Assalammualaikum dan salam sejahtera
Bulan Mac lalu dah pergi, tapi kolin tak review bebetul hotel ini. Ini baru lah review yang bebetul, jadi sesiapa yang nak ke Kota Bharu boleh baca serba sedikit pengalaman kolin menginap di sini selama 3 hari 2 malam. Nak dijadikan cerita, masa nak pergi ini malas giler nak cari sponsor. Terus ambil keputusan booking dalam Agoda hotel ini. Dapat bilik yang okay cuma agak sempit bagi kami berempat. Tapi pada kolin nak tidur 2 malam sahaja kan, dah cukup bersyukur. Yang penting kat hotel ini ada kolam renang, itu aje yang penting buat kami sekeluarga. Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu lokasi yang cukup strategik. Sebelah Macdonald, Watsons dan banyak kedai. Bertentangan hotel, seberang jalan dah boleh shopping Wakaf Che Yeh. Belakang hotel ini tempat parking kereta. Haaa..simple kann
Masa sampai dah agak tengahari, jadi memang sendat sikit lah kaunter daftar masuk. Secara jujur, lama kolin sekeluarga tunggu baru lah dapat bilik. Mungkin masa kami sampai tu timing salah, ramai group check in sekali. Dapat bilik 801 yang terletak di aras paling tinggi..yahoooo...kami nak tengok KB waktu malam. Tapi lemau nak tunggu bilik sampai sejam....lepas tu Front Desk Officer tukar-tukar orang, tetiba tutup kaunter..tetiba aku tukar barisan. Itu aje lah tak best masa nak check in hari tu. Tak ler komplen, kita cerita yang benar kejadian aje. Sebab ini review ikhlas tau....
Lif ada 2..okay aje tak sesak pun. Yang penting hotel ini memang bersih dan kakitangan mereka peramah!! Sebab semua senyum dan ramah sangat kalau kita tanya. Walauuuuu mereka cakap dialek mereka yang aku tak faham.
Alahaiii..sorry sangat, kolin ni ada masalah dari dulu. Zaman aku Uitm Pahang, ramai kawan pantai timur tau. Tapi aku selalu duk diam, sebab aku tak faham hahahahha. Lepas satu semester pindah ke Uitm Manjung sana banyak cakap utara, kebetulan laki pun orang utara, boleh lah faham. Tapi kalau dulu memang aku tak faham pun..sesenyum aje.
Inilah bilik kami sekeluarga untuk 2 malam. Selesa kan...Pada kolin dah cukup selesa. Aircond pun sejuk aje, kemudahan ringkas semua ada. Yang bagus korang tak perlu minta seterika dah. Memang dah ready dalam bilik. Korang kena faham ye..pompuan Malaysia ini sibuk berjalan nak iron tudung hahaha...aku memang bawak tudung siap iron segala...tak kuasa nak bawak weii. Bawa yang semua tak perlu gosok pun. Ada cerek air, nak buat kopi dan teh pun ada. Dan untuk barang berharga korang boleh letak dalam peti simpanan yang disediakan. Mini fridge pun ada jugak dalam bilik ini.
Bersih dan lebih bagus semua nampak baru. Penting tau lighting jugak, bilik ini terang dan tak lah malap sangat lampu. Kolin suka hotel yang lampu terang macam ini.
itu tv tergantung. Elok jugak sebab bukan tengok tv sangat pun. Masa kat sini kami lebih kepada berjalan. Memang sampai bilik dah malam sangat untuk tidur sahaja.
kolam renang di tingkat 3 ini memang kolin suka. Sebab berbumbung dan mereka ada 3 jenis kedalaman kolam. Ada kanak-kanak, separa tinggi dan juga untuk dewasa. Ada kerusi dan meja yang diletakkan di tepi kolam untuk orang tunggu. Bumbung la bagus, anak-anak nak mandi tengahari buta pun takpe, sebab tak panas kan. Boleh juga berborak sambil tunggu anak mandi kolam.
Kat sini ada juga gym, tapi tutup masa kolin menginap kat sini. Jadi tak boleh nak review lah kan. Lagipun bukan bawa baju dan kasut sukan pun weii. Saja nak tengok-tengok sebab kolin suka kongsi.
Tengok muka senyum dua orang tu bahagia kan. Ha...ini antara yang kolin rasa perlu. Budak-budak punya keperluan tu. Selain mak bapak kaki shopping dan makan. Cerita bab makan, masa booking ada sarapan pagi. Kafe mereka berada sama level dengan lobby. Bab sarapan pagi tu kena cuba nasi kerabu mereka. Masakan Chef kat sini memang sedap. Dua hari berturut kami makan kat sini, selalu kalau tak sedap memang dah start enjin kereta makan tempat lain. Tapi kalau korang nak merasa makanan lain, sekitar hotel ini ada aje orang jual-jual kuih dan pelbagai sarapan pagi.
Inilah dia yang sempat kolin kongsikan buat korang yang mencari penginapan di Kota Bharu, Kelantan. Tak mewah pun, tapi kolin rasa cukup berbaloi untuk bercuti dan beristirehat. Bab berapa harga jangan tanya ler, boleh terus call hotel, Agoda atau Trivago hahahhaa. Terima kasih Holiday Villa....
Ada rezeki kami sekeluarga kembali lagi ke sini. Pengalaman cukup manis mengembara di bumi kota bharu selama 3 hari 2 malam. Makanan pun sedap-sedap. Mana yang nak tengok mana kolin sekeluarga singgah masa di Kelantan. Baca blog link bawah
Yang kolin share tu part 5, sampai part 7 kolin cerita hahahaha. Terima kasih baca blog kita....semoga semua murah rezeki !!
review ikhlas,
kolin zainal
aida kalu ke kelantan, ni la hotel nyer, kolin.
ReplyDeleteso far lom tukar lagi hi hi hi hi...
indoor pool.
breakfast anak2 murah. RM12 la kan?
depan dgn wakaf che yeh.
tepi ada mcD.
kedai makan senang :)
holiday villa ni di hati ku...
review yang best..tak sabar nak sampai sana next week.. bekerja sambil bercuti dengan family..
ReplyDeleteboleh buat review min fireflies garden? tempat ni kat kota bharu juga .. boleh tengok fireflies hehe
ReplyDelete