Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN: yang suka makan daging kambing, jom makan di 'NY Steak Shack'

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sekali lagi NY Steak Shack telah melancarkan menu untuk si pengemar daging kambing. Kolin memang suka sangat lah kan, kalau dapat makan tu rasa puas hati. 'Sizzling Lamb Sensations' sudah tentunya memberikan korang satu keterujaan yang baru. Menu seperti Lamb Noisette, Lamb Noisette & Chicken Cevapi, Lamb Noisette & Garlic Shrimps dan Lamb Noisette & Smoked Beef. Menu yang sangat mewah ini lah yang membuatkan sesiapa yang makan kat sini rasa best! Mau tak best...Sizzling Lamb Sensations ini bermula dari 16 Julai sehingga 31 Ogos 2018 dan dilengkapi dengan dua side dish dan juga sos lada hitam istimewa. 



 Kalau Lamb Noisette, set ini harganya RM51.79. Ada tiga daging tidak bertulang disediakan. Sudah tentunya bahagian daging kambing terbaik dihidangkan tau. Kemudian untuk Lamb Noisette & Chicken Cevapi, pada harga RM48.02 sahaja. Untuk yang sukakan udang boleh lah order Lamb Noisette & Garlic Shrimps pada harga RM49.91. Set yang terakhir wajib korang order kalau ke sini ialah Lamb Noisette & Smoked Beef untuk yang suka makan daging sesangat pada harga yang berbaloi iaitu RM48.02. 

Semua ini sudah tentu datang sekali dengan air. Untuk air yang sangat mewah iaitu NY Steak Shack Milkshake. Ada Brownies MilkShake, Red Velvet Milkshake atau Oreo Milkshake. Harga berbaloi tau, hanya RM13.11 satu. 


Selain itu ada yang terbaru diperkenalkan mereka kali ini. Iaitu 'Darling Downs Wagyu Striploin' kalau korang pengemar daging pasti dah tau betapa sedapnya bunyi menu itu kan. Nak makan yang berkualiti, nak sambut birthday atau apa sahaja acara istimewa korang datang lah sini okay. Makanan berkualiti, tempat yang cantik, kakitangan yang mesra sudah cukup membuka selera. Kolin tak sabar tunggu hujung minggu nanti nak ke NY Steak Shack nanti. Makan kalau sedap, jangan lupa kongsi. Ini lah kolin kongsi!

Love, 

Kolin Zainal




2 comments:

  1. SA suka!!!!!sedap weyh dan harga sangat- sangat reasonable banding dengan harga steak terkemuka lain..SA suka pi yang kat One Utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah..kolin pun suka. Tapi suka yang kat subang parade. sebab tak sendat sangat

      Delete

loving me..loving you