarpping Gua Sha urutan tradisional dari masyarakat kaum cina yang membantu melepaskan aura yang tidak baik dalam badan memang bagus. Mana ada angin dalam badan atau selalu sakit ulu hati memang korang patut cuba
Kids Massage ini memang suka laaaa. Kadang-kadang budak-budak pun ada stress bermain dan sekolah kan. Rupanya ada juga untuk mereka berehat sambil dibelai manja. Jangan risau...tak kuat pun hahahahhaha. Lebih kepada usapan manja aje. Kalau Alisa tu, kuat geli kan, memang sikit aje lah tekanan. Kalau jenis tahan sakit, haaa..boleh laaa datang.
kami buat foot scrub sebelum memulakan urutan. Air suam digunakan untuk membersihkan kaki kami. Happy weii..dah lama tak merasa. Last rasanya masa ke Yogjakarta. Lama dah oiii.
korang tengoklah anak dara iolssss...kemain enjoy orang urut kaki dia hahahahhaa. Kecik-kecik dah pandai awak pergi Spa ye. Tapi dari korang habiskan duit kat shopping mall. Baik berehat dan luangkan masa begini lagi best rasanya tau. Berbaloi!
Korang bayangkan di urut kaki selama sejam atau 30 minit. Nikmat tu sukar di ungkapkan hahahah, jadinya korang kena lah datang dan rasai sendiri. Di KL ini selalunya tempat macam ini memang mahal tau. Nak pulak nak cari yang selesa susah tau. Kalau urut kaki sambil berborak pun best. Korang plan lah pergi dengan kawan-kawan tau.
inilah Kifli yang femes tu
ini lah ruangan untuk urutan reflexology
Selesai urutan kaki di tingkat 2, kami terus ke tingkat 3 untuk urutan. Ya ampun, selesa betul dengan muzik, dengan wangian dan sejuk pun tak lah mengigil sangat. Dengan cahaya lilin, memang masa mengurut boleh tertidur ini.
Nampak tak katil sebelah-sebelah tu, itu yang kolin cakap. Kalau korang nak pergi dengan BFF atau suami atau anak memang sesuai sangat. Gambar bawah ini, alisa dengan staff di sini yang berasal dari Sabah. Memang best dan pandai ambil hati budak sangat kakak ini hahahah. Alisa suka dan yang pasti dia kata best sangat Mami !! Itu yang kita mahu, anak happy, ibu happy...balik rumah happy!
Thank you kak..layan anak saya
Sempat kami posing bila dah siap mengurut kan sini. Terima kasihlah pada Cik Paris yang memperkenalkan kami dengan
The RubBar KL
Berbaloi dan tak rugi betul datang sini tau. Selain itu, di sini juga ada menjual minyak aromaterapi dan pelbagai jenis sabun buat semua pengunjung. Antaranya Tango Charcoal, Samba Pandan, Ginger Lemon Twist, Flapper Peppermint, Prancing Rainbow, Bunny Hop Honey, Jive Citrus, Frolicking Tulips dan pelbagai lagi. Kalau ke sini jangan lah lupa beli tau. Wangi !!
Kalau korang nak tahu lebih banyak boleh la ke www.rubbar.com.my
Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 8.00 malam dan korang dinasihatkan buat lah temujanji sebelum pergi. Nak booking senang sahaja, telefon di talian 03-2603116 tau. Staff mereka yang peramah dan sopan memang bersedia melayani anda. Best tempat ini sebab orang kita yang menjaga rapi tempat ini. Pendek cerita, korang kena datang dan cuba nanti tau. Lepas tu jangan lupa cerita dekat kawan-kawan ye.
Tempat menarik, lokasi senang dan perkhidmatan A+. Kolin hope korang cuba datang dan rasai pengalaman macam kolin okay.
Nanti boleh lah nak sambut wedding anniversary kat sini kan. Lagi best kita berspa berdua-duaan hahahahha. Ingin berdua denganmu...Syantiiikkkk. Jangan lupa book tau. Semua gambar posing kat sini, kredit pada Cik Paris Ashiqin !!!! Lawa laa kami gambar kan.....Jangan lupa datang RubBar oiii !
Love,
Kolin Zainal
Menarik yer pakejnya. AMboi..si cilik pun ber spa juga ya..haha. Sesuai sangat untuk relax dan manjakan diri ni..sekali sekala apa salahnya kan :) Maybe next sy pun boleh try ni
ReplyDeletemenarik tempat ni :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html