Assalammualaikum dan salam sejahtera
Lama weii tak bersenam. Asyik bersenam dalam rumah, rasa tak puas. Maklumlah jadi mak-mak, balik maghrib tu dah bersilat buat banyak kerja. Mana nak mengemas, membasuh, menyidai, menyapu dan kalau korang nak kata suri rumah penat, aku terasa bekerja lagi nak mati !!! Pergi kerja, cari RM balik rumah..buat kerja rumah tak pernah berakhir sampai lah masuk kubur aku rasa. Sian kami warga perempuan yang bekerja ini. Kalau ada kaum suami baca entri aku ini, kasihani lah pasangan korang weiii. Kadang dia tertidur awal sebab dah 'pancit' giler wei. Bukan sengaja-sengaja, kena macam kolin memandu setiap hari hampir 40km yang jem tu...korang fikirlah betapa aku dah lemau seharian.
Disebabkan itu, kolin dah mulakan balik langkah sihat. Sihat dengan berjogging lah balik macam dedulu. Untung rumah dekat dengan Taman Metropolitan Layang-layang tu. 5 minit dah sampai tak payah susah-susah. Hari sabtu lalu, kami sekeluarga riadah sihat dapatlah kolin run 2.7 kilometer. Lari perlahan-lahan ajer wei, nak cari rentak bersenam balik susah tau. Lagi lah umur lagi beberapa tahun nak 40an ini kena lah bersenam.
Ini rupa kami selepas berlari jogging. Nasib baik hubby dan anak-anak melayan kolin haa..So sapa belum bersenam, sila mulakan tau.
Love,
Kolin Zainal
tahniah kolin :)
ReplyDeleteaida ni pun sementara cuti lama ni, kolin.
dpt la tiap pagi jogging / jalan kat taman.
menggunakan masa yg ada.
nanti dah naik keje, jgn harap la.
gi pagi balik lewat ptg :)
ha ..kolin baru nak mula balik ini. Simpan niat nak mula jogging untuk sihat ler..Doakan ye
Delete