Assalammualaikum dan salam sejahtera
haaa..korang pernah tak balik kampung kawan korang? Kolin dah buat dah hahahhaha. Tapi you know what! I super like it, terima kasih buat Sis Anie sebab sudi menjemput kolin sekeluarga balik kampung dia di Lanchang, Pahang. Korang tau kenapa aku terliur sangat nak balik kampung sis ini? Sebab musim buah-buahan lerrr
Buah bergayut-gayut memang meronta-ronta sangat nak pergi kutip tau. Ini kolin nak cerita kejadian atau story line macam mana kolin akhirnya sampai ke kampung kawan ini. Ceritanya macam ini....
Pagi sabtu tu sis anie memang nak balik kampung. Sebelum ini pernah lah dia bagi buah rambutan, durian, daun kesum dan daun pucuk ubi kat kolin. Teringat semua tu kolin minta dia bawa balik lagi. So dia cakap okay !! Dia mana pernah cakap tak okey kan. So masa sabtu dia dalam perjalanan ke Pahang tu kami berwasap-wasap. Akhirnya dia cakap mai laa datang wei kampung aku. Kalau sudi, rumah usang..bla bla bla...Memula aku tak terpedaya laa, sekali dia buat video call laaaa..nampak lah rambutan semua gayut-gayutan kat depan tu. Kolin pun tunjuk la suami, terus kata ON. Kami bungkus segala pakaian, siap toto, bantal dan selimut hahaha. Kolin memang sejenis begitu wei, datang rumah orang malas nak menyusahkan orang. Kolin bawa semua peralatan tempat tidur, jadinya kalau orang ramai tak lah tak cukup bantal dan selimut sebagainya. Bawa sendiri punya dari rumah siap-siap aje. Korang kalau nak menjemput aku tak perlu risau jah..Sis siap sedia hhaha
Dan perjalanan kami dekat sahaja, dalam sejam 15 minit kolin sampai dah kampung sis anie yang terletak dalam kebun. Ya ampun...best giler!!! Malam itu kami tidur berbunyikan kampung !! Rindu weeiiii. Terima kasih sis anie jamu makan malam tu. Sedap, anak-anak dan suami suka wei..aku tak tau nak kata apa lebih dari terima kasih sebab sudi menerima kunjungan kami sekeluarga. Dah lebih dari keluarga sendiri sangat layanan mereka ini. Terharu!
Pagi tu bangun memang kami buat macam rumah sendiri, kebun sendiri hahaha. Abis semua buah-buahan kolin dan suami petik bawa balik. Anak-anak pun join lah sekali menolong sama kutip semua rezeki yang ada. Ini lah dia berbudi pada tanah kann..dapat anak cucu rezeki makan sesama. Aduhai..tak sabar kolin nak semai semua pokok buah bawa balik kedah kampung laki hahahah. Sebab dia tak ada sangat pokok buah-buahan kat sana.
Sekarang azam, nak balik kampung laki kat Yan, Kedah nun dan tanam segala pokok buah yang ada serta pastikan kelangsungan anak balik kampung musim buah tu ada. Permulaan, nak tanam pokok nangka madu dan durian. Kalau ada pokok kedondong pun best kan!! Ini yang nak semai dan tanam balik kampung nanti. Sekarang boleh naik ETS dah balik kampung. Taklah penat sangat nanti kann. Angan-angan tak salah kannnn, nampak tak muka bahagia aku dapat kutip rambutan hahahhaha
Laki kita pun lepas gian panjat pokok. Terima kasih papa !!! Dia panjat pokok rambutan madu dan juga manggis. Merasa kami makan fresh bawah pokok. Ya ampunnnnnn..seronok!
Sekarang azam, nak balik kampung laki kat Yan, Kedah nun dan tanam segala pokok buah yang ada serta pastikan kelangsungan anak balik kampung musim buah tu ada. Permulaan, nak tanam pokok nangka madu dan durian. Kalau ada pokok kedondong pun best kan!! Ini yang nak semai dan tanam balik kampung nanti. Sekarang boleh naik ETS dah balik kampung. Taklah penat sangat nanti kann. Angan-angan tak salah kannnn, nampak tak muka bahagia aku dapat kutip rambutan hahahhaha
Laki kita pun lepas gian panjat pokok. Terima kasih papa !!! Dia panjat pokok rambutan madu dan juga manggis. Merasa kami makan fresh bawah pokok. Ya ampunnnnnn..seronok!
Ahad tu selesai makan tengahari kami pun balik KL dah. Dengan anak sekolah dan kerja kita ni kan. Tapi betul aku tak akan lupa kampung sis anie ini. Best sangat !! Terima kasih nenek dan abang-abang yang melayani kami. Anak-anak pun ramah, tu membuatkan ali dan alisa suka sangat, terasa keluarga sendiri pulak. Menyusahkan sis anie aje masak untuk kami sekeluarga.
korang dah balik kampung ke? Kutip buah...! Kolin udah !!! inilah pengalaman kolin balik kampung sis anie tanpa rancangan langsung. Pengalaman balik kampung kawan memang seronok rupanya hihihi. Dengan hashtag #kawansampaimati, semoga kita berdua sentiasa begini ye sis..selalu begini..ameen.
Love,
kolin zainal
Seronoknya rumah kampung kan..dengan banyak.pokok buah2..kampung SA yg menjadi rambutan je..pokok durian langsung x berbuah..maybe dh xde tuan kot...tu dia merajuk
ReplyDeleteSyoknya kalau balik kampung musim buah ni...memang meriahkan 😁
ReplyDelete